Abu Ayyub al-Anshari radhiallaahu 'anhu meriwayatkan, Nabi shallallaahu
'alaihi wa sallam bersabda, "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan
Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal,
maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun." (HR. Muslim).
Hari ni dah 10 syawal...semalam aku abah man dan uwan dah start berposa enam...seronok posa reramai ni..rasa cam ramadhan pula bila berbuka...uwan pun tk pernah posa enam dirumah den tp tahun ni uwan posa kat umah den....uwan pun dah tk berapa sihat..demam2 pun uwan nak posa..mak den koba kalo tk larat takyah le posa...tp bese la uwan den ni kuek semangat nk posa....emm..bukan selalu dapat buat posa enam ni di bulan syawal ni je la dapat buat so jangan terlepas...semoga Allah membekati amalan dan ibadahku..amiin..
Dan di antara manfa'at puasa enam hari di bulan Syawal adalah
amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada
Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan
mulia ini, selama ia masih hidup. Orang yang setelah Ramadhan berpuasa
bagaikan orang yang cepat-cepat kembali dari pelariannya, yakni orang
yang baru lari dari peperangan fi sabilillah lantas kembali lagi. Sebab
tidak sedikit manusia yang berbahagia dengan berlalunya Ramadhan, sebab
mereka merasa berat, jenuh dan lama berpuasa Ramadhan.
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt
Selasa, September 29, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan