ChocolatiBell

ChocolatiBell
To my dearest frens...sila la ke blog Bell HomeMade Chocolate And Gifts...

Jangan Tinggal Solat!!!!!

Masa itu Emas..so jgn buang masa..:)))

Sabtu, Januari 17, 2015

COMEBACK OF ME!!!!

ASSALAMMUA'LAIKUM WBT

UHUK UHUK UHUK...SUDAH BERHABUK BESAWANG BLOG BELL NI..DAN NK DEKAT SETAHUN AND NOW 2015  SUDAH...SEDAR TAK SEDAR...
THEN MEMANG RINDU SANGATTT NAK BERBLOGGING MEMANDANGKAN BELL PUN DAH TK BEKERJA DAN MENJADI SURIRUMAH SEPENUH MASA..ALMOST 2 YEARS BELL JADI SURIRUMAH..WHY???RAMAI YG TANYA..DAN RAMAI YANG KOMEN..
-TAK RASA RUGI KE 
-TAK BOSAN KE
-TAK MENYESAL KE
-TAK ITU KE TAK INI KE
DAN BERMACAM TAK LE YG KELUAR...
MEMANDANGKAN BELL ADA IJAZAH THEN KERJE PUN DI GOMEN SO RAMAI LA YG KATA ITU DAN INI...DAN BELL HANYA TERSENYUM DAN JUST THINK POSITIF..
MYBE PEKERJAAN ITU TDK SESUAI DGN BELL DAN REZEKI ALLAH ITU MAHA LUAS,..DARI RUMAH JUGA BOLEH JANA PENDAPATAN...DAN BILA DH DUK RUMAH NI MMG RASA TKMO DAH KEJE..RASA SERONOK TGK ANAK2 DEPAN MATA DAN AS A MOTHER BELL YG JAGA SENDIRI ANAK BELL
BANYAK YG INGIN BELL KONGSIKAN SEPANJANG DIAMNYA BELL TIDAK BERBLOGGING..
TUNGGU..SBB BELL TGH MEN'IMPROVE'KAN SOMETHING FOR MY SELF.
BUT THE IMPORTANT THING IS 2015 WILL BE AWESOME AND MORE CHALLENGE..
LAST BUT NOT LEAST MOGA 2015 AKAN MENJADI LEBIH BAIK DAN MENJADIKAN KITA INSAN YG LEBIH BAIK..ALLAHUMMA AMEEN..INSYAALLAH
SEE YOU FOR THE NEXT  SHARING OF LOVE..

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Selasa, Oktober 29, 2013

BLUEBERRY CREAM CHEESE CAKE

 Assalammua'laikum..

Lama bell tk berblogging..sejak2 ada si kecilku Rana mmg susah sikit nk telek2 blog..biasa yrue by phone je pun kalo nak berfesbuking atau beronline..nak menulis guna henpong rasa tk puas mesti nak menelek lappy ku jua baru ada kepuasan..
 Bila dah jadi fullhousewife terasa kebiziannya..huhuhu..pepagi dgn siapkan bf anak2..kemudian dgn sikecilku Rana..pastu mask lunch plak..my mum plak..ank semula..dinner ..kain baju..pinggan mangkuk lagi...wah wah tak tertulis rasanya...kami ni suri rumah tkdok cuti...24/7..hehehe..
Penat tapi ada kepuasan di situ..Sbb Bell bleh jaga famili Bell dgn sendirinya..Melihat anak2 pergi dan balik sekolah dgn selamat..menyediakan makanan untuk famili dan tk penin2 kepala nk terkejar2 ke opis ...hahaha...itu yg penting...Ramai yg tanya..tak rugi ke berenti keje..ada ijazah plak tu..owhhh Bell sgt2 rasa tidak rugi...Ijazah yg ada Bell gunakan sebagai ilmu dgn apa yg Bell buat sekarang...Suami Bell pernah ckp..agak pedas juga la..IbuBapa skrg ibarat mcm ternak anak..lepas beranak bg kat org lain jaga..then g keje..balik 9-5..jupe mlm je...huhuhu..sabor je la kan..So kena lepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu..Then Bell pilih famili...Alhamdulillah..Tenang dan aman..:))
Opss actually this entry nak ceciter pasal baking membaking ni...Bell sebenarnya dah mulam bis kek mengekek ni part time masa tgh keje dulu2..But now Bell buat fulltime dan masih lagi dlm proses belajar..suka mencuba resepi2 yg baru...kire dapur tu dah jadi Ofis Bell la...Ianya juga ibarat terapi buat Bell...bila dah membaking ni ibarat dalam dunia Bell sendiri...cewahhh...tapi itulah hakikatnya...
 Entry kali ni Bell nak post kek Blueberry Cream Cheese Cake..kek ni sgt sedap..lagi2 dgn ada buah bluberry di dalamnya..kalo tkde buahnya guna filling blueberry ok gak..Bell kongsikan bebrapa gambar..saja nak bagi terliuq..hehehe..
yummy yummy...
Add caption


