ChocolatiBell

ChocolatiBell
To my dearest frens...sila la ke blog Bell HomeMade Chocolate And Gifts...

Jangan Tinggal Solat!!!!!

Masa itu Emas..so jgn buang masa..:)))

Ahad, Disember 19, 2010

Keluhan Seorang Peniaga

Semalam hanged out dengan member baik aku kat Alamanda...Niat dihati nak tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah tapi very the dispointed...memang beramtu gamaknya cerita ni habis tiket.."SOLD OUT"..kecewa dan lagi kecewa dan geram bila diperli2 oleh memberku kengkononnya aku lembab dan terhegeh2 sebab tuh tiket tak sempat nak beli...sabo je la...dah memang mulut dia macam tuh aku redha je la...huhu..sekonyong2 balik dari ALAMANDA adika ku ajak pergi up town BANTING...nak cari tudung katanya...Sampai je kat sana hujan renyai-renyai..redah je la...tapi apa yang pelik keadaan tempat tuh yang dah berubah..Tak semeriah masa aku pergi bulan puasa yang lepas...Masa tu keadaan yang meriah ramai peniaga..orang yang datang pun ramai..samada memang nak membeli atau saja2 nak tengok2..but memang happening...tapi tidak untuk kali ini..kedai banyak yg tutup malahan ade yang dah kena buka...terus la kami berjalan mencari kedai2 yang masih buka...bleh dikira dengan jari..teringat pulak aku up town dengkil yang bak kata orang hidup segan mati tak mau...huhuu..sadis2...Sempat aku tanya peniaga2 kat situ..kedai memang banyak tutup ke...Jawapan peniaga pertama:"haah..sebab hujan ni...tapi mmg camni la...jawapan nak cover...",...pelik aku..terus gak berjalan tiba2 dengar kekecohan nampak pak polisi ade kat situ..opss what happen..kami datang salah time ke..ade rushing ke menangkap si PATI ni...tak juga..nampak sorang peniaga tuh mengamok2..apehal ni...seram juga..takut2 kejadian tak diingini berlaku...Then pergi kedai terakhir..aku tanya lagi..."mak cik kedai kat sini memang dah banyak tutup ke?tak macam saya datang bulan puasa lepas"....Mak cik tu jawab;"haah dah nak tutup kami disuruh pindah...tu yang kecoh2 tu pasal ni la...pengusaha nak suruh kami pindah...padahal kontrak belom habs sampai pertengahan bulan satu..tapi kedai2 semua dah ada kena buka..macam mana kami nak meniaga...so marah la kami...tu la dik nasib peniaga melayu...selalu ditindas...nanti datang la kat depan econsave ye kami pindah kat situ."...bila aku tanya sape pengusaha kat sini dan sape pula kat tempat baru nanti..Pengusaha sekarang Melayu dan yang baru CINA...emmm..dan sewa yang akan datang lagi mahal dari sekarang...OOOOO baru aku faham keadaan sebenar...Patut la marah kakak tu tadi...Nak salahkan siapa...Sape lagi nak bela nasib peniaga melayu dan apa motif sebenar..Dah elok meniaga disitu tiba-tiba disuruh pindah...Kesian juga tengok nasib2 diorang ni...Tapi beli kat makcik tuh semalam ibarat Year End Sale...nak habiskan stok katanya dan kami nak pindah tempat baru...Dalam paksarela aku datang ke up town tuh sempat le aku merembat 2 pasang baju yang agak berbaloi2 harganya...Bila fikir semula kalau keadaan ni berterusa macam mana la nasib mereka...Takkan asyik nak berpindah randah je..Hopefully tak berterusan dan nasib mereka terbela....Dan aku harap mereka ni bukan mangsa Bangsa sendiri yang hanya mahu mengaut keuntungan tanpa memikirkan nasib orang lain ...Jangan yang kaya terus kaya dan yang miskin masih di takuk lama...

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Disember 13, 2010

Pelajaran Dari Imam Al-Ghazali

Dirembang petang duk melangut depan PC sementara menunggu waktu balik aku buka emel2 yg terperuk tak berbaca...Dapat emel dari seorang teman yang bagi aku amat menarik untuk dikongsi...Siapa yang tidak menegenali Imam Al-Ghazali...Imam Al Ghazali, sebuah nama yang tidak asing di telinga kaum muslimin. Tokoh terkemuka dalam kancah filsafat dan tasawuf. Memiliki pengaruh dan pemikiran yang telah menyebar ke seantero dunia Islam.Aku nak kongsikan sedikit apa yang aku baca dari emel seorang teman...

PESANAN DARI IMAN AL GHAZALI

Imam Ghazali : Apakah yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling DEKAT dengan kita
ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling JAUH dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling BESAR didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang BESAR sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling BERAT didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling BERAT adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling RINGAN di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling RINGAN sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling TAJAM sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Jumaat, Disember 10, 2010

Kerja Oh Kerja!!!!!

