Jumaat, Julai 10, 2009
ERTI SAHABAT
Sahabat...satu perkataan yang penuh pengertian buat diri aku...aku memang ramai kawan dek kerana aku ni banyak tempat belajar dan aku mudah mendekati dan didekati...cuma bila sebut pasal sahabat tak semua orang bleh menjadi sahabat untuk kita...kata orang kawan ketawa senang dicari tapi kawan menangis..emmm ko menangis la sorang-sorang...tapi alhamdulillah setakat ni aku punya sahabat2 seperti ini..ketawa menangis suka duka sedih gembira bersama...bak kata orang cubit peha kiri peha kanan terasa...cuma silap aku 6 tahun lepas aku menyepi dari rakan2 seperjuanganku...aku mendiamkan diri membawa haluan hidupku sendiri tanpa pernah aku mengambil tahu apa yang terjadi kepada sahabat2 aku...aku akui itu satu kesilapan yang tidak dapat aku elakkan bagi menjaga hati dan perasaan orang lain yang susah untuk memahami situasi yang aku alami..takpe la biarlah aku mengalah..aku mengalah bukan kerana aku kalah tapi untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini terjadi...aku ramai sahabat..belaja di SAMSMEL aku ade geng otai aku...hah ni memang marvelous....satu kepala beb...masing2 dah kawin cuma yang sorang je kami dok tunggu bila la nak naik pelamin...aku bg hadiah besor kalu ko kawin...nama dirahsiakan...heheh...kat SMA ALKHAIRIAH juga punya sahabat...hah yang ni memang touching punya sahabat...kami gelar 3 serangkai...hhehe...nak tau nape..kami mmg close..dan they like my brother...apa-apa hal tentang aku mesti sibuk nak amik tahu...heheh...tapi banyak kisah disebalik persahabatan kami bertiga.....dan selama 6 tahun ada benda yang sudah lama tidak terungkai dan semalam bagi aku ape yang sentiasa tertanya-tanya di benak kepala sahabat aku ni dh kira setel..aku pun lega..dan aku mengharapkan selepas ini ade sesuatu yang baik berlaku..segala salah faham bagi aku dah dibetulkan...dan biarlah masing2 membuka lembaran baru...dan jangan ada sangsi..aku tahu korang the best couple in the world love each other so please makesure hepi always...melihat kebahagiaan sahabat-sahabat aku adalah kebahagiaan aku juga...aku amat menghargai persahabatan ini...dan terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kat aku disaat kejatuhan aku...bestfren abadan abada...masa kat kisdar aku temui sahabat yang akrab ngan aku...dari duk hostel hinggalah berpindah randah ke bangi kami akan bersama..masa tuh ikat perut sama2,takde duit nak naik teksi atau bas jalan kaki sama-sama,bleh kongsi makan2..sebantal...seronok plak bile ingat masa lalu...amat berharga sekali..rindu plak aku...dan yang paling aku seronok sekali hingga ke saat ini kami sentiasa menghubugi antara satu sama lain walupun tidak kerap...tapi pasti akan bertanya kaba...indahnya persahabatan bila disulami dengan keikhlasan..aku amat sayang dengan sahabat2 aku...susah aku susah mereka,senang aku senang mereka,sedih aku sedih mereka,gembira aku gembira mereka,bahagia aku bahagia mereka....semoga ikatan ukhuwah fillah ni akan berkekalan duniA dan akhirat..dan aku mengharapkan agar temanku memahami kerana aku ingin dia menjadi teman dan sahabatku disaat aku memerlukan..dan yang pasti samada teman sahabat atau kawan amat bermakna dalam hidup aku....SEMOGA ALLAH MEMBERKATI HIDUP SAHABAT2 KU WALAU DIMANA PUN MEREKA BERADA...AMIIN
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan