ChocolatiBell

ChocolatiBell
To my dearest frens...sila la ke blog Bell HomeMade Chocolate And Gifts...

Jangan Tinggal Solat!!!!!

Masa itu Emas..so jgn buang masa..:)))

Khamis, November 25, 2010

JuJur

Ramai yang kata jujur itu penting dalam hidup....Penting dalam sebuah perhubungan.Tidak kira dalam
kekeluargaan,persahabatan,persaudaraan,percintaan,pekerjaan.Selagi hidup berhubung dengan manusia kita mesti jujur..Apalagi hubungan kita dengan Allah...Kadang menyatakan sesuatu kejujuran itu adakalanya membawa kebaikan dan adakalanya membawa petaka....Kita memang benci pada manusia yang hipokrit dan penipukan...Kadangkala kejujuran itu boleh menyebabkan kita hilang kawan,kekasih,pekerjaan dan ada yang sampai putus segala tali persaudaraan yg dijalinkan...Adakalanya amat payah untuk jujur waima jujur dengan diri sendiri sekalipun..adakalanya sukar menyatakan kejujuran..Lagi2 bila ingin mengaku dan jujur dengan sesuatu perbuatan yang salah atau yg tak disangka...Kebenaran itu memang pahit..tp harus diterima...Kita akan rasa lega bila kita menyatakan kebenaran..hidup dalam kepura-puraan tidak akan tenang...Terpulang kepada pihak yang satu lagi untuk menerima atau tidak..
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.Ingin berlaku jujur lagi2 pada insan-insan yg kita sayang...

Jujur By Radja...

Duhai kekasih pujaan hatiku
Apakah kau memberiku satu arti
Sedikit rasa yang bisa kumengerti
Bukan sumpah atau janji

Buktikanlah bila ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
O... Ho... O... Ho...

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
Selamanya


~maafkan kali ini aku harus jujur kau harus tahu siapa aku sebenarnya~


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Khamis, September 02, 2010

Sepanjang Ramadhan....

Ramadhan....bulan mulia yang dinantikan oleh semua umat islam yg merinduinya..Dimana kita akan berpuasa menahan diri dan menurut syarak menahan diri dari lapar dan dahaga, mulai terbit fajar hingga terbenam matahari disertai niat dengan syarat2 tertentu.Bukan setakat lapar dan dahaga sahaja tapi pancaindera juga turut dijaga supaya tak kurus puasa kita(mean tkle berkurang pahala tuh)....Bila masuk bulan Ramadhan maka akan bermulalah dan kebanyakan dari kita akan mempertingkatkan ibadah...solat terawih,tadarus,qiammullail,bersedekah dan macam2 lagi...diharapkan apa yg dikerjakan semasa bulan Ramadhan akan diterus pada bulan2 yg seterusnya...




menahan diri dr lapar dan dahaga serta perkara2 yang boleh membatalkan puasa...


Bazar Ramadhan....beraneka makanan dijual..tp jangan sampai membazir..


TERAWIH DIBULAN RAMADHAN....setiap malam penuh dgn keberkatan dan kelebihannya..


Memperbanyakkan amalan berzikir..


Bertadarus dibulan Ramadhan....


Jangan lupa zakat fitrah...


10 malam terakhir...malam lailatulqadar....lailatul qadar lebih baik dari 1000 bulan.menghidupkan malam lailatul qadar dengan shalat akan mendapatkan pengampunan dosa. Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa melaksanakan shalat pada malam lailatul qadar kkerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”(HR. Bukhari)...“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.”


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Sabtu, Mei 29, 2010

KOIR PUTRA UPM







KUMPULAN KOIR NI BARU JE DITUBUHKAN DALAM BEBERAPA BULAN....memang happening...kawan2 semua sporting..cikgu pun best...ni kire persembahan ke 3 kami di malam ALUMNI UPM pada 22 mei 2010 hari sabtu....debarab still terasa masa buat persembahan takut2 kalau tak menjadi seperti yang dirancangkan...huhu..tapi alhamdulillah..semuanya ok....lepas ni kat mana la perfomancxe kite ek...tungguuuuu....






Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Sabtu, Mac 20, 2010

Suatu Masa Dulu....dan Kini


(dah lebih 30 tahun duduk kat rumah ni)

(jalan yang pernah kulalui dar dulu hingga kini)

Suatu masa dulu
Di sinilah tempat aku bermain
Main masak-masak
Main kejar-kejar
Main nyorok-nyorok
Main apa yang boleh aku bermain

Suatu masa dulu
Di sinilah tempat aku menyorok
Menyorok dari emak lepas kena marah
Menyorok dari kena pukul
Menyorok dari segalanya

Suatu masa dulu
Di sinilah aku bersama-sama dengan arwah wan
Kutip durian dan rambutan dengan arwah wan
Tengok arwah wan berkebun
Kutip cili,sayur-sayur yang arwah wan tanam
Bagi makan ayam itik angsa yang arwah wan bela
dan ada satu toilet luar kepunyaan arwah wan yang kami kongsi bersama

