Lebih kuarang cenggini le muka anak aku masa kena BP ni...
Macam mana plak anak aku dapat penyakit ni??Bak kata doktor..penyakit ni byk sebab bleh dapat..kadang2 secara tiba2 je..dan sebenarnya amat jarang untuk budak2 dapat penyakit ni...agak surprise juga lah kan anak aku leh dapat penyakit ni..huhuhu..(seriau sebenarnya)...tp untuk kes anak aku ni segalanya bermula dengan virus CHICKEN POX yang tk fully covered...cicken pox yg ada dalam telinga tu aktif then mengganggu saraf kesebelas yang mengakibatkan kawasan muka sebelah kiri paralys or lumpuh...yg kelakornya aku sdar anak aku mulut dok senget2 dalam 2-3 hari..aku siap marah2 lagi ingat dia buat memek muka atau ejek2 org...adoyaiii..nasib baik bertindak cepat dengan bawa ke pakar kanak...bagi makan antiviral dan diajar urutan dan fisioterapi dirumah..Alhamdulillah anak aku semakin hari semakin sihat and full covered..terima kasih atas doa semua..emak abah..adik beradik,sahabat handai...dan dengan ini aku mengambil cuti sepruh gaji selama 2 minggu yg diluluskan untk memberi sepenuh perhatian untuk anakku...dalam masa2 minggu ni mcm2 yg berlaku..tapi biarlah rahsia...:)))...nextweek dah keje semula..ditempat yg baru dengan boss baru rakan sekerja baru..tapi tkpa,,,aku kega dan lebih tenang hati untuk pergi bila ank akudh sihat..alhamdulillah...then aku nk share serba sedikit info Bell's Palsy ni...
Bells palsy bukan strok
Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
hidayatulakmal@hmetro.com.my
hidayatulakmal@hmetro.com.my
Menurut Perunding Neurologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Julia Shahnaz Merican, sesiapa saja boleh mengalami Bells palsy.
“Bells palsy adalah kerosakan pada saraf muka. Kira-kira 70 peratus daripada kerosakan itu membabitkan saraf otot kranial ketujuh, yang merangkumi deria rasa (lidah) dan otot dan saraf muka.
“Bells palsy boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira jantina dan tidak memberi ‘isyarat’ awal. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba, selalunya ketika bangun tidur.
“Individu yang didiagnoskan Bells palsy biasanya akan menampakkan senyuman, hidung serta mulut yang senget pada sebahagian wajahnya. Bukan itu saja, aktiviti harian mereka turut terjejas seperti sukar memberus gigi, minum, tidak dapat mengerutkan dahi dan lain-lain,” katanya, baru-baru ini.
Menurut Julia lagi, ramai yang salah anggap mengenai Bells palsy yang dikatakan strok. Ini kerana perubahan atau kecacatan pada wajah sehingga menjadikannya senget sebelah sering dilihat sebagai serangan penyakit berkenaan.
“Seseorang yang diserang strok selalunya akan lumpuh sebelah badan sama ada kiri atau kanan tetapi Bells palsy hanya membabitkan saraf pada bahagian muka saja, sama ada kiri ataupun kanan.
“Oleh kerana pesakit akan mengalami kerosakan atau kecacatan di sekitar wajah, ramai menganggap diserang strok pada hal jika dilihat, tubuh pesakit Bells palsy tidak lumpuh sebagaimana pesakit strok,” katanya.
Apakah punca Bells palsy?
Punca sebenar Bells palsy belum diketahui sehingga sekarang. Bagaimanapun, hasil kajian sekumpulan penyelidik dan pakar perubatan Jepun mendapati penyakit ini berpunca daripada virus herpes simplex.
Berdasarkan teori mereka, virus itu yang juga punca penyakit kayap dan cengkering (chicken pox), hidup di dalam saraf ganglion sama ada di sebelah kiri atau kanan telinga seseorang.
Simptom atau gejala Bells palsy:
Apakah pemeriksaan yang perlu dilakukan?
1. Mata
Doktor akan memeriksa mata pesakit. Pesakit diminta memejamkan mata dan doktor akan membuka mata itu. Jika mata pesakit senang dibuka dan bebola mata mereka ternaik, ia menunjukkan mereka mengalami Bell’s palsy.
2. Lidah
Doktor akan meminta pesakit menentukan makanan yang diambil itu masin, masam ataupun manis. Deria rasa pesakit terjejas akibat penyakit itu.
3. Mulut
Apabila disuruh bersiul, mereka tidak mampu melakukannya.
Apakah rawatan Bells palsy?
Bells palsy boleh dibahagikan kepada lima peringkat, iaitu daripada kritikal atau teruk hingga paling ringan.
Jika pesakit mengalami Bells palsy kritikal, mereka perlu diberikan rawatan segera sejurus tiba di hospital. Jika kerosakan itu dibiarkan hingga melebihi lima hari, ia sukar dipulihkan sepenuhnya.
