ChocolatiBell

ChocolatiBell
To my dearest frens...sila la ke blog Bell HomeMade Chocolate And Gifts...

Jangan Tinggal Solat!!!!!

Masa itu Emas..so jgn buang masa..:)))

Isnin, Ogos 31, 2009

Merdeka yang ke 52

Hari ni Hari Merdeka yang ke 52..sambutan yang ala kadar hanya selama 40 minit kerana menghormati bulan ramadhan dan kes h1n1...emmm elok la tuh..kalao boleh biar setiap tahun sambutan yang ala kadar...huhu..tapi tak mungkinnya....aku ntah rasa biasa jer..cuma bila cite2 bab merdeka ni aku suka bila tv menyiarkan rancangan pasal sebelum merdeka...perjuangan,keperitan hidup,kepayahan dalam meneruskan kehidupan,kesengsaraan,ketakutan dan keberanian menghadapi musuh dan penjajah dan banyak lagi la....lagi2 bila tengok kezaliman komunis dan jepun..wah zalim yang amat sangat....arwah wan aku selalu citer pasal kehidupan dia masa zaman komunis..kata wan komunis memang zalim..meraka boleh bunuh ahli keluarga kita depan mata kita tanpa belas kesihan..agak2 aku lah kalau aku disituasi camtuh mau pengsan aku...ish tak sanggup aku....perjuangan yang belum selesai..bila fikir2 semula tentang kesenangan yang dilalui sekarang bersyukur sangat..alhamdulillah...walaupun tak le semewah mana tapi aku bersyukur dengan kehidupan sekarang..cuma apa yang menyedihkan bila ade le segilintir umat yang tak sedar diri...terikut-ikut dengan kehidupan penjajah...aku pun pelik...emm...apapun aku berdoa semoga aku tidak seperti mereka...fikiran yang dijajah lagi sukar untuk dimerdekakan..tak caya tengok la bebudak sekarang...macam2 aliran yg mereka ikut kekadang sampai tergeliat lidah nk menyebutnya...pelik aku..menjadi kebanggaan kalau dapat ikut budaya dan anasir buruk dari penjajah..aliran agama taknak ikut lak..tk up to date konon..kepala hotak agaknya tak up to date..hangin je aku....aku pun tak faham..kekadang makbapa sama bangga dengan anak-anak mereka tuh..katanya mengikut peredaran zaman dan tak ketinggalan..zaman dah maju..globalisasi...mengong jer semua tuh...doa2 sangat supaya anak2 aku terpelihara daripada benda2 yang buruk camtuh..mendidik anak2 zaman sekarang memang penuh mencabar...dan penuh dengan kesabaran..semoga aku dapat mendidik anak2 aku menjadi anak2 ayang soleh dan sentiasa mengikut jalan yang lurus dan diredhai...amiin...

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Khamis, Ogos 27, 2009

Wanita, Akal Senipis Rambutnya...

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terase sunyi tanpa wanita...
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya...

Apa yang tiada dalam Syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa...

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki...
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok akan menghasilkan bayang yang lurus?

Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T
Didiklah mereka dengan panduan dariNya...

Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan semakin liar...
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan,
Kerana nantinya mereka akan semakin derita...

Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang paling kekal...
Di situlah punca kekuatan dunia!!

Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu...
Hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak...

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan melihat nilaian dan keadilan Tuhan...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan bererti satu kelemahan...
Ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Tuhan...

Wanita lupa yang hakikat kejadiannya,
Pasti tidak akan terhibur dan menghiburkan,
Tanpa iman, ilmu dan akhlak...
Mereka tidak akan lurus,
Bahkan semakin membengkok.. .

Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya...
Bila wanita menjadi derhaka,
Pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara...

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, tapi binalah kepimpinan.. .
Jinakkanlah dirimu kepada Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.. .

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahrah,
Andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah. ..

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Rabu, Ogos 26, 2009

Penantian....

Kata orang penantian satu penyiksaan...emmm...betul la tu kot.....sekarang dah 5 Ramadhan..alhamdulillah .....aku sebenarnya tengah susah hati..bukanla susah hati apapun...ye lah perancangan majlis berbuka puasa untuk kelab alumni samsmel6 ni lg 2 minggu jer..harap2 semua berjalan dengan lancar...perasaan ni sama macam aku nk buat majlis gathering bulan lima lepas..selagi tk selesai selagi tuh aku risau....yela bila sebagai ahlijawatankuasa dan dibantu dengan rakan2 yang lain semestinya aku mahukan yang terbaik untuk apa yang aku lakukan...walaupaun majlis kami ni tk le dibuat ditempat yang grand kat hotel ke ape ke..tapi yang penting bagi aku kami dapat berkumpul dalam satu jemaah...ukhuwah terus dijalankan..matlamat dan objektif kelab dapat dicapai....selagi tak selesai berdebar2 jerk aku ni...adesss....emmm....apapun aku nk ucapkan terima kasih kepada ahlijawatankuasa yang banyak membantu aku...kawan2 aku ni memang best senang bekerjasama dengan mereka..kadang2 terharu juga..yela ingat dulu lepas sekolah aku tk lagi bertemu dengan kawan2 aku ni...tapi sekarang berjumpa semula...aku rasa mseronok sangat....tu sebab aku mahukan kelab ini bergerak walaupun satu hari nanti aku tkde..walau siapapun yang akan menerajuinya..aku harap kelab ini akan terus bergerak dan berkembang dengan lebih baik lagi....lebih baik dari sekarang...insyaAllah...


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Rabu, Ogos 19, 2009

ALHAMDULILLAH...CAPAI TARGET

Betullah kata seorang temanku bila kita membuat sesuatu pekerjaan dengan istiqomah insyaAllah...semua boleh tercapai....dan juga dengan niat yang betul...selain itu berjadual dan sistematik dan mengikut la segala perancangannya..dan buat pertama kalinya aku membuat seperti apa yang telah diajar dan alhamdulillah aku capai target sebelum ramadhan kariim kutempuhi..gembira dan seronok sangat sebab ini lah pertama kalinya aku capai target aku tidak seperti sebelum-sebelumnnya..terima ksaih kepada temanku yang memberi tunjuk ajar dan nasihat serta cara bagaimana aku boleh capai target tersebut...syukran jazilan kathiran....lagi beberapa hari je lagi kita akan menyambut ramadhan karim dan aku semakin merasakan kehangatan suasana ramdhan itu..berterawih,tadarrus,berbuka bersama,juadah yang pelbagai..emm seronok dan tak sabar....moga2 ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun lepas..insyaAllah dan aku harap kita semua dapat tingkatkan ibadah dan amal dibulan mulia ini dan semoga Allah memberkati amalan kita semua..insyaAllah...

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Kerja Tertangguh vs Kerja Yang Mesti Disiapkan

Hari ni aku tk bawa kereta..abah nk hidupkan roadtax kereta arini..lambat pulak abah ni..boring lak aku menunggu..sesambil tu aku layan nasyid yg sememangnya aku suka sejak dulu hingga kini dari Hijjaz Damai Nan Indah,,i love it.....tadi ada meting kelab international house..aku kire fresh la coz br tahun ni join but i think it quiet intersting..new president bersemangat n hopefully segala perancangan terlaksana n as a member i'm always support dan sentiasa menghulurkan bantuan.....emmm kerjaku tertangguh lagi..tu la disamping tugas2 hakiki yang perlu dibereskan tanggugjawab dan amanah yang dipikul iaitu membuat akaun ni but i still have the another responsiobility to fulfill....sib baik akaun aku tggl sikit lagi jer nak setel....teringat fail meja aku diterima atau ditolak..lepas satu satu aku nk fikir nak susun jadual..mana yang perlu aku siapkan..rasa banyak sangat pulak aku nak buat..as a mother,worker,daughter,hambaNya dan for my club(samsmel6)...emmm lagi satu kerja tertangguh aku..emmm ingat sempat la aku nk daftarkan kelab minggu ni nampaknya tak sempat juga..semua dah ok cuma tinggal beberapa perkara yang perlu diedit dan dicantikkan sebelum aku daftarkan kelab..just one step tu make my dream cometrue...hopefully before majlis berbuka puasa nanti sempat la aku nak gi daftar...maksudnya semua ni kerja tertangguh yang perku disiapkan....emmm..harap2 dapat melaksanakannya dengan teratur dan lancar...malam kang nk pi umah along jap ade hal..actually hati tgh bengang ni tapi relax je la sbb aku tau sape diri aku..nak demand2 pun tak bleh kan..so pasrah je la....sabo le hati..yg penting hepi...jumaat ni ade projek kat sini sempena bulan posa ni...heheh..big projek...wait ya....