Suatu masa dulu
Di sinilah aku dan sepupu-sepupuku
Tunjuk bakat
Tunjuk hero dan heroin
Tempat bergaduh(aku ingat lagi ada yg sanggup panjat pokok sebab bengang dgn kami)
Tempat kami menghabiskan masa bersama dengan pelbagai rancangan tersembunyi

Suatu masa dulu
Tempat inilah yang bagi aku
Amat indah
Amat mendamaikan dan tenang
Amat selamat

Kini.....
Banyak yang telah berubah
Rumah arwah wan dah tiada
Toilet,pokok durian, rambutan dan kebun
Semua dah tiada,semua dah berubah

Kini....
Yang tinggal hanya kenangan
Yang tinggal hanya memori indah
Yang tak mungkin dapat kulalui lagi
Yang hanya tersemat disanubari

Kini....
Sedar tak sedar hampir 3 dekad aku di sini
Dan akan masih terus di sini
Bersama dengan generasi madani
Warisan kehidupan ini
Yang tidak sama seperti dulu lagi

Suatu masa dulu dan sehingga kini
Aku masih berpijak dibumi yang sama
Tanah yang sama
Biar pun seribu perubahan
Di sini lah segalanya bermula
Sebuah kehidupan yang punya pelbagai cerita
Di mana lagi kalau bukan
Kampungku yang amat kusayangi
Tempat ku jatuh bangun
Menyaksikan suka duka sebuah kehidupan
Apapun terima kasih Ya Allah
Memberikan aku peluang umtuk merasai
Segala nikmat di Bumi ini...
My Kampung Cemperai...sentiasa di hati,,,(^_^)V

(petang tadi berkebun ngan my mum...tiba2 terimbas kenangan masa dolu2..indahnya saat itu walaupun dulu hidup susah...tapi memang best...sukarnya nak rasa saat2 seperti itu lagi..amat hargai dulu kini dan selamanya...)

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Sabtu, Februari 27, 2010



Rasanya ini novel aku yg pertama untuk tahun 2010 ni..dah lama tk layan novel ni...dan dalam masa satu hari aku habiskan novel ni sebab tak sabar nak tahu endingnya...Novel ni mmg simple jalan ceritanya...bahasa yg digunakan memang mudah..bahasa2 yg biasa aku gunakan..enjoy sangat baca..boleh aku gelak sorang2 baca novel ni...watak2 yang menceriakn...semuanya digarap dari alam realiti ke novel...memang best..aku enjoy baca novel ni dan tak ingat ini novel keberapa aku beli...heheh..i like it very much...:)
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Ahad, Disember 13, 2009

BEBAS.....





Gambar boleh menceritakan segalanya....cerita suka duka,gembira sedih...segalanya boleh kita ceritakan dalam gambarkan.....segala yang tersirat dan tersurat ade didalamnya.....cuma sebagai seorang insan yg diberikan akal boleh menafsirkannya,...dan setiap orang mempunyai tafsiran yang berbeza....dan begitulah dalam kehidupan ini....setiap orang ada ceritanya tersendiri dan yang pasti setiapnya mempunyai cerita yang berbeza juga....dalam meniti liku2 kehidupan dan sebagai seorang pelakon yang mempunyai watak dan peranan yang dimainkan berbeza jalan cerita dipentas dunia ini akan jadi lebih menarik dan berbagai-bagai untuk diikuti,dirasai dan ditempuhi....kisah hidup akan menjadi menarik jika semuanya indah dan bahagia....kisah hidup juga semestinya akan terselit kisah duka bagi menambah perasa dan rencah kehidupan seorang manusia dan Hamba Allah di muka bumi ini...adakalanya selesa untuk berkongsi..ada masanya suka untuk bersendiri...ada tikanya ingin BEBAS di langit tinggi....emmm....freeezzzz.....tapi bebas sangat pun ada juga kisahnya....ada juga pancaroba yang harus dilalui...apa jua yang dihadapi perlu ada kekuatan dalaman jiwa rohani mental fizikal.....huish...memang payah...hanya yang sudah menghadapi dan laluinya sahaja akan tahu rasanya....apapun...doa tetap dipanjatkan agar punya kekuatan dalam menempuh segalanya....dah keyakinan dalam diri bahawa apa yang dilalui...ujian yang diberi..ada hikmah yang tersembunyi....cuma...masih menantikan saat dan ketikanya....INSYAALLAH....:)
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Ahad, Disember 06, 2009

ANDAI ITU TAKDIRNYA....



akhirnya.....inilah yg novel yg asyik sold out je bila aku nk beli...kali ni dapat je novel ni aku terus beli.grab terus.....mmg touching this novel lor...patut la ramai kata yg best....memang tk dinafikan...love it this novel....liku2 perjalanan seorang wanita bernama aleya...tp bab yg paling aku menyampah harus ke seorang manusia yg sama merah darahnya masih memandang kepada taraf,pangkat dan kekayaan..cukup benci tul aku..tapi tk dinafikan masih ade lagi manusia2 seperti itu dimuka bumi ini...tp berkat kesabaran segala penghinaan,kesusahan kesedihan dan segalanya dapat dihadapi kerana redha Andai Itu TakdurNYA....emmm....apapun aku enjoy this novel...very da best...yg pasti rak buku aku bertambah dgn bermacam2 genre buku....:)
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

IMPIAN HAMBA