Pesakit Bells palsy yang teruk akan mengalami kesukaran untuk menutup mata dan doktor akan memberikan ubat titis air mata tiruan untuk memastikan mata pesakit sentiasa lembap dan membekalkan bahan penutup mata untuk memastikan mata pesakit, ketika tidur, tidak dimasuki serangga yang boleh menyebabkan infeksi.
Berdasarkan kajian, kira-kira 90 peratus pesakit pulih sepenuhnya selepas menerima rawatan ubat-ubatan seperti steroid dan anti virus yang dikenali sebagai Acyclovir dalam tempoh satu hingga empat minggu.
Namun begitu, kira-kira 70 peratus pesakit Bells palsy boleh pulih sepenuhnya tanpa sebarang rawatan khusus. Pesakit Bell’s palsy juga akan dinasihatkan supaya menjalani rawatan fisioterapi di hospital.
Menerusi rawatan fisioterapi, muka pesakit akan dirangsang dengan bahan yang menggunakan kuasa elektrik. Selain itu, ahli fisioterapi akan meminta pesakit melakukan senaman wajah setiap hari sebagai salah satu usaha merangsang saraf muka mereka.
Bagaimanapun, kira-kira 15 peratus pesakit akan kekal dengan keadaan wajah yang senget biarpun sudah dirawat.
Lazimnya, mereka ini lewat mendapatkan rawatan dan mengalami Bells palsy yang serius.
Oleh kerana kerosakan itu membabitkan muka, pesakit selalunya tidak puas hati dengan perubahan pada wajah mereka dan tidak kurang juga yang mahu melakukan rawatan pembedahan kosmetik.
Mungkinkah Bells palsy dialami lebih daripada sekali?
Pesakit boleh mengalami penyakit itu lebih daripada sekali tetapi ia amat jarang berlaku dan tidak sampai satu peratus.
Adakah Bells palsy memberi kesan terhadap otak dan tubuh badan?
Tidak, kerana ia cuma kerosakan saraf muka.
Apakah rawatan untuk Bells palsy?
P/S>>>ibu bapa kena alert dengan setiap perubahan anak2...jgn sampai terlambat..alhamdulillah..semoga ALLAH sentiasa membantu...
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt
I'm very glad to found this article, I was diagnosed with Bell's Palsy this morning. I hope I can recover soon too! :)
BalasPadamSama mcm sy...sy dh smgu sah kna bells palsy..bt kali ke3....mla2 kna,msa umur16thn...kmudian msa umur 18thn...dan skg sy tgh hamil 3bln..ubat xdpt mkn..sb tkot gngu bby dlm perut..so bt fsiotrapi ja.hrap sgt cpt smbuh sb sukar bila mghidap pnyakit nh...
BalasPadamsemoga sabar dlm menghadapi ujian ini..saya masa mula2 tahu pun agak terkejut sbb tk sangka anak saya kena penyakit ni...semoga cepat sembuh..
Padammcm lbih kurang dgn sy je.sy kena ari jmaat n this is my first time kena.but ari isnin bru sy g hospital coz org tua kate angin ahmar.kalu awk sudi, bleh share x mcm mane nak wat fisiotrapi tu.
BalasPadammaaf ye baru je baca komen ni,,mcm mana skrg dh ok ke..saya ade simpan video yg diajarkan anak saya masa fisioterapi tu..selebihnya saya buat kat rumah..urutan tu untuk melancarkan peredaran darah dan urat2 yg dh beku(kata fisio tula) berfungsi semula...
Padammaaf sgt baru je membaca komen2 kalian..agak sibuk..anak saya mendapatkan rawatan di hospital azzhrah bandar baru bangi..disana juga di ajar urutan dirumah.selain dibekalkan ubat hanya untuk temppoh dlm 2 minggu..setiap hari saya lakukan...anak saya kena dalam 2 minggu...alhamdulillah skrg dh full covered....saya doakan agar anda semua cepat sembuh dan semoga sabar dalam menghadapi ujian ini...
BalasPadamAS SALAM...anak sy berusia 1tahun 22 hari terkena pnyakit ni pd 7 jan 2013..subhanaallah..Allah menguji aisya dlm usia yg msh muda,dan menguji hati kami sbgai tanda ingatan dr Allah...dlm usia yg msh muda agak sukar nak wt fisio pd aisya..
BalasPadammudahan2 aisya pulih sepenuhnya...amin
assalam..
Padamsemoga tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dr Allah swt..mcm saya juga..mula2 bila dpt tahau anak saya kena penyakit ni dgn zero informatin mmg terkejut sgt2...lps ni mmg kena alert dgn perubahan dkt anak kita...selalu berdoa dan buat solat hajat..insyaAllah berkat kesabaran dan kesungguhan anak puan akan pulih...mybe bleh search di internet kaedah fisio yg sedia ada..