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Ahad, Ogos 16, 2009

PERGI YANG TAKKAN KEMBALI LAGI...

Minggu ni aku rasa cam tak best..mcm2 yang berlaku..sedih bengang sakit hati...tapi yang paling sedey bila mendapat tahu ustaz asri ibrahin telah meninggal dunia pada 13 ogos 2009 hari khamis jam 11 pagi kerna serangan sakit jantung...mmg terkejut dan cam tak percaya je..tapi bila mengenangkan kembali yng hidup pasti kembali dan tidak dipercepatkan atau dilewatkan walau sesaat bila sudah tiba masanya maka doa dan alfatihah untuk arwah dan didoakan semoga beliau ditempatkan bersama2 orang2 yang soleh dan beriman...insyaAllah....dan secara kebetulan tarikh tersebut adalah tarikh yang sememangnya tak ingin lagi aku ingati sepanjang hidup aku...biarkan tarikh itu mati bersama matinya hati ini untuk orang yang.....emmm biarlah rahsia...bukan sengaja mengundang duka di hati tapi kadang2 manusia2 disekililing mnjadikan kita camni...cuma doa dan harapan ku pohon ketabahan dan kesabaran sentiasa ada dalam diri...insyaAllah....yang pergi tetap akan pergi kita yag masih diberi peluang bernafas dibumiNya ini rebutlah peluang mengumpul sebanyak kebaikan dan pahala untuk bertemu denganNya(peringatan untuk diri ku juga yg kdg2 lalai dan alpa)...lagi beberapa hari shj Ramadhan Al-karim akan hadir...tak sabar rasanya...mgkn banyak perbezaan yang bakal terjadi..tapi aku sendiri pun tak tahu apa dia..harap2 biarlah yang menggembirakan...yang pasti projek buka puasa untuk kelab aku mesti jadinya...insyaAllah....
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Rabu, Ogos 12, 2009

