ChocolatiBell

ChocolatiBell
To my dearest frens...sila la ke blog Bell HomeMade Chocolate And Gifts...

Jangan Tinggal Solat!!!!!

Masa itu Emas..so jgn buang masa..:)))

Rabu, Jun 24, 2009

TRAGEDI.......



Panik giler aku petang semalam..kejadia yang berlaku dalam masa kurang seminit akuterlepas pandang anakku Faqiih...aku baru je cakap2 ngan dia tiba je die menjerit...aku ingat kan kenapa die tersungkur dan pegang kepala die...bila aku tengok je YA Allah darah tak henti2 mengalir daripada kepala faqiih...habis penuh kain tuh...aku tengok panjang nya luka dia...tak leh jadi aku terus je bawa pegi klinik Lingam...rasa nak terhenti jantung aku tengok anak aku camtuh..doktor yang tengok pun kata panjang dan dalam luka ni...lima jahitan faqiih kena...yang aku kagum n shock..bukan aku je doktor dan pekerja kat situ pun shock juga...sebab apa???sebab faqiih tak menangis ke meronta2 ke bila kena bius dan kena jahit...dia diam je pandang aku..aku cakap ngan dia..."faqiih jangan takut ye,pandang ummi..ummi ada.."..sesambil tu punyalah aku berdoa dalam hati dan berselaat banyak2 jangan apa2 la terjadi...aku pegang tangan dia sampai doktor habis jahit...tengah2 jahit tu pun darah banyak keluar...mujur la aku ni tak mabuk darah....doktor kata faqiih is brave boy coz tak menangis dan diam jer...aku pun kagum gak..apapun faqiih kena pantau 24 jam ni...takut ada apa komplikasi ke..aku berdoa sangat jangan la ada apa2 terjadi lagi..semoga semuanya selamat....balik dari klinik aku bersihkan badan dia dan bagi makan ubat dan dia terus tido..sayu aku tengok dia..teringat juga aku yang aku pun pernah kena jahit diklinik yang sama...emm then anak aku pula....
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Jun 22, 2009

KURSUS TEAM BUILDING

Jumaat lepas kul 3.30ptg aku bertolak dari UPM ke Melaka...aku ade kursus team building untuk staff dan pegawai pejabat Bendahari...lebih kurang 170 orang yang pergi..3 buah bas yang hantar kami pegi sana ke Hotel Century Mahkota...ade gak gi kenderaan sendiri..aku malas nak relax...duk sebelah jannah hah amik ko sepanjang perjalanan dok bercakap ngan aku...heheh...jenuh gak le melayang..tapi aku ok jer..sampai dalam kul 5.30

sempat berposing sementara menunggu pendaftaran dan nak ambil kunci bilik..aku,syidah,dani n jannah..

ni le penceramah kami Tuan Haji Azman b.Taher..memang best talk dia..tk boring langsung dan banyak yang bleh dipelajari dan diamalkan..yelah team buildingkan...meningkatkan semula produktiviti staff...ni le first time buat team building indoor je..but still fun,enjoy,interesting and more experience...

ni la kumpulan aku yg mmg sporting gila DA BEES...UP UP WE GO,UP UP WE FLYING HIGH BZZZZZZ...hehe..ni slogan nak sorakan kami..sampai serak2 le kami bersorak...

emm..khusyuknya wan,kak siti and kak zuraidah dari bintulu mendengar peneranga...fhm ke tuh...

ceweah hafis and muiz ye la korang tuh control macho ke dengar ceramah...menyelit je si ayukri tu...huhuhu


hasil kerja berkumpulan roket2 yang akan dijual...hheheh..ni bleh ke terbang roket tu kak limah oii...ade la dalam 9 buat roket terjual..emm tk untung pun..hehheh

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Jumaat, Jun 19, 2009

Adam & Hawa dan Dia Lebih Mengerti


ni kira aku maraton baca novel ni...lepas habis satu novel aku baca lagi satu...ni antara faveret citer aku 'kan kuterus berlari walau luka ini masih terasa...karya nohayati berahim memang best...kalau baca novel dia memang tak sabar2 nak tahu the end the story...bermula dari kawan dan melahirkan bibit cinta antara Umairah dan Syed Abid..umairah seorang wanita yang sederhana membuatkan Abid jatuh cinta kepadanya..konflik diantara Umairah dan ibunya...bapanya yang berkahwin lain tanpa pengetahuan ibunya...dan konflik keluarga dimana si isteri yang ego dan macam2 rencah kehidupan ditonjolakan disini..memang tak bosan nak baca...very enjoy this nove...i love it :)

Novel ni dah lama keluar sebenarnya tapi aku baru tergerak nak beli dan baca...nice story about percintaan adam dan hawa...konflik percintaan bermula bila ditangkap khalwat kerana sstu fitnah...cabaran dan dugaan yang dilalui oleh AIN HAWANI bermula zaman remaja sehinggalah meningkat dewasa..prpisahan yang sengaja untuk lari dari kekecewaan tapi mereka dipertemukan semula di mekah..hawa bertemu semula cintanya ADAM MUKHRIZ...dan seterusnya..emm nak tau beli la sendiri tapi citenya mmg best...