Kn warded ke kt az zahrah tu
PadamAssalam Tanpa Nama,untuk pengetahuan, anak saya pun terkena BP ini pada minggu lalu dan usianya adalah 1 tahun 6 bulan. sekarang ini sedang diberi rawatan steroid selama seminggu. Boleh kah saya tahu perkembangan anak anda sekarang ini. Terima Kasih.
Padamsalam boleh share x video urutan bell palsy tu..anak saya umur 2 tahun 7 bulan pun kena bell palsy ni...skrg tgh makan ubat. sayu hati bila tgk anak minum susu, senyum dan menangis...
BalasPadamsalam...sya nk softcopy video dr akak boleh?sy pn da bp
BalasPadamAnk sy berusia 19 thn bru trkne BP 5 hari yg lepas..hngga hri ini blm smbh lg....sdh tgk wjh yg hensem sblm ney jd mcm tu. .
BalasPadamassalam, boleh juga cuba cara tradisional, jumpa tukang urut yang pakar dengan saraf...
BalasPadam(Salam,saya pon bru kne,da 3hari da, umur 18, kje pn trpkse brhnti smntra, dugaan semua ni', sy bru nk cube brubt tradisional, pastu bru nk pegi buat fisiotrapi d hsptal, takot sbnarnye sbb law cara tradisional kne urut, dia nak betol kn blik urat saraf nye, hmm harap sgt cpt smbuh,
BalasPadamsis..anak sy 2 thn br kene bell palsy..nak urut camner
BalasPadamSaya dh kena BP ni dlm 14 th, dh mcm buat tp x sembuh jugak. X tahu lg nak buat apa. Ada cadangan sy amat hargainya.
BalasPadamSaya harap tuan dpt mcg sy 0137303124..sy prnh kne tp kte ikhtiar bersama
PadamASSALAM
PadamMAAF SEMUA BELL BARU JE BUKA BLOG SETELAH BEREHAT SEMENTARA
SEMGOA ALLAH MERAHMATI DAN MENYEMBUH KPD SAHABAT2 YG MENGHADAPI SAKIT NI..MAAF SGT2 BELL TGH CUBA CARI VIDEO URUTAN TU SBB DAH HLG..APAPUN SMG KALIN TABAH DAN SABAR DGN UJIAN INI..
suami costemer saya telah mengalami bells palsy ni, ALhamdulillah setelah ikhtiar vivix.. saraf mukenya kembali pulih sepenuhnya sebelum smepat jumpa DR..nak tahu lebih detail 0136240955(ulfa)
BalasPadamorang sekeliling saya pun ada yang alami bell palsy...
BalasPadamrata2 yg kena masih muda & amalkan hidup yg sihat....
memang risau sungguh rasanya...
Bell Palsy: Strok Di Bahagian Muka Yang Siapa-Siapa Pun Boleh Kena. Wajib Ambil Tahu! | Diari Mama
SALAM .SY BR MENGALAMI SENGET DI MUKA TP SY BLM DI SAHKN DOKTOR MENGALAMI SAKIT APA SBB SY BLM LG KE HOSPITAL. DLM MASA YG SAMA TEKANAN DRH SY NAIK MS SY KE KLINIK. MUKA SY JD SENGET DAN SUKAR UTK BERCKP SELEPAS BGN DR TIDUR. BLH TK SHARE CR URUTAN MUKA . ATAU TEL SY DI NO 0126256642 .SY PERLUKN CR URUTAN UTK PULIHKN MUKA SY
BalasPadamSALAM .SY BR MENGALAMI SENGET DI MUKA TP SY BLM DI SAHKN DOKTOR MENGALAMI SAKIT APA SBB SY BLM LG KE HOSPITAL. DLM MASA YG SAMA TEKANAN DRH SY NAIK MS SY KE KLINIK. MUKA SY JD SENGET DAN SUKAR UTK BERCKP SELEPAS BGN DR TIDUR. BLH TK SHARE CR URUTAN MUKA . ATAU TEL SY DI NO 0126256642 .SY PERLUKN CR URUTAN UTK PULIHKN MUKA SY
BalasPadamas salam sis...salam perkenalan..sy nur...semoga sis sihat seperti sediakala...sedih bila baca crita2 pesakit bell's palsy nie...
BalasPadamklau xkeberatan saya ingin berkongsi satu prodduk yg mana dapat membantu pesakit bell's palsy nie..iaitu VIVIX SHAKLEE...
Alhamdulillah,setakat ni dapat feedback yg positif dari pesakit yg amik vivix ni..kita hanya ikhtiar,ALLAH SWT yg mnyembuhkannya...
Jika berminat boleh hubungi saya di 013-2904342...saya sedia membantu...^_^
Penyakit yang agak menakutkan, namun pasti ada ikhtiarnya untuk sembuh.
BalasPadam