KESILAPAN YANG BERULANG

Setiap manusia tk lari dari kesilapan..itulah ungkapan yang sering aku dengar sejak2 dulu lagi..betullah tuh..masalahnya sekarang kesilapan yang dilakukan berulang-ulang..emm sape nk jawab..aduhai...aku pun pernah juga termasuk dalam kategori ini..emmm payah sebenarnya..apabila kesalahn dan kesilapan yang dilakukan berulang2 ni...kadang2 boleh menimbulkan kemarahan,sakit hati,kecewa,sedih dan macam2 perasaan yang tak best yang akan timbul...emm time lu fikir la sendiri...lagi satu sikap buruk ni kan boleh membuatkan kepercayaan orang kat kita akan luntur sedikit demi sedikit dan kadangkala kemaafan pun tak bleh diterima..emmm..alamat kadang2 perang besar la dan boleh membawa kepada permusuhan...tapi nape bleh terjadi camni ek....emm pertama mungkin kita ni bertindak tanpa pemikiran yang waras...kedua bertindak ataupun membuat keputusan tanpa berfikir dan tidak memikirkan hati dan perasaan orang lain...ketiga kdg2 apa yang kita fikir tak sama dengan orang lain fikir..contohnya...kita anggap benda yang kita buat takde hal lah..sikit punya hal bukan ada apa2 pun...rupa-rupanya bagi org lain itu adalah satu kesalahan yang besar dan kadang boleh menyebabkan gunung berapi meletup..sendiri mau ingat...huhuhu...sebab ianya akan menimbulkan salah faham antara insan...manusia ni mudah berjanji tapi mudah juga lupa janji..buruk sikap tu..kenalah ubah...sekali dua bleh le org nak maafkan tapi bila dh masuk ketiga keempat dan seterusnya emmm jawab la sendiri ek...mmg betul kita ni hamba Allah yang lemah dan sentiasa melakukan kesilapan....dengan Allah juga sering buat silap..minta ampun buat lagi minta ampun buat lagi...emmm...tapi Allah tu MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...dan bila kemaafan dari insan lain susah untuk diterima kita akan gunakan ungkapan ini..'sedangkan nabi ampunkan umat inikan pula kita manusia biasa"...heheh..ayat power beb...dikesempatan ini aku minta maaf la kepada sesiapa yang pernah aku sakiti hatinya,membuat perasaannya terguris ke,kepercayaan yg dicalari,sedih dan kecewa aku minta maaf banyak...aku akan cuba perbaiki diri...sentiasa ingin memberikan yang terbaik untuk insan2 yang aku sayang dalam hidup..."please forgive me, i know not what to do,please forgive me if i need you like i do,believe me every word i say is true"....luv uols..muuaahhh...:)

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Ahad, Ogos 09, 2009

KENDURI...SELESAI SUDAH......


acara pembungkusan..time ni aku le amik tender..yg lain semua tengok jer..sabo je aku..

ajun.....amik sangat gambo ko ni...hahhahaah...cover cun beb....


makan time...nyum..nyum...

fifi de dolce n viva de aurora...hehehhe..

peace no war....

majlis ni abg aku sendiri yg lead...ada bacaan yasin sekali...

menu utama kami...satay..emmm..sedap..nyum nyum...
Semalam umah aku buat kenduri doa selamat dan sempena menyambut Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi jer...kira kami ambil kesempatan ini untuk berkumpul bersama keluarga....semua ada cuma maklong dan keluarga je tak dapat hadir...rasa kurang pula bila mak long takde....bese kami akan buat makanan yang berat2 tapi kali ni agak sempoi sedikit just satay,mee hoon,sekaya durian dan roti jala..kira kenduri satay la juga malam tadi...tapi bagi aku apa yang seronok bila my famili wat kenduri camni kami akan berkumpul...because all my cousin.pakcik makcik n me very close..sometime we are like friends...hehhe...memang seronok bile berkumpul..gamat le gamaknya rumah aku ni..kekadang sampai dua tiga pagi tak tido lagi..petang tadi semua dah balik...sunyi dah umah aku ni....penat2 memang penat...berkemas pun tak habis lagi...bese la nama pun kenduri kan..time2 camni teringat kat insan2 yg pergi meninggalkan kami sekeluarga..AL_FATIHAH untuk semua keluarga kami yg telah kembali ke rahmatullah.....nextweek umah mak anjang pulak..berkampung la pulak kami disana ek..ok families we meet there next saturday ok...luv uols...muaahhh...


