Sudah agak lama blog Bell ni bersawang dan berhabuk dek kerana kesihatan yang tidak berapa nk ok dan kesibukan closing 2012...Nikmat sihat yg diambil sementara sebagai kifarah dosa2 yg telah dilakukan dan semoga menjadi pembersih dosa2 yang lepas..amiin ya rabb...memasuki tahun baru ni agak bz dengan persiapan anak2 memasuki alam persekolahan semula...Seronok dan gembira melihat anak-anak membesar di depan mata...Dan Insyaa Allah dengan rahmat dan kasih sayang Allah akan bertambahlah ahli keluarga kami pada tahun ini....(senyum lebar..:))))..
Sebagai penbukaan tirai 2013 ni ingin Bell kongsikan amalan-amalan surah mengandung untu mommy to be...Seeloknya dibaca sejak usia kandungan di awal2 lagi...walaupun surah2 ini dijadikan amalan tapi jangan pula surah2 yg lain tk dibaca..Sebaiknya bacalah Al-quran dan Tafsirannya sekali...Semoga anak yang bakal dilahirkan fasih lidahnya membacanya Al-quran dan menjadi penghafaz Al-quran...Semoga menjadi amalan kita semua dan semoga anak2 kita menjadi anak2 yg soleh dan solehah..amiin ya rabb..:)
Beberapa surah yang boleh dijadikan amalam ketika mengandung..Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.
1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai
3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik
10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak
14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yangmenyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untukkebahagiaan sekeluarga.
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nice info.jemput follow saya ya! sy dah follow awak.
BalasPadam