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Khamis, Jun 18, 2009

AKHIRNYA.....


Akhirnya siap juga kerja tangan ku ini setelah beberapa bulan tertangguh walaupun tak le secantik mereka yang professionlnya janji aku yang buat sendiri tak payah beri upah kat orang...heheh..lepas ni baju sape lak yang jadi mangsa untuk testing power aku ni yang baru nak blaja2 jahit manik ni...heheheh....
aku namakan jahitan ni selingkar kasih...hahahah..sesuka hati aku je...
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Zaman Kanak-Kanak (dulu dan kini)

Zaman yang aku tk boleh lupa dalam hidup aku adalah zaman kanak-kanak...time tu hidup memang hepi je tak pernah nak pk masalah....gembira je walaupun wajah sentiasa comot tapi maintain comel..hehehe...pai tadi aku relax2 kat pantri ngan acik2 n kawan kat ofis ni..kat ofis baru aku ni memang best siskit bukan sikit tapi banyak bestnya...santai je bak kata kak tim gaya bebas...heheheh...relax la kat sini...dan teman2 ku disini mmg rajin masak..kadang nasi goreng la cekodok la mee goreng yang mana boleh memenuhi isi perut kami...alhamdulillah rezeki..besela bila dah lepak kat pantry ni macam cite yang kuar dan terkeluar imbasan kenangan zaman kanak2..emmm nakal juga acik normah ni...hebat2 die...lasak memang style budak kampung....panjat pokok la,main guli main getah..macam2 la main tradisional....aku bese gak main benda ni lagi bila time2 cuti sekolahkan..konda kondi,galah panjang,teng teng,baling selipar,bola chop,main masak2 pun ada main kawin2 pun ada....gamaknya bermacam2 la yang akan kami mainkan untuk menghabiskan waktu cuti sekolah aku dulu...sampai 12 tahun aku dikirakan agak lasak dan tak reti duduk rumah...sampai kene kuarantin tapi heheheh..menyeludup la nak masukkan...dan aku rasa kawan2 aku yg lain macam aku juga...tapai tak macam bebudak sekarang ni..agaknya bila aku sebut nama permainan ni pun depa tak tau nak main..pelik agaknya bila aku sebut...yang bebudak ni tahu pegi cc main game takpun duk kat umah main game...kalau aku tgk budak2 kampung aku sekarang naik motor je la..preng sana preng sini walaupun baru sek rendah...dah takda suasana masa zaman aku kcek2 dulu...ye la dunia teknologi yang kadang boleh juga merosakkan fikiran budak2 zaman sekarang yang menyalahgunakan benda2 tersebut...emm itulah dinamakan perubahan...perubahan hidup...tapi satu hari aku nk ajak anak2 aku main permainan tradisional ni yang mesti dipelihara baka kata pepatah tak luput dek zaman cuma kita laha yang kena pelihara dan meneruskannya....apapun zaman kanak2 la yang paling terindah dalam hidup andai kata masa dapat diputarkan aku nak je jadi kanak2 sepanjang masa...seronoknya,....tapi tak mungkin itu yang akan terjadi...usia akan bertambah dan sememangnya kehidupan kita didunia ini semakin singkat sebenarnya...jadi hargailah apa yang kita ada dan jadilakan lah kenangan sebagai satu memori indah dalam hidup kita dan bolehlah kita ceritakan kepada anakcucu kita kelak....
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Jumaat, Jun 12, 2009

Doa Seorang Kekasih

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintaNya padaMU
Agar bertambah kekuatanku untuk mnenyintaiMU

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya bertaut padaMU
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang nafsu

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid dijalananMu

Ya Allah,
Jika Aku menikmati cinta KekasihMu
Janganlah kenikmatan itu
Melebihi kenikmatan indahnya
Bermunajat disepertiga malam terakhirMu

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada KekasihMu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasihMu
Jangan biarkan aku melampau batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepadaMU...amiin..

