ChocolatiBell

ChocolatiBell
To my dearest frens...sila la ke blog Bell HomeMade Chocolate And Gifts...

Jangan Tinggal Solat!!!!!

Masa itu Emas..so jgn buang masa..:)))

Isnin, Mei 18, 2009

Relevankah Itu Semua....dunia akhir zaman...

Aku sampai awal kat ofis arini..alhamdulillah perjalanan ok dan selamat...dan perkara pertama yang aku cari setibanya diofis dokumen yg kutinggalkan ari jumaat lepas...leganya...ade pun...syukur...dan perkara pertama yg akan kulakukan sblm membuat kerja2 hakikiku aku akan semak emel aku..dan aku tertarik dengan emel dr shbtku ini...sebenarnya aku dh baca tentang benda ni minggu lepas...actually sakit pula hati aku...ape le mangkuk sgt nak cipta bir versi islam...tak munasabah langsung...bg aku tk membanggakan langsung...ibarat menegelirukan umat islam...Ya Allah apa nk jadi dunia hari ini.....dah sebutan 'BIR' tu bisa meloyakan tekak aku...cipta je la air yg sedap didengar dan lazat rasanya...jika alasan kerana tak mahu umat islam membeli bir yang haram aku rasa itu adalah satu ciptaan yg paling bodoh pernah aku saksikan....aku sendiri tak fhm....atau ade dalang disebalik ciptaan itu...mungkin juga sape tahu...sekarang ni berbagai cara untuk manusia2 yg hati perutnya ibarat yahudi dan sememangnya yahudi itu untuk menghancurkan ummat islam sedunia...gerun aku...masalahnya syarikat iran plak tuh yg produce benda alah ni..pelik2...Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

1. sanggupkah anda makan daging ayam disembelih tapi dibentuk menyerupai babi?
2. bolehkah anda sambut aidilfitri tapi memakai baju santa claus?
3. mengapa dibotol arak halal menyerupai arak haram? tak terkeliru ke dgn arak haram?
4. forum halal ni tidak dipantau majlis agama ke?
5. seksok bebudak sekolah minum arak haram pon org leh kata tu arak halal..nak wat camana dah rupa lebih kurang..
6. apa komen Majlis fatwa?...
Rasulullah SAW pernah memberi amaran keras kepada umatnya berkenaan gejala mengikut, meniru atau melakukan budaya asing melalui sabda Baginda bermaksud: Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia turut termasuk bersama golongan itu. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)
emm..ramai la yang merasa BIR versi halal di MIHAS...emm..no komen la...tapi kalau aku la tak bisa dong tekak aku nk merasanya...ade ke kebaikan dgn ciptaan yang kiranya sebagai satu pilihan..jika dilihat dari segi pembuatan "barli yang diperam"..emm aku yang kira cetek ilmu pengetahuan ni aku terbayangkan pula air tuak hasil penapaian tapai yang diperam...dan bukan ke tuak itu haram....emm that's my view n opinion la kan...tak tahu la org lain...dan kononnya Bir halal ni didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.Ye ke boleh caya ke...emm ade ke kajian yg dibuat ek...emmm confius2...otak aku tk leh terima la...untuk org lain aku tak tahu la but to me it's realy stupit....wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IMPIAN HAMBA