ChocolatiBell

ChocolatiBell
To my dearest frens...sila la ke blog Bell HomeMade Chocolate And Gifts...

Jangan Tinggal Solat!!!!!

Masa itu Emas..so jgn buang masa..:)))

Memaparkan catatan dengan label bell's anatomy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bell's anatomy. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 17, 2015

COMEBACK OF ME!!!!

ASSALAMMUA'LAIKUM WBT

UHUK UHUK UHUK...SUDAH BERHABUK BESAWANG BLOG BELL NI..DAN NK DEKAT SETAHUN AND NOW 2015  SUDAH...SEDAR TAK SEDAR...
THEN MEMANG RINDU SANGATTT NAK BERBLOGGING MEMANDANGKAN BELL PUN DAH TK BEKERJA DAN MENJADI SURIRUMAH SEPENUH MASA..ALMOST 2 YEARS BELL JADI SURIRUMAH..WHY???RAMAI YG TANYA..DAN RAMAI YANG KOMEN..
-TAK RASA RUGI KE 
-TAK BOSAN KE
-TAK MENYESAL KE
-TAK ITU KE TAK INI KE
DAN BERMACAM TAK LE YG KELUAR...
MEMANDANGKAN BELL ADA IJAZAH THEN KERJE PUN DI GOMEN SO RAMAI LA YG KATA ITU DAN INI...DAN BELL HANYA TERSENYUM DAN JUST THINK POSITIF..
MYBE PEKERJAAN ITU TDK SESUAI DGN BELL DAN REZEKI ALLAH ITU MAHA LUAS,..DARI RUMAH JUGA BOLEH JANA PENDAPATAN...DAN BILA DH DUK RUMAH NI MMG RASA TKMO DAH KEJE..RASA SERONOK TGK ANAK2 DEPAN MATA DAN AS A MOTHER BELL YG JAGA SENDIRI ANAK BELL
BANYAK YG INGIN BELL KONGSIKAN SEPANJANG DIAMNYA BELL TIDAK BERBLOGGING..
TUNGGU..SBB BELL TGH MEN'IMPROVE'KAN SOMETHING FOR MY SELF.
BUT THE IMPORTANT THING IS 2015 WILL BE AWESOME AND MORE CHALLENGE..
LAST BUT NOT LEAST MOGA 2015 AKAN MENJADI LEBIH BAIK DAN MENJADIKAN KITA INSAN YG LEBIH BAIK..ALLAHUMMA AMEEN..INSYAALLAH
SEE YOU FOR THE NEXT  SHARING OF LOVE..

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Sabtu, September 21, 2013

Bisnes Online

 Assalam semua....setelah hampir 3 bulan mencutikan diri daripada segala kerja2 berat now I'm back...more refresh more spirit and segala more lah...my little princess pun dah semakin membam..dah pandai senyum2 borak2...

Ok...disebabkan bell sekarang sudah tidak bekerja so Bell telah memulakan bisnes online bell.Kalo dulu bell buat sekada suka2 but now I'm seriously make it sepenuh jiwa raga..walaupun surirumah but I'm working 24/7 tau dan ianya lagi mencabar dari bekerka di luar sana..Penat tapi Bell puashati..sebab buat sesuatu yg Bell suka dan minat...

Dengan itu Bell mewujudkan dua jenis bisnes sekaligus..tamak tak..hehehe..bukan tamak tapi selagi ada peluang Allah berikan kenapa tidak kita ambil peluang itu..walaupun sedikit tapi dengan usaha doa dan tawaqal insyaAllah boleh berjayakan..

Bisnes apa plak yg Bell buat ye..ok let me tell u guys...disebabkan Bell ni suka sgt baking membaking ni then Bell buat la sikit2 bisness homemade chocolate,kek and others..Bell juga terima tempahan..cewahhh giteww..haaaa ada page di facebook...https://www.facebook.com/chocolatibell  nanti bell upload beberapa gambar ye..then bisnes kedua plak bell jual baju2 ada juga page di facebook https://www.facebook.com/BellvivaShoppe..haaa kan tiba je nak jual baju2 nikan..ekcelly sejak masa kerja dulu bell dah mula kedua2 bisnes ni sebagai partime but now im fully partime for this,,yeehaaaa..chaiyok2 bell..semoga apa yg diusahakan akan berikan hasil dan kejayaan..insyaAllah...aminn...