Doaku moga kita sama-sama berjaya didunia dan akhirat
Berjaya dalam mengharungi dugaan dan cabaran
Yang sememangnya menguji kekuatan iman
Kerana tapak iman itulah yang menemukan
Cinta yang selama ini telah hilang...

Aku yakin dengan janji Allah
Aku yakin dengan dirinya kerana Allah
Aku yakin bisa menjadi sayap kirinya untuknya
Aku percaya dia mempercayai diriku
Aku percaya dan yakin apa yang telah Allah catatkan untukku
Semoga aku sentiasa berada dalam lindungan dan keberkatan Allah swt


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Jun 08, 2009

KENDURI

Dua hari aku berulang ke Kg Sawah Banting(tapi tak pernah plak aku nampak sawah kat situ)...ada kenduri..4 in 1 punya kenduri...berkhatan,sambut menantu,cukur jambul dan sambut hari jadi mak long ku yang tersayang...3 hari 3 malam buat kenduri...mak aih....jenuh ko...letih memang letih tapi kene juga pegi keje....yang kelakonya alang jamak jadi nenek muda dan tak pasal2 aku and sepupu yang lain secara tak langsung jadi nenek muda...huuuhuu...dah lamanya sebenarnya rumah mak long tak buat kenduri besar-besaran macam ni last sekali tk silap aku masa kenduri alang jamak la...dulu kecik2 aku suka datang rumah mak long...seronok...dulu rumah mak long rumah atas...sejuk je..cuti sekolah mesti datang sini dengan sepupu2 aku..datang dengan wan..naik bas je...rasa cam dah best sangat la time tuh...ade pokok kopi..petik buah kopi..bila musim durian lagi meriah..tunggu buah durian gugur..dan buah durian mak long memang meletop..malam2 tido mesti berimpit2 nak tido nagn wan takut dengar bunyi burung hantu dan tekukur malam2 buta...paling best rumah mak long ade kolah besar...emm rasa nya berendam..bleh mandi ramai2 dalam bilik air...tapi yang tak best jamban kat luar...adess la hai...malam2 nak kuar aku sanggup tahan sampai ke lagi..aku ingat lagi dulu umah mak long tekanan air memang kecik..so bila ada kenduri emm masalah air lah timbul...bab mandi ni takde la masalah sangat tapi bila nak qadha' hajat yang besar tuh..nak tau inisiatifnya apa...heheh..nak cite pun geli..korek tanah sedalam beberapa kaki aku pun tak tahu..hah seterusnya fikir la sendiri..aku mmg sanggup le tunggu sampai balik umah...tapi semua dah berubah mengikut peredaran zaman paklong pun dah takde..rumah tinggi,kolah besar semua dah takde...jadi bila kenduri kali ni aku jupa la semula insan2 yang dah lama tak jupa..yang dah berbelas tahun tak jupe bila jupe dah besar panjang je..emm..semua berubah..kehidupan berubah wajah pun berubah..tapi yang aku kagum tuh kat sini masih ade lagi joget lambak..maik aih punya lah meriah malam tadi..sampaikan makcik2 pakcik2 dan sepupu aku berjoget tunggang langgang stepnya..yang best ada plak pertandingan couple yang menari dan along jamil dan isteri dapat no 2..memang tak sangka ko..agogo lagi..heheh...saja la kot nak suka2..tapi aku perhatikan enjoy betul diorang ni seolah2 macam takde masalah...aku melihat dan kadang tergoyang2 juga kaki aku ni..sampai ada yang tarik aku menari weiii tolong la,,tak hengen aku...tapi aku bersyukur sebab majlis berjalan dengan lancar...seronok kami bila sesekali berkumpul camni yela kadang2 ada sedara mara yang aku tak kenal aku leh kenal...sebab aku akan tanya mak kalau aku tak kenal..ye lah nanti berselisih bahu pun kita tak kenal...dan mak long menyambut hari jadi yang ke 63..seronok mak long..senyum je die..ceria air mukanya...aku tau mak long seronok bila berkumpul dengan adik beradik dan anak2 buahnya yang sememangnya kecoh tak habis...dah tua mak long aku rupanya...jelas kelihatan kedut diwajahnya..tapi maintain suka buat lawak...apapun aku bahagia punya keluarga seperti ini..hubungan kami memang erat antara satu sama lain..kalau orang lain familiy hanya merangkumi ibubapa dan adikberadik tapi bila orang tanya aku aku akan kata family aku memang besar sebab bila sebut pasal family bagi aku bukan sahaja makbapa dan adik beradik aku sahaja tapi termasuk la mak dan pak sedara sepupu sepapat aku...because we are very close each other...I love my family very much n kenduri kali ni memang best semua sporting....
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

IMPIAN HAMBA