ChocolatiBell

ChocolatiBell
To my dearest frens...sila la ke blog Bell HomeMade Chocolate And Gifts...

Jangan Tinggal Solat!!!!!

Masa itu Emas..so jgn buang masa..:)))

Isnin, Julai 13, 2009

DUNIA SEPIKU

Bibir tersenyum hati menangis
Menutup segala resah dan duka dijiwa
Ketawa dipamer hati bersedih
Mengaburkan segala tangisan yang lara

Segala duka bukan mahuku
Segala kesedihan bukan pintaku
Segala kegagalan bukan impianku dan rancangku
Segala yang gembira telah lama berlalu
Segala yang indah sudah lama tidak kutemu

Tiada penghargaan,tiada kebanggaan
Puncak kejayaan semakin kelam kurasakan
Segala perancangan hilang haluan
Semua impian hanyut dilautan

Aku tetap berdiri kaku diruang ini
Berfikir,bermuhasabah mencari kesilapan dan kekurangan diri
Kupohon kekuatan dari Ilahi
Semoga tabah mengharungi hari

Menghitung hari melalui kehidupan ini
Kadang-kadang tiada kepastian dihati
Adakah kebahagiaan akan kutemui
Adakah akan ada sinar lagi dalam hidup ini
Kerana kurasakan diri ini semakin kecil dan jauh
Di dunia sepiku ini


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

2 ulasan:

  1. hehe..sepinyer kawan aku nih..
    jgn dok layan sepilah sis.. banyak lagi mende faedah boleh dilayan..
    agak2 boring, buka youtube..taip lawak..semuanya lawak..
    hahahaha...
    masa ni lah kita enjoy selagi belum terikat dgn komitmen yg 'utama'..
    carilah sesuatu yg boleh bahagiakan hati kita..just tgk anak2 bergaduh pun kadang2 boleh terhibur..bkn apa..dah la budak2 takde gigi, pastu sibuk nak bertekak..hahahahah

    BalasPadam
  2. kdg2 aku puitis je lebih beb..aku sepi time tido je...hahahahhaahh

    BalasPadam

IMPIAN HAMBA