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Selasa, November 20, 2012

Maal Hijrah 1434 (Anugerah yang tidak ternilai-born to be)


 Salam Maal Hijrah 1434...Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menempuh tahun baru ini..semoga iman dan taqwa dapat dipertingkatkan dan istiqomah dalam memperbaiki diri..in shaa Allah...
Maal hijrah tahun ni amat bermakna sekali...disebalik dugaan diterima tapi sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyayang..Diberinya juga hambaNya ini khabar berita yang gembira...Saat yang dinantikan untuk kami semua...Anugerah yang tidak ternilai...Born to be...Alhamdulillah...dan yg pasti si dia lah yang sangat2 gembira dan bersyukur...dan diriku juga lagi la...Alhamdulillah...tak tau nk kata apa...punyalah teruja 4 kali buat test..huhuhu..
Sesungguhnya dua insan ini yang membawa kebahagian dalam hidupku dan sesungguhnya dua insan ini juga lah yang memberi kekuatan untukku dalam meneruskan hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini..terima kasih Ya Allah dengan anugerah yang tidak ternilai ini...dan yang paling best...Zauji Habibi Qalbi make a poem for us..so lovely...:)

sayang
wahai ayah dan ibu... dengarkan rintihan anakmu.... huhuhu.. 
syg r we going hv our 1st children. oh r u pregnant now
oh am i the father
oh i love u syg
love the baby as i love u
u love me as u love to the baby

*ni kire kata2 excited la ni..huhuu...


Kusyukuri ni'mat yang Allah berikan..semoga kelahiran ini membawa kebahagian dan kebaikan untuk kami semua..in shaa Allah...Terima Kasih Ya Allah...:)))
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Sabtu, November 17, 2012

Kebanjiran....tragedi november...

Banjir oh banjir oh banjir kampung kita kena banjir ooooooo......huhuhuuu...tragedi november katanya.....malah setiap tahun pasti banjir dan setiap tahun la juga basuh rumahkan...tapi tahub ni 2012agak teruk banjir yg dialami..huhuhu...nak taknak kena hadapi dengan tenanh dan sabar...penat memang penat...cuma kali ni rasa penat yg teramat sangat...huhuhuhu....yg bestnya air naik masa kami tengah bersarapan...mana brg2 yg bleh diselamatkan kami selamatkan..mujur semua selamat.dan kami hanya memandang dengan penuh redha dan pasrah bila air masuk kerumah dengam tenangnya...huhuhu....jemputlah masuk ye...air naik sampai ke betis...bdk2 seronok main..macam dekat pantai katanya..alahai seronok la korang ye...apapun apa yang Allah beri sebagai ujian dan dugaan ada hikmah disebaliknya...in shaa Allah...




Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Ahad, September 16, 2012

Bell"s Palsy

BELL"S PALSY!!!...apebende tuh...seumur hidup tk pernah dengar apakah tu???Mendengar penerangan dari doktor apakah BELL"S PALSY membuatkan aku mengadap intenernet dan mencari segala maklumat mengenainya...apakah yang membuatkan aku sibuk2 nak cari mende alah ni...disebabkan inilah byk mende yang aku tangguhkan...Apapun dugaan dan cabaran ni kuhadapi dengan tenang walaupun kerisauan gundahgulana bersarang dihati..apakan tidaknya anak lelaki kesayangan aku secara tiba2 kena penyakit BELL"S PALSY ni..udah lahnama depantu mcm nama panggilan aku...Then tanpa putus berdoa kepada Allah disamping usaha segala bagai..ALAHAMDULILLAH anakku semakin pulih...then skrg barulah ku ada masa untuk membloggingkan diri ku...an disebabkan itu aku mahu berkongsi maklumat dan pengalaman..

Lebih kuarang cenggini le muka anak aku masa kena BP ni...

