ChocolatiBell

ChocolatiBell
To my dearest frens...sila la ke blog Bell HomeMade Chocolate And Gifts...

Jangan Tinggal Solat!!!!!

Masa itu Emas..so jgn buang masa..:)))

Memaparkan catatan dengan label Rak buku bell. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rak buku bell. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 23, 2011

Hati Yang Luka....



disebabkan aku tk sempat nk mengusha2 novel baru kat kedai buku so aku belek2 kat almari buku aku novel2 yg pernah aku beli...finally jupe my feveret novel by NORHAYATI BERAHIM...kira dh 2 kali aku baca novel ni...HATI YANG LUKA....tk tido aku nk menghabiskan novel ni sbb aku dh lupa jalan ceritanya...huhuhuh...tp selalunya novel2 NORHAYATI BERAHIM jarang mengecewakan aku..plot cerita mmg menarik.novel ni pasal keegoaan seorang lelaki yg susah tuk mengaku sayang dan cinta pada seorang wanita yg sudah menjadi isterinya akibat dari perbezaan taraf..ade lagi manusia mcm tuh aku rasa..melambak..bila isteri die dh lari baru le nak meroyan...angau tk sudah...mestilah ending story kan...tuh yg best tuh..ngeeee(jgn terjadi mcm tuh kat aku,,.....hahahhaha)apapun i love this novel...(^__^)V
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Sabtu, Februari 27, 2010



Rasanya ini novel aku yg pertama untuk tahun 2010 ni..dah lama tk layan novel ni...dan dalam masa satu hari aku habiskan novel ni sebab tak sabar nak tahu endingnya...Novel ni mmg simple jalan ceritanya...bahasa yg digunakan memang mudah..bahasa2 yg biasa aku gunakan..enjoy sangat baca..boleh aku gelak sorang2 baca novel ni...watak2 yang menceriakn...semuanya digarap dari alam realiti ke novel...memang best..aku enjoy baca novel ni dan tak ingat ini novel keberapa aku beli...heheh..i like it very much...:)
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Ahad, Disember 06, 2009

ANDAI ITU TAKDIRNYA....



akhirnya.....inilah yg novel yg asyik sold out je bila aku nk beli...kali ni dapat je novel ni aku terus beli.grab terus.....mmg touching this novel lor...patut la ramai kata yg best....memang tk dinafikan...love it this novel....liku2 perjalanan seorang wanita bernama aleya...tp bab yg paling aku menyampah harus ke seorang manusia yg sama merah darahnya masih memandang kepada taraf,pangkat dan kekayaan..cukup benci tul aku..tapi tk dinafikan masih ade lagi manusia2 seperti itu dimuka bumi ini...tp berkat kesabaran segala penghinaan,kesusahan kesedihan dan segalanya dapat dihadapi kerana redha Andai Itu TakdurNYA....emmm....apapun aku enjoy this novel...very da best...yg pasti rak buku aku bertambah dgn bermacam2 genre buku....:)
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, November 16, 2009

Buku Ilmiah......berbaloi2...




Buku ni dah lama aku admire nak beli sejak aku berkawan dengan penulisnya di FaceBook dan aku mengikuti cerita2 ilmiahnya di blognya iaitu kak Suzana Ghazali yg tak pernah lokek denga ilmu yang sentiasa ingin dikongsikan bersama2 rakan2nya....itulah namanya pencinta ilmu..ade ilmu disebar dan dikongsikan bersama...buku ni aku amat puashati dan aku rasa amat berbaloi membelinya....bahasa dan penerangan yg amat mudah tuk difahami..contoh2 yg diberikan mmg bertepatan dengan isu terkini....aku rasa selesa membacanya....dan aku sedar akan hak dan fungsi sebagai seorang wanita disisi agama,keluarga dan kehidupan....insyaAllah.