Pek Bajet for customer order...



Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Sabtu, September 21, 2013

Bisnes Online

 Assalam semua....setelah hampir 3 bulan mencutikan diri daripada segala kerja2 berat now I'm back...more refresh more spirit and segala more lah...my little princess pun dah semakin membam..dah pandai senyum2 borak2...

Ok...disebabkan bell sekarang sudah tidak bekerja so Bell telah memulakan bisnes online bell.Kalo dulu bell buat sekada suka2 but now I'm seriously make it sepenuh jiwa raga..walaupun surirumah but I'm working 24/7 tau dan ianya lagi mencabar dari bekerka di luar sana..Penat tapi Bell puashati..sebab buat sesuatu yg Bell suka dan minat...

Dengan itu Bell mewujudkan dua jenis bisnes sekaligus..tamak tak..hehehe..bukan tamak tapi selagi ada peluang Allah berikan kenapa tidak kita ambil peluang itu..walaupun sedikit tapi dengan usaha doa dan tawaqal insyaAllah boleh berjayakan..

Bisnes apa plak yg Bell buat ye..ok let me tell u guys...disebabkan Bell ni suka sgt baking membaking ni then Bell buat la sikit2 bisness homemade chocolate,kek and others..Bell juga terima tempahan..cewahhh giteww..haaaa ada page di facebook...https://www.facebook.com/chocolatibell  nanti bell upload beberapa gambar ye..then bisnes kedua plak bell jual baju2 ada juga page di facebook https://www.facebook.com/BellvivaShoppe..haaa kan tiba je nak jual baju2 nikan..ekcelly sejak masa kerja dulu bell dah mula kedua2 bisnes ni sebagai partime but now im fully partime for this,,yeehaaaa..chaiyok2 bell..semoga apa yg diusahakan akan berikan hasil dan kejayaan..insyaAllah...aminn...

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Sabtu, Julai 13, 2013

Kelahiran yang dinanti..

Dah bersarang blog Bell ni ghupenye...lama tk update blog sbb keadaan kesihatan yg tidak berapa ok dan tkde mood sgt nk mengupdate status...lps ni kena rajin2 la menjengok blog ni..byk mende baru yg kena buat ni..new life new born....opss..new born....

Inilah antara sbb dh lama sbnrnya tk msk blog...selama 38 minggu menanti dgn penuh kesabaran diiringi dgn ujian dan dugaan....Alhamdulillah kelahiran yg dinanti selama ini telah selamat dilahirkan dgn berkat pertolongan dari Allah swt dan berkat doa insan2 yang tersayang...lahirlah serikandi didunia yg penuh pancaroba ini...08072013 hari yang amat bermakna dlm hdp bell....syukur kpd Allah....smg menjadi anak yg solehah..amiin ya rabb...serikandi penyeri hidup kami....pengikat kasih dan syg...(penuh rahsia...)





Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Jumaat, Februari 08, 2013

ADAB & KAEDAH SAMBUT KELAHIRAN BAYI DALAM ISLAM


5 ADAB & KAEDAH SAMBUT KELAHIRAN BAYI DALAM ISLAM

“Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul.”
(Surah As-Syura ayat 49 dan 50)

Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dikurniakan anak. Dalam Islam ada adab-adab yang perlu diikuti agar dinilai sebagai suatu ibadat, antaranya;

1. Menunjukkan Rasa Gembira dan Ucapan Tahniah

Hendaklah orang yang mengetahui saudaranya yang baru menerima cahaya mata untuk menunjukkan rasa gembira dengan kelahiran anak dengan ucapan tahniah.

Ucapan yang terbaik adalah seperti disebut oleh Ulama’ iaitu: “Burika laka fil Mauhub, wasyakartal Wahiba, wabalagha rushdahu waruziqta birrahu (Moga diberkati untukmu pada kurnia-Nya dan hendaklah engkau bersyukur kepada Pengurnia (Allah) dan moga anak itu mencapai umur dewasa dan engkau memperoleh kebaktiannya).”

2. Azan Serta Qamat Sejurus Selepas Kelahiran

Apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan.” Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit.

3. Hendaklah Di Tahnikkan 

Tahnik bermaksud mengambil sedikit kurma pada jari telunjuk lalu dimasukkan pada mulut bayi lalu digerakkan perlahan-lahan ke kanan dan ke kiri agar menyentuh seluruh mulut bayi. Seterusnya manisan itu akan masuk ke rongga tekak dan tahnik ini dilakukan supaya memudahkan bayi ketika menyusu. Sebaik-baiknya orang yang mentahnik bayi adalah orang yang salih supaya bayi berkenaan memperoleh keberkatan. Menurut hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa RA: “Saya dikurniakan seorang anak lelaki. Lalu saya membawanya kepada Nabi SAW. Baginda SAW memberikan namanya Ibrahim dan mentahniknya dengan kurma.” (Imam al-Bukhari menambahkan: Rasulullah mendoakan agar diberi berkat dan dipulangkan bayi itu kepadaku).

4. Mencukur Rambut 

Ibnu Ishaq menyebutkan sebuah hadis riwayat al-Baihaqi daripada Abi Rafi’ Maula Rasulullah SAW bahawa ketika Hasan bin Ali lahir, ibunya Fatimah ingin mengakikahkannya dengan dua ekor kambing. Lalu Rasululullah SAW bersabda: “Jangan kamu mengakikahkannya tetapi cukurlah rambutnya kemudian sedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya di jalan Allah atau berikan kepada orang musafir.” Kemudian (tahun berikutnya) apabila lahirnya Husain selepas itu, Fatimah melakukan seperti itu juga. Imam al-Baihaqi berkata: “Jika hadis ini sahih, agaknya Rasulullah SAW mahu mengakikah sendiri cucu Baginda seperti yang kami riwayatkan.”

5. Melakukan Akikah 

Seperti disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Aisyah RHA, beliau berkata: “Rasulullah menyuruh kami supaya mengakikahkan anak perempuan dengan seekor kambing dan anak lelaki, dua ekor kambing.” 

Sumber : I Luv Islam

 
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Khamis, Februari 07, 2013

PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG



1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.

2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

3. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

5. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

7. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.

8. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.

9. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

10. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

11. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

12. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi.




Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Rabu, Januari 30, 2013

♥ 19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI ♥



Ehem ..ehem...
Kali ni bell nak share tips kebahagian untuk suami dan isteri..bila bell baca tips2 tersebut rasanya sahabat2 juga patut melakukannya..selain boleh mengeratkan hubungan antara suami dan isteri ianya juga boleh mengekalkan rasa cinta dan kasih sayang antara suami isteri dan kemesraan yang berpanjangan insyaa Allah...


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.


Jom..Mulakan!!!!

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

IMPIAN HAMBA