Macam mana plak anak aku dapat penyakit ni??Bak kata doktor..penyakit ni byk sebab bleh dapat..kadang2 secara tiba2 je..dan sebenarnya amat jarang untuk budak2 dapat penyakit ni...agak surprise juga lah kan anak aku leh dapat penyakit ni..huhuhu..(seriau sebenarnya)...tp untuk kes anak aku ni segalanya bermula dengan virus CHICKEN POX yang tk fully covered...cicken pox yg ada dalam telinga tu aktif then mengganggu saraf kesebelas yang mengakibatkan kawasan muka sebelah kiri paralys or lumpuh...yg kelakornya aku sdar anak aku mulut dok senget2 dalam 2-3 hari..aku siap marah2 lagi ingat dia buat memek muka atau ejek2 org...adoyaiii..nasib baik bertindak cepat dengan bawa ke pakar kanak...bagi makan antiviral dan diajar urutan dan fisioterapi dirumah..Alhamdulillah anak aku semakin hari semakin sihat and full covered..terima kasih atas doa semua..emak abah..adik beradik,sahabat handai...dan dengan ini aku mengambil cuti sepruh gaji selama 2 minggu yg diluluskan untk memberi sepenuh perhatian untuk anakku...dalam masa2 minggu ni mcm2 yg berlaku..tapi biarlah rahsia...:)))...nextweek dah keje semula..ditempat yg baru dengan boss baru rakan sekerja baru..tapi tkpa,,,aku kega dan lebih tenang hati untuk pergi bila ank akudh sihat..alhamdulillah...then aku nk share serba sedikit info Bell's Palsy ni...



Bells palsy bukan strok

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
hidayatulakmal@hmetro.com.my

Menurut Perunding Neurologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Julia Shahnaz Merican, sesiapa saja boleh mengalami Bells palsy.

“Bells palsy adalah kerosakan pada saraf muka. Kira-kira 70 peratus daripada kerosakan itu membabitkan saraf otot kranial ketujuh, yang merangkumi deria rasa (lidah) dan otot dan saraf muka.

“Bells palsy boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira jantina dan tidak memberi ‘isyarat’ awal. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba, selalunya ketika bangun tidur.

“Individu yang didiagnoskan Bells palsy biasanya akan menampakkan senyuman, hidung serta mulut yang senget pada sebahagian wajahnya. Bukan itu saja, aktiviti harian mereka turut terjejas seperti sukar memberus gigi, minum, tidak dapat mengerutkan dahi dan lain-lain,” katanya, baru-baru ini.

Menurut Julia lagi, ramai yang salah anggap mengenai Bells palsy yang dikatakan strok. Ini kerana perubahan atau kecacatan pada wajah sehingga menjadikannya senget sebelah sering dilihat sebagai serangan penyakit berkenaan.

“Seseorang yang diserang strok selalunya akan lumpuh sebelah badan sama ada kiri atau kanan tetapi Bells palsy hanya membabitkan saraf pada bahagian muka saja, sama ada kiri ataupun kanan.

“Oleh kerana pesakit akan mengalami kerosakan atau kecacatan di sekitar wajah, ramai menganggap diserang strok pada hal jika dilihat, tubuh pesakit Bells palsy tidak lumpuh sebagaimana pesakit strok,” katanya.


Apakah punca Bells palsy?

Punca sebenar Bells palsy belum diketahui sehingga sekarang. Bagaimanapun, hasil kajian sekumpulan penyelidik dan pakar perubatan Jepun mendapati penyakit ini berpunca daripada virus herpes simplex.

Berdasarkan teori mereka, virus itu yang juga punca penyakit kayap dan cengkering (chicken pox), hidup di dalam saraf ganglion sama ada di sebelah kiri atau kanan telinga seseorang.


Simptom atau gejala Bells palsy:


  • Muka menjadi senget.
  • Mata dan kening mereka kelihatan terjatuh atau condong ke bawah.
  • Tiada air mata pada bahagian wajah yang diserang Bells palsy.
  • Garisan pada pipi akan jatuh.
  • Sukar mengawal pengeluaran air liur.
  • Kesan telinga berdesing atau berdengung yang dikenali sebagai tinnitus.
  • Bahagian depan lidah terasa kebas.
  • Sukar meniup dan menghembus.
  • Sakit telinga atau ada inflamasi (keradangan) di dalam telinga.


    Apakah pemeriksaan yang perlu dilakukan?

    1. Mata

    Doktor akan memeriksa mata pesakit. Pesakit diminta memejamkan mata dan doktor akan membuka mata itu. Jika mata pesakit senang dibuka dan bebola mata mereka ternaik, ia menunjukkan mereka mengalami Bell’s palsy.


