ChocolatiBell

ChocolatiBell
To my dearest frens...sila la ke blog Bell HomeMade Chocolate And Gifts...

Jangan Tinggal Solat!!!!!

Masa itu Emas..so jgn buang masa..:)))

Rabu, Julai 01, 2009

Selamat UlangTahun Emak...sayang emak...


Hari ni hari ulangtahun emak yang ke 55 tahun...SELAMAT HARI ULANG TAHUN EMAK...pagi2 sebelum pegi kerja aku dah wish kat emak...emm..emak memang seorang yang berjiwa kental dan semangat yang waja..aku sememang kagum dengan cara mak mendidik anak-anak mak..mak memang tegas...tapi kasih sayang mak kepada anak2 mak tak berbelah bagi..aku tahu terlalu banyak penderitaan,susah payah mak dan abah dalam membesarkan anak-anak...segala susah payah mak tak pernah mengadu kepda orang lain..tak pernah meminta2 kepada orang lain..mak kata selagi tulang empat kerat aku ni berdaya aku akan berusaha demi anak dan demi untuk melihat anak2 berjaya...emak memang tak berpendidikan tinggi sebab mak tak berpeluang belajar kerana kemiskinan keluarga dan disebabkan itu lah mak berusaha gigih dan sanggup bersusah payah untuk melihat anak2 mak berjaya dan dapat mengubah cara hidup kami..tak perlu kerja kasar..kalau mak dulu menghamburkan keringatnya untuk kami sekarang mak nak anak2 mak kerja dalam aircond agar selesa,,,alhamdulillah mak dapat melihat kejayaan anak-anak mak..dan aku sentiasa berdoa agar Allah memberi peluang kepada aku untuk membalas segala pengorbanan mak terhadap aku dan adikberadik aku..beri aku peluang untuk memberi kesenangan dan kegembiraan kepada mak dan abah walaupun ianya tidak setimpal dengan apa yang nereka berikan untuk aku dan adik beradik...semoga Allah melindungi ibubapaku dan memberi keberkatan kepada hidup ibubapaku dunia akhirat...dan yang paling penting semoga emak dan abah dapat pergi haji untuk tahun ini..amiin ya rabb:)
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IMPIAN HAMBA