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Khamis, Ogos 06, 2009

Kezaliman dan Ketidakperikemanusiaan

Sakit hati aku bila baca surat khabar untuk dua ahari berturut2 ni..kisah bayi yang dibuang di tandas(sekolah agama lak tuh,,adess..malu tol) then semalam kuar lak lagi satu berita tentang bayi yg dibuang kat ne ntah dimakan biawak...astaghfirullah....tersirap darah aku membacanya...mana la nilai kemanusiaan insan sekarang ni...samapainya hati buat camtuh kat bayi yang tak berdosa,,...kalau taknk pun bg le kt org ke kat umah anak2 yatim ke..janji jgn dibunuh...ini dah macam zaman jahiliyah tau tak..ank perempuan ditanam hidup2..tapi zaman sekarang lagi dahsyat..lelaki atau perempuan dibuang hidup2...kalau ada yang terjumpa sblm meninggal kira nasib baik la kalau tak...emmm...innalillah....orang yang dah kahwin nk anak tak dapat anak sangat kesian..tapi ini dah le secara haram senang2 plak leh ngandung na kdg2 terberanak sorang..anknya hidup tapi dibuang..sifat yang lebih buruk dan hina dari binatang sekelian alam....emmm apa la kita nak buat ngan orang camni..kalau aku langgat jer sampai mati...tapi tu la..kita masih ade lagi sifat2 kemanusiaan..bila jupe dan dapat tangkap orang yang buat salah ni kite bagi kelas pemulihan lagi bagi insaf dan sedar...kalau tk sedar2 juga..emm menjawab la sendiri kat akhirat kelak...sebenarnya ini juga petanda dunia akhir zaman....emm...sama2 la kita menginsafinya....

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Ahad, Ogos 02, 2009

Konsert Antara Dunia...Marvelous....bombastic...meletup...


baru jer duduk...dapat barisan ke3 tuh...heheheh..

jupe lak junior aku dari kuis nih...

press conference after concert...

my faveret group....ade munif n isman jer...tak lengkap kan..ok la tuh...

raihan rabbani hijjaz shoutol harakah...

kumpulan nebrus..

Tuan Guru Nik Aziz memberikan ucapan....
Memang best konsert semalam...puas hati...lagi puas hati dan best dan tak disangka2 aku n ain dapat duduk kat seat VIP barisan ketiga...wahhh best giler...tiket dari En.mazlan teratak Hijjaz...Terima Kasih kepada En Mazlan hehehe...My dreams come true....pembukaan diserikan lagi dengan persembahan daripada persatuan tadika...banyak la tadika2 yang buat persembahan...memang so cute n sweet all that kids...lagi best adik yang bercerita sampai terbatuk2 bercerita...kemudian persembahan diteruskan dengan kumpulan khas didatangkan dari Mekah...Nebrus(betul ke ek..lebih kurang le)....mantop suara...tapi yang paling aku tak leh lupa disaat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat(menteri besar kelantan)melangkah masuk sebagai tetamu VIP....bila dia melangkah masuk terasa bagaikan ada aura yang susah nak aku terangkan dan gambarkan...tapi dia memang seorang yang tenang..dengan ucapan yg diberikan beberapa rangkap pantun yang mencuit hati dan perasaan dan punya maksud mendalam...Tuan Guru juga sebagai perasmi majlis malam tuh....bila 3 kumpulan nasyid gergasi ni memulakan persembahan Raihan Rabbani dan Hijjaz lagi lah gamat dan meriahnya..seperti satu reunion dari Nada Murni yang dah lama dinantikan kemunculannya....diserikan lagi dengan kumpulan dari Indonesia Shoutul Harakah memberikan persembahan yang amat bertenaga sekali..walaupun pertama kali mendengar dan melihat persembahan mereka tapi aku suka dan tertarik...memberikan semangat juang dalam hidup anak muda seperti kami...lagu pembakar semangat....konsert diselangselikan dengan persembahan pantomin,sajak dan mcm2 la...pengisian yang penuh dengan mesej islam,perjuangan,keinsafan dan banyak lagi yang boleh kita dapat...aku memang puas hati lah konsert ni...dan yang best aku dapat bergambar dengan kumpulan nasyid yang aku minat sejak dulu lagi..disamping itu aku dapat kenalan baru...kira ok la kan.....heheheh...apapun terima kasih la kepada yang telah banyak tolong aku dalam merealisasikan impian aku...hehhheh...syukran ek...

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

IMPIAN HAMBA