Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintaNya padaMU
Agar bertambah kekuatanku untuk mnenyintaiMU
Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya bertaut padaMU
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang nafsu
Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hatiMu
Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid dijalananMu
Ya Allah,
Jika Aku menikmati cinta KekasihMu
Janganlah kenikmatan itu
Melebihi kenikmatan indahnya
Bermunajat disepertiga malam terakhirMu
Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada KekasihMu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan menyeru manusia kepadaMu
Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasihMu
Jangan biarkan aku melampau batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepadaMU...amiin..
Doaku moga kita sama-sama berjaya didunia dan akhirat
Berjaya dalam mengharungi dugaan dan cabaran
Yang sememangnya menguji kekuatan iman
Kerana tapak iman itulah yang menemukan
Cinta yang selama ini telah hilang...
Aku yakin dengan janji Allah
Aku yakin dengan dirinya kerana Allah
Aku yakin bisa menjadi sayap kirinya untuknya
Aku percaya dia mempercayai diriku
Aku percaya dan yakin apa yang telah Allah catatkan untukku
Semoga aku sentiasa berada dalam lindungan dan keberkatan Allah swt
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt
Jumaat, Jun 12, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
InsyaAllah,benar sur..menyintai seseorang biar kerana Allah.Jika mencintai seseorang kerana paras rupa pasti permulaannya ok,pertengahannya tunggang terbalik dan akhirnya hancur lebur.Terima kasih atas ingatan..
BalasPadamPERINGATAN TU DIIR SNDIRI JUGA NI...SMOGA LEPAS NI DIJODOHKAN DGN YG LEBIH BAIK..INSYAALLAH...
BalasPadam