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Ahad, November 01, 2009

NOVEL LAGI>>>>huhu



semalam aku pi alamda with my kezen...saja je nk release..mulanya nk pi tengok Permata Hijrah nya booth..tp ramainya orang...nk cari parking pun susah....last2 we all decide tengok wayang le..'PAPADOM'....heheh..mmg seronok cite ni..sakit mulut aku dok ketawa jerk...satu ungkapan dalam citer ni..."jangan terlalu emosi dengan tanah"...wakakkaak..pecah perut aku..watak semuanya selamba....ok la untuk hiburan keluarga...gaamaknya aku dan keze kekadang cannot control our laughing..adesss..ni kalo kat umah nu mau tk hengat dunia gelak ni nasib baik kat tempat awam...huhuhu...sementara menunggu time menonton seperti bese tempat yg tak pernah aku lupa untuk singgah di Alamanda 'kedai buku MPH'...kdg2 aku tk beli pun bukunya sekadar membelek..kalo tk cukup budget bulan depan leh beli..aku tanya stok buku yg aku cari minggu lepas..stok dh ada..wah seronok aku...tapi aku tertarik nga satu buku ni..hahaha..alamak sekuel le dari ombak rindu dan cinta..tiada akhirnya..adess berbelah bagi lak...aku mesti tahu kesudahan cite antara izzah dan hariz ni....nampaknya penyakit aku dh dtg semula..pemyakit gilerr novel...harus mak aku bising kalo die tahu nih..sebab aku kalo dh mengadap novel aku akan tenggelam dgn dunia aku..selagi tak habis aku tak puas hati..mahu tahu kesudahannya...ermm..kahirnya dengan hati yang berbelah bahagi aku beli novel rindu cintaku dan dalam masa satu hari aku habis membacanya...walaupun banyak gangguan aku tetap nk habiskan novel ni..heheheh..apapun ini le salahsatu terapi untuk aku...aku hepi sudah...heheh...
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Selasa, Oktober 27, 2009

Latest Novel



masa otak aku breakdown ritu aku gi alamanda cari novel tuk release kan otak aku ni...tu le keje aku bile tensen...aku akan carai bahan tuk membaca...last week mmg aku down sangat...sib baik this week aku ok ckit...actually aku nk cari novel lain tp dah soldout..aku tertarik dengan tajuk novel ni "LANTERA MUSTIKA"....cahaya mustika..novel ni mmg best...buka setakat jalan cerita yang menarik dan cerita percintaan dan hubungan sesama manusia shj..tapi byk ilmu yg leh kita dapat kat sini...aku enjoy la dgn novel ni...

Jumaat, Jun 19, 2009

Adam & Hawa dan Dia Lebih Mengerti


ni kira aku maraton baca novel ni...lepas habis satu novel aku baca lagi satu...ni antara faveret citer aku 'kan kuterus berlari walau luka ini masih terasa...karya nohayati berahim memang best...kalau baca novel dia memang tak sabar2 nak tahu the end the story...bermula dari kawan dan melahirkan bibit cinta antara Umairah dan Syed Abid..umairah seorang wanita yang sederhana membuatkan Abid jatuh cinta kepadanya..konflik diantara Umairah dan ibunya...bapanya yang berkahwin lain tanpa pengetahuan ibunya...dan konflik keluarga dimana si isteri yang ego dan macam2 rencah kehidupan ditonjolakan disini..memang tak bosan nak baca...very enjoy this nove...i love it :)

Novel ni dah lama keluar sebenarnya tapi aku baru tergerak nak beli dan baca...nice story about percintaan adam dan hawa...konflik percintaan bermula bila ditangkap khalwat kerana sstu fitnah...cabaran dan dugaan yang dilalui oleh AIN HAWANI bermula zaman remaja sehinggalah meningkat dewasa..prpisahan yang sengaja untuk lari dari kekecewaan tapi mereka dipertemukan semula di mekah..hawa bertemu semula cintanya ADAM MUKHRIZ...dan seterusnya..emm nak tau beli la sendiri tapi citenya mmg best...

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Jun 08, 2009

Hati Yang Luka


Akhirnya aku selesai membaca novel ni walaupun banyak yang menghalang aku tuk menghabiskan...veri touching this story and i like all the novel from Norhayati Berahim....ape yang aku suka tentng novel ni adalah watak WIDAD yang tabah,tenang dan sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidupnya dalam mempertahankan maruah ibu bapanya...dan dalam menghadap seorang lelaki yang penuh keegoaan dan hidup memandang darjat dan kdg2 dalam hidup ni apa yang tak sangka terjadi akan terjadi...mungkin dulu kita tak hengen tuk bercinta dengan orang tuh tapi tiba2 je itu la yang kita gilai...lagi satu penulis menyelitkan unsur agama dan nasihat2 serta kata2 yang aku kira bleh gak membuatkan otak aku berfikir dan adakalanya memberi jalan kepadaku..banyak yang aku pelajari dari watak bernama WIDAD ni...heheheh..apapun cerita ni memang best and this novel is the best seller from NB novels....
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

IMPIAN HAMBA