    2. Lidah

    Doktor akan meminta pesakit menentukan makanan yang diambil itu masin, masam ataupun manis. Deria rasa pesakit terjejas akibat penyakit itu.


    3. Mulut

    Apabila disuruh bersiul, mereka tidak mampu melakukannya.


    Apakah rawatan Bells palsy?

    Bells palsy boleh dibahagikan kepada lima peringkat, iaitu daripada kritikal atau teruk hingga paling ringan.

    Jika pesakit mengalami Bells palsy kritikal, mereka perlu diberikan rawatan segera sejurus tiba di hospital. Jika kerosakan itu dibiarkan hingga melebihi lima hari, ia sukar dipulihkan sepenuhnya.

    Pesakit Bells palsy yang teruk akan mengalami kesukaran untuk menutup mata dan doktor akan memberikan ubat titis air mata tiruan untuk memastikan mata pesakit sentiasa lembap dan membekalkan bahan penutup mata untuk memastikan mata pesakit, ketika tidur, tidak dimasuki serangga yang boleh menyebabkan infeksi.

    Berdasarkan kajian, kira-kira 90 peratus pesakit pulih sepenuhnya selepas menerima rawatan ubat-ubatan seperti steroid dan anti virus yang dikenali sebagai Acyclovir dalam tempoh satu hingga empat minggu.

    Namun begitu, kira-kira 70 peratus pesakit Bells palsy boleh pulih sepenuhnya tanpa sebarang rawatan khusus. Pesakit Bell’s palsy juga akan dinasihatkan supaya menjalani rawatan fisioterapi di hospital.

    Menerusi rawatan fisioterapi, muka pesakit akan dirangsang dengan bahan yang menggunakan kuasa elektrik. Selain itu, ahli fisioterapi akan meminta pesakit melakukan senaman wajah setiap hari sebagai salah satu usaha merangsang saraf muka mereka.

    Bagaimanapun, kira-kira 15 peratus pesakit akan kekal dengan keadaan wajah yang senget biarpun sudah dirawat.

    Lazimnya, mereka ini lewat mendapatkan rawatan dan mengalami Bells palsy yang serius.

    Oleh kerana kerosakan itu membabitkan muka, pesakit selalunya tidak puas hati dengan perubahan pada wajah mereka dan tidak kurang juga yang mahu melakukan rawatan pembedahan kosmetik.


    Mungkinkah Bells palsy dialami lebih daripada sekali?

    Pesakit boleh mengalami penyakit itu lebih daripada sekali tetapi ia amat jarang berlaku dan tidak sampai satu peratus.


    Adakah Bells palsy memberi kesan terhadap otak dan tubuh badan?

    Tidak, kerana ia cuma kerosakan saraf muka.


    Apakah rawatan untuk Bells palsy?
  • Biasanya pesakit akan dibekalkan ubat steroid untuk tempoh satu hingga dua minggu.
  • Perlindungan mata
  • Pembedahan



  •  P/S>>>ibu bapa kena alert dengan setiap perubahan anak2...jgn sampai terlambat..alhamdulillah..semoga ALLAH sentiasa membantu...

    Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

    Isnin, Jun 18, 2012

    Zikir Kasih...

    I like this one sgt2 suka...mudah dibawa kemana2..skrg ni dh mudah...this is i call it..zikir kasih...gift dr somebody yg cukup special...tp dia panggil cincin lingakaran kasih..(eh ye ke..lupa plak aku)...ni kira digital zikir la..sblm dapat ni pernah tgk2 kat facebook org lain dok upload kennn..dlm hati tertanya2 juga mana lak nk dapat mende alah ni ...then rezeki la sangat bila dpt this special gift...comel,kecil,cute dan mudah nk bawa kemana2..i'm just love it...

     ni bukan tuk dibuat perhiasan je ye...tapi gunakanlan dan manfaat kan le benda yg kecik molek ni..dan yg pasti i will takecare dgn sebaik2nya nye sbb ianya amat2 teristimewa buat diriku...thank you to who give it to me..very appreciate it...:))))

    Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

    Selasa, Mei 29, 2012

    What To Expect When You're Expecting

    Mmg byk sgt aku nk expect bile tgk tajuk movie ni...tgk thriller je membuatkan aku tk sabar nk tgk movie ni...to me this movie interesting,fun and enjoy..dan kelakar...ade part yg mmg realiti kehidupan as a pregnancy woman...hahahha..tk bleh tahan...
    Melihat semua wanita2 mengandung dalam movie ni make me remember something...that it will happen again..huhuhuhuhu
    Daddy cool...sang ayah menjaga anak2...memang cool beb....selamba je..have a rules...no judging..dan sgt2 menjaga hubungan persahabatan..:)))

    Apapun aku memang enjoy tgk movie ni..and make me think something..shoul I????

    Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

    Ahad, Januari 01, 2012

    2011 is memorable>>>>2012 is hope...


    Berakhirnya tahun 2011 dan datang tahun 2012..dah time2 macam ni la org dok sibuk tanya..."wei apa azam tahun baru ke ek tahun ni?".....tolonggg lahhh...cliche sangat..masalahnya setiap tahun ada azam baru tapi macam tuh juga lah..tkde pun perubahan..tp tak semua la..so bagi aku..tk perlulah nk tunggu tahun baru then sibuklah nak tetapkan azam korang..hari2 kena ada azam baru ye dek non..sentiasa muhasabah diri..sentiasa memperbaiki diri..setiap hari..bukan tunggu tahun baru je...


    Sambutan ada dimana2..tp harap jangan la sampai merosakkan akidah dan agama...terutamanya umaa2 islam..jangan terikut2 sangat budaya barat tuh..tp sekarang dh banyak tranformasi yg berlaku..kalau dulu sambutan tahun baru mesti ada konsert semua bagai..tp sekarang ada certain2 pencetus fenomena membuat kaedah yg berlainan pula seperti pengisian ilmu,ceramah,dan asmaul husna berkumandang menyambut kedatangan tahun baru..Alhamdulillah....semoga dapat dikekalkan dan akan bertambah baik..

    Apapun..tahun ini melangkah ke tahun baru dengan penuh cabaran..anak2 yg bersekolah..tahun yang agak busy buat diriku..mybe ade perubahan..wah perubahan apakah itu...huhuu..just wait n see...Peristiwa di tahun 2011 tetap di hati..sebab ade ceita tersembunyi..cewahhh..klasik sangat kennn...semoga impian dan cita-cita tercapai dalam 2012 ni...set goal and achieve it..insyaAllah...

    Tapikan tetibakan aku nk ending entri aku kali ni dengan lirik lagu ni plak..erkkk..tertouching plak aku mlm2 tahun baru ni...huhuhu..but it's something that who may it concern for it...just you and me...barakafillah..(^__^)

    Ungu – Dirimu Satu

    I will always loving you, kekasihku..
    Dalam hidupku hanya dirimu satu..
    I will always need you, cintaku..
    Selamanya takkan pernah terganti..

    Kumau menjadi yang terakhir untukmu.
    Kumau menjadi mimpi indahmu..

    Cintai aku dengan hatimu.
    Seperti aku mencintaimu..
    Sayangi aku dengan kasihmu.
    Seperti aku menyayangimu..

    I will be the last for you..
    And you will be the last for me..

    I will always loving you, kekasihku..
    Dalam hidupku hanya dirimu satu..

    Kumau menjadi yang terakhir untukmu.
    Kumau menjadi mimpi indahmu..

    Reff :
    Cintai aku dengan hatimu.
    Seperti aku mencintaimu..
    Sayangi aku dengan kasihmu.
    Seperti aku menyayangimu..

    I will be the last for you..
    And you will be the last for me..
    I will be the last for you..
    You will be the last for me..


    Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

    Ahad, November 27, 2011

    Salam Maal Hijrah 1433H



    sedar tak sedar dh tiba tahun baru maal hijrah 1433..dan kebiasaannya ramai yang tak berapa nak perasan kan bila masuknya tahun baru hijrah jika dibanding dengan tahun baru kalendar tahunan tuh kan.semua nk pakat sambut...mcm2 acara yang dibuatnya..meriah katanya..tp merosakkan..cuba la tanya kat anak2 muda zaman sekarang ni..kadang peristiwa hijrah pun tak tahu...bulan hijrah tak tahu..masa bila tahun baru hijrah pun tak pernah ambil tahu..Peristiwa penghijrahan nabi SAW dari Mekah ke Madinah...sedih dan pahit tapi itulah hakikatnya...
    Di tahun baru ini kumengharapkan akan ada kebaikan dan sinar yang berlaku..penghijrahan telah dimulakan dan akan diteruskan..berjuang atas nama Allah..walaupun selepas ini akan ada ujian dan dugaan yang akan dihadapi tapi dengan keyakinan Allah akan membantu setiap hambaNya telah menjadi kekuatan dalam diri..
    Berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan
    Berhijrah daripada gelap kepada cahaya
    Berhijrah daripada hitam kepada putih
    Berhijrah daripada mazmumah kepada mahmudah
    Berhijrah daripada negatif kepada positif
    Berhijrah untuk mencari redhaNya di dunia dan di Akhirat..
    Semoga Allah Membantu..insyaAllah..

    "Selamat Menyambut tahun baru 1433H.Tutup kisah lama hari ini dengan doa akhir tahun sekarang.Dan selepas azan maghrib nanti mulakan doa tahun baru dengan nafas baru.Allah membantu"~To may who it concern for this..thank u for ur support..sharing is caring..~

    AL-HIJRAH BY RAIHAN
    يامن يجيب دعاء المضطر في الظلام
    وياكاشف الضر والبلوى مع السقم
    الهجرة رحلة هادينا
    حمل الإسلام لنا دينا
    فسلام الله على الهادي
    والكون يردد آمين

    Ketika Saidina Abu Bakar berhijrah
    Keluar dari kota Makkah
    Ditemani oleh Rasulullah
    Moga Allah memberkatinya

    Allah menjamin memeliharanya
    Saidina Ali tebusan kepadanya
    Tanpa disedari musuhnya
    Selawat keatas baginda

    Setibanya baginda di Madinah
    Berundurlah kekufuran yang nyata
    Kebenaran bersama mereka
    Dengan Islam yang bercahaya




    Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

    Sabtu, Oktober 29, 2011

    Up Up On The Way To Broga Hill


    hari ini 29 Oktober 2011 Sabtu my dreams come true...YIPPPIEEEE!!!!..Pendakian ke Broga Hill bersama2 dengan kengkawan dari BENDAHARI....mcm caya tak caya je ni...huhuhu..Seawal 4.30 pagi dah keluar dr rumah berkumpul di foyer terus bertolak ke Semenyih...Siap bersolat subuh terus kami berkumpul di tempat nk menuju ke Broga Hill..thennnn..pendakian pun bermula..sejauh 1.7km dan 400 dari aras laut...agak mencabar juga nak mendaki Broga Hill tu...penatttttt...semputttttt..tp bila dah sampai puncak satu kepuasan yg tk diungkapkan.....seronok..teruja...satu pencapaian tau dlm hidup..hehhehe..bangga tak..bangga tak???bangga la weiiii...hehehehhehe....

    tingginye dan jauhya nak ke puncak....larat ke ni???

    melepaskan lelah sebentar...semputtt...huhu

    cantiknyaaa..subhanallah....hijau pemandangan....:)

    Ulat gonggok ni memang besoorrr...huhuhu

    Matahari lambat terbit time ni...malu2 nk terbit...heheheh

    Menuju puncakkk....:)

    I'm flying..hahahha..berangan kennnn..:P

    korang always the best..:)

    Bersama adik2 yang manis dan ceria...wawa,shahida dan izyan...:)

    emm..tkde kesedaran sivik betol..tp yg bagusnya ada sekumpulan yang mengutip sampah2 ni tuk menjaga persekitaran Broga Hill..syabas buat mereka...:)


    Akhirnya kami berjaya sampai ke puncak Broga Hill...yipppieee..(^__^)V

    Selamat pergi dan balik...kenangan indah yg takkan dilupakan...semoga ada lagi trip2 yg menarik lagi lepas ni...seronok seronok dan seronok...yeeehuuuu...

    Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

    Rabu, Oktober 19, 2011

    Sahabat Selamanya



    Alway be my side....ulik n eta(^__^)

    Hari aku tetiba rasa touching pulak...buka fb my dearest n bestfrens forever post something words yang membuatkan aku touching...sebak..sangat2 sebak...Kata ni daripada sahabat baik aku dunia akhirat...Elly Maswarni...she is very nice person...always be with me...
    "Dear my bell Sue Bellviva,hope terus tabah mengharungi liku2 kehidupan yg penuh dgn ujian. Pls be more strong for yr along & adik.apa saja jalan yg kau pilih aku dan Eita Sidek ttp sokong. Ingat ini semua adalah prjalanan yg telah ditetapkan oleh yg Maha Esa dan Dia juga amat Maha Penyayang... be smile not only yr face but yr heart tooo.... :-)"
    habis je aku baca ayat ni....huhuhuu...i'm crying...sayangnya aku pada mereka...Elly Maswarni dan Rozita Sidek....sejak zaman kat KISDAR since semester pertama tahun 1998 sehingga habis belajar tahun 2001 dan sehinggalah ke saat ini kami masih bersama...Tanpa ade keraguan..tanpa ade perselisihan..Persahabatan yang kami jalin kerana Allah swt tetap utuh hingga kini..walaupun tidak selalu dapat berjumpa kerana tanggungjawab yang ada tapi aku tahu...di hati kami bertiga sentiasa bersama...Sejak dari dulu kami akan saling bantu membantu..tolong menolong..susah senang bersama..indahnya persahabatan bersama kalian berdua..Ku berdoa Semoga persahabatan ini akan kekal dunia akhirat..Thank You for both of you that always support me...this words for my beloved friends Elly and Eita.."Tq my dearest frens...aku tau korang akan selalu bersama dengan aku dulu kini dan selamanya...korang la sahabat aku dunia akhirat,,kekuatan tuk meneruskan kehidupan dan sokongan korang sentiasa aku perlukan..dan korang pun sama...tabah sabar dalam mengahadapi apa sahaja..aku tau sahabat aku Ellymaswarni Mohamed Jais dan Eita Sidek adalah wanita yang kuat...aku sayang korang berdua...i'm smile because both of you will smile for me also...muaaahhh..(^___^)"
    Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

    Khamis, Oktober 06, 2011

    ~KENALI WANITA Melalui unsur~


    Entah betul entah le tidak..sekadar berkongsi maklumat..bila berfesbuking ni mcm2 maklumat le yg aku dapat..so aku tertarik dgn yg ini so kujadikan entri tuk petang di senja nan rembang ni...sbb mcm ade kena mengena je dgn aku..hahahah...korang anak keberapa??apa unsur yg tepat??cetengok cetengok..akunya..hikhikhik..aku yg ketiga..wahhhh API...(^__^)V
    a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
    b) Air - kedua,... keenam, kesepuluh
    c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
    d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas


    WANITA BERUNSUR TANAH

    1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
    rela berkorban.
    2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
    sombong dan bukan seorang pemarah.
    3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
    4) Tidak suka membantah atau membangkang
    5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
    sentiasa menjaga kecantikan.

    WANITA BERUNSUR AIR

    1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
    semangat.
    2) Mengambil berat
    3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
    pasangan
    4) Menenangkan pasangan5) Sangat romantis
    6) Mudah menangis

    WANITA BERUNSUR API

    1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
    2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
    menguruskan rumah tangga.
    3) Penasihat yang baik
    4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
    5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
    6) Berwaspada selalu

    WANITA BERUNSUR ANGIN

    1) Lemah lembut dan menenangkan
    2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
    3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
    4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
    5) Hati yang cepat berubah ubahSee more

    Apapun..wanita hiasan dunia seindah wanita adalah wanita solehah...
    ..(^__^)


    Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

    Ahad, Oktober 02, 2011

    Dedikasi buat yang diingati


    Bait2 lagu by aizat amdan ni kalau aku dengar mau bergenang air mata aku..lagu ni aku dedikasikan buat sahabat yg sgt disayangi..persahabatan yang terjalin atas dasar kepercayaan dan tanpa ada rasa sangsi..walaupun keadaan,situasi dah berubah mengikut arus zaman tapi ingatan terhadap seorang sahabat takkan pernah aku lupakan...aku tau sahabat itu takkan tahu luahan hati ku ini...jauh dimata dekat dihati...hanya doaku yang dapat kuiringkan buat dirinya..terlalu banyak yang ingin diluahkan tapi biarlah hanya disimpa dilubuk hati yang paling dalam..erkkk..touching plak aku dikedinginan malam ni...huhuhuhu..luahan hati seorang sahabat kepada sahabat nya...everything you are is everything to me...Yang indah itu pertemuan,Yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan,Yang tinggal hanyalah kenangan..Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi...

    dedicated to my bestfriend, I never wanted to hurt you, really miss u so much, thank you for everything..I've never had someone that knows me like you do..I've never had someone as good for as you..No one like You..dear friend>>>because i like the view when there..was me and you....

    SAHABAT BY AIZAT

    Sahabat…mengapa kau pergi
    Tinggal aku sendiri
    Kau tahu ku tak sanggup

    Sahabat…ingat lah kau slalu
    Jadi yang terbaik
    Walau kau tak disini lagi

    Sahabat…aku rindu padamu
    Datang walau sesaat
    Ku ingin kan kau hadir

    Chorus:
    Aku disini dan menunggu
    Diam tanpa dirimu
    Kau tahu ku tak bisa
    Beranjak terbang dan melayang
    tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah



    Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

    Ahad, Ogos 21, 2011

    Dengkil-->KL Sentral-->Majid Jamek-->Jln TAR

    Hari ni cuti Nuzul Al-Quran..17 Ogos 2011/17 Ramadhan 1432..Aku dan Ean ada misi utama hari ini..ean ni adalah member sekampung aku sejak dari zaman sekolah sampai le zaman dah beranak pinak ni..First sekali setelkan masalah kami di PTPTN..then kami nak pegi enjoy bershopping ke Jlan TAR...yeeehooo....dah lama tak berjola joli ke sana ni..ok let's enjoy...chill yeah...(^__^)V

    sebelum berjola joli kami setelkan masalah kami di sini dulu..:)

    pilih destinasi dulu..semestinya ke Masjed jamek..almost a few years tak naik menatang ni...a lot of moments here..just keep it..sweet memories..:)

    keseronokan dan kegembiraan yg tdk dpt digambarkan.."sue aku dah tk ingat nk gi jln TAR camne..aku ikut ko je'..tkpe ean aku ingat rasanya..ko konfident dgn aku..hahahah...sbb over konfident la ni kami sesat...ngeee...

    ok kami dah sampai ke jalan masjid india..ni masjid jamek..nostalgia ni..rupa-rupnya kami sesat..salah jalan untuk ke jalan TAR..blur sekejap..hahahha..lawak betul..baru 3 thn tak turun jalan TAR..kalau 10 thn ntah mana2kami pergi..huhuhu..

    time to shop was beginning....harga memang berpatutan..kiranya lengkap la tudung untuk semua baju di hari raya nanti..tk gituu ean..tuk mak ada.tuk angah ada.tuk anak2 ada..kena lari cepat2 dari tempat ni kalau tak nak beli semua..huhuhu..nafsu2...nasib boleh kawal kennnn..:)

    seronok dapat membeli belah..dah nak setel ni..ean sgt gembira setelah lama tk datang ke jln TAR...ahaks..;P

    semakin tengahari semakin panas dan semakin ramai umat manusia membanjiri jalan TAR ni...very crowded...

    pilih kain pelikat plak tuk ayahanda tersayang..ko mmg shopping sakan ean...hihihi

    ketupat besar ni..sape nak??leh rebus tuk raya nanti..hehehehe...:)

    singgah jap kat lot2 kedai kat masjid India ni..sempat la membeli keronsang..saja je tgk2..tp time ni memang kami rsa nak pengsan..dah senget tumit kaki rasanya..huhuhu

    kepenatan...naik komuter aku dan ean pilih coach untuk wanita sahaja..ade le sebabnya...akan rasa selamat..tp mana coach pun memang penuh dan memang takkan ada tempat berdiri..aku memang tk larat le..ajak ean pi belakang sekali..baik punya port...aku dan ean dgn slumber duduk je kat lantai tuh..lantak pi la..hahhaha..last ada juga org lain yg ikut kami duk kat lantai..sempat lagi tidor..hahahha


    apapun kami enjoy hari ni sebab misi berjaya....willly!!!!!alhamdulillah..:)
    Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

    IMPIAN HAMBA