Cuti dibekukan..ini arahan!!!!!Wah tension aku....cuti2 sekolah ni la nak meronggeng dengan famili..cuti semua kena batal..task force dah diberi..ni semua gara-gara penutupan akaun untuk tahun 2010 dan audit hujung tahun...semua kena siap before 10 januari..sebab nak hantar report..semua dah diberi peringatan jangan ada kesilapan..haish seraiu lak aku...Dan bahagian kami mmg havoz..the last product..semua nk kena tengok dengan teliti...Sometime I'm going crazy with the all numbers...muntah hijau dibuatnya..tapi boss selalu pesan..kerja tu amanah dan tanggungjawab..fokus semasa buat kerja..kalau kerja siap nak cuti bila-bila pun boleh...huhuhuhu...masalahnya aku nak cuti Disember ni..uwaaaa...tk dapat cuti..sentap aku...sobsobsob...nak buat macam mana dah itu bidang kerja dipilih...nak taknak tanggungjawab kena selesaikan...nak menjawab sok masa 'di sana'...tak terjawab nanti...adakala kerja2 yang aku buat memberikan satu cabaran dan keseronokan...adakalanya bisa membuatkan aku naik gile bila berhadapan dengan nombor-nombor ni...time tu la aku jadi blur dan termenung sekejap...huhu..abnormal for a while...tapi sekejap je la...lepas tu normal semula...Semoga tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik...nampak gayanya sampai ketua le aku disini...hehehheh...syukur2 masih diberikan kerja yang baik..dari mereka yang susah nk dapat kerja..persaingan yang banyak...org kata untung sape dapat keje gomen ni...bagi aku sama sahaja..janji kerja yang dilakukan dapat dilaksanakan dan sumber pendapatan yang halal...gomen ke swasta ke all the same...kadang jeles tengok member baik aku yang keje sendiri ni...bleh set masa sendiri...freelance...tapi setiap pekerjaan masih ada cabaran bukan???so just face it and be patient...cuma kadangkala tak tahan nak berhadapan dengan kerenah2 manusia di tempat kerja ni...sabar je la sabariah..huuhuhuhu...aku akan selesaikan kerja aku dan pastikan aku akan bercuti sebelum berakhirnya musim cuti sekolah ni..aku pun nak release juga...asyik kerja je...tepu otak aku...my life>>>rumah>>>ofis>>>kerja>>>enjoyy!!!!!(^___^)V

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Rabu, Disember 08, 2010

Teater NATRAH.....

'Ya!Akulah NAtrah,Akulah juga Huberdina Maria Hertogh,kisah aku adalah sebuah misteri,sebuah tanda tanya,sebuah almari tanpa kunci,sebuah buku yang tidak dapat dibuka,sebuah teka teki yang tidak mampu dipecahkan oleh sesiapa juga....'

'Jangan biarkan takdir berlaku kerana kebodohan kita dan jangan biarkan sengasara belaku kerana kebodohan2 kita'

wah berangan sudah nak jadi NATRAH....Natrah, atau nama sebenarnya, Huberdina Maria Hertogh merupakan seorang gadis Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh yang telah ditawan oleh tentera Jepun.
Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh Amerika Syarikat dan dia pulang ke Bandung, Indonesia mencari anaknya.heheheh...apapun tahniah untuk semua yang menjayakan NATRAH ni...mmg best..dan aku pula memang ternanti-nantikan tayangan untuk kali ke 2 ni...Pertama kali ditayangkan di Istana Budaya terlepas nak tengok..kali ni nekad nak tengok walaupu masatu tak berapa sihat...Tanggal 02/12/2010 jam 8.45 malam aku berada di Istana Budaya menonton Teater NATRAH....Selama 2 jam aku menghayati jalan cerita..memang sangat menarik....rasa tk puas pula nk tengok...Jalan cerita sejak Natrah kecil beumur 6 tahun dan watak yang dikembangkan sehingga 70 tahun..cuma aku terkilan tak tahu apa jadi kepada Mak Aminah setelah Natrah diberi hak penjagaan sepenuhnya kepada ibubapanya dibelanda..Kisah Natrah bukan sekadar kisah jalan hidupnya yang sedih...tapi menceritakan tentang hak akidah orang isalam yang dianggap remeh pada waktu itu..perjuangan yang tersungkur dipertengahan...Hak yang telah diabaikan...Kalau aku berada ditempat NATRAH huh tak tahu la nak cakap apa..tapi yang paling enjoy bila ada bab2 menyanyi dan menari..First time melihat Remy Ishak sebagai Mansor Adabi (suami kepada NATRAH pada usia 13 tahun) menari...lagu ala2 hindustan...mmg best...tp kalo cerita ni difilemkan aku rasa memang best..Tapi cerita NATRAH akan dibuat drama bersiri dan akan ditayangkan di ASTRO...tak lepas peluang untuk menontonnya...Aku terdedah dengan cerita-cerita NATRAH sejak dibangku sekolah lagi..sejak itu aku suka mendengar kisah2nya...seperti ada tarikan disitu...dan satu lagi impian aku nak beli buku kisah NATRAH oleh Fatini Yaacob..sekarang ni selalu lak search kat you tube kisah2 NATRAH ni...apapun aku enjoy dengan teater ni...walaupun rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap..tp yela mana la ada benda yang sempurna...bukan senang nak buat satu pementasan..Tahniah buat ERMA FATIMA>>>YOU ARE MARVELLOUS...tak sia2 beli tiket..:)







Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Khamis, November 25, 2010

JuJur

Ramai yang kata jujur itu penting dalam hidup....Penting dalam sebuah perhubungan.Tidak kira dalam
kekeluargaan,persahabatan,persaudaraan,percintaan,pekerjaan.Selagi hidup berhubung dengan manusia kita mesti jujur..Apalagi hubungan kita dengan Allah...Kadang menyatakan sesuatu kejujuran itu adakalanya membawa kebaikan dan adakalanya membawa petaka....Kita memang benci pada manusia yang hipokrit dan penipukan...Kadangkala kejujuran itu boleh menyebabkan kita hilang kawan,kekasih,pekerjaan dan ada yang sampai putus segala tali persaudaraan yg dijalinkan...Adakalanya amat payah untuk jujur waima jujur dengan diri sendiri sekalipun..adakalanya sukar menyatakan kejujuran..Lagi2 bila ingin mengaku dan jujur dengan sesuatu perbuatan yang salah atau yg tak disangka...Kebenaran itu memang pahit..tp harus diterima...Kita akan rasa lega bila kita menyatakan kebenaran..hidup dalam kepura-puraan tidak akan tenang...Terpulang kepada pihak yang satu lagi untuk menerima atau tidak..
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.Ingin berlaku jujur lagi2 pada insan-insan yg kita sayang...

Jujur By Radja...

Duhai kekasih pujaan hatiku
Apakah kau memberiku satu arti
Sedikit rasa yang bisa kumengerti
Bukan sumpah atau janji

Buktikanlah bila ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
O... Ho... O... Ho...

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
Selamanya


~maafkan kali ini aku harus jujur kau harus tahu siapa aku sebenarnya~


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Khamis, September 02, 2010

Sepanjang Ramadhan....

Ramadhan....bulan mulia yang dinantikan oleh semua umat islam yg merinduinya..Dimana kita akan berpuasa menahan diri dan menurut syarak menahan diri dari lapar dan dahaga, mulai terbit fajar hingga terbenam matahari disertai niat dengan syarat2 tertentu.Bukan setakat lapar dan dahaga sahaja tapi pancaindera juga turut dijaga supaya tak kurus puasa kita(mean tkle berkurang pahala tuh)....Bila masuk bulan Ramadhan maka akan bermulalah dan kebanyakan dari kita akan mempertingkatkan ibadah...solat terawih,tadarus,qiammullail,bersedekah dan macam2 lagi...diharapkan apa yg dikerjakan semasa bulan Ramadhan akan diterus pada bulan2 yg seterusnya...




menahan diri dr lapar dan dahaga serta perkara2 yang boleh membatalkan puasa...


Bazar Ramadhan....beraneka makanan dijual..tp jangan sampai membazir..


TERAWIH DIBULAN RAMADHAN....setiap malam penuh dgn keberkatan dan kelebihannya..


Memperbanyakkan amalan berzikir..


Bertadarus dibulan Ramadhan....


Jangan lupa zakat fitrah...


10 malam terakhir...malam lailatulqadar....lailatul qadar lebih baik dari 1000 bulan.menghidupkan malam lailatul qadar dengan shalat akan mendapatkan pengampunan dosa. Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa melaksanakan shalat pada malam lailatul qadar kkerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”(HR. Bukhari)...“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.”


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Sabtu, Mei 29, 2010

KOIR PUTRA UPM







KUMPULAN KOIR NI BARU JE DITUBUHKAN DALAM BEBERAPA BULAN....memang happening...kawan2 semua sporting..cikgu pun best...ni kire persembahan ke 3 kami di malam ALUMNI UPM pada 22 mei 2010 hari sabtu....debarab still terasa masa buat persembahan takut2 kalau tak menjadi seperti yang dirancangkan...huhu..tapi alhamdulillah..semuanya ok....lepas ni kat mana la perfomancxe kite ek...tungguuuuu....






Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

IMPIAN HAMBA