ChocolatiBell

ChocolatiBell
To my dearest frens...sila la ke blog Bell HomeMade Chocolate And Gifts...

Jangan Tinggal Solat!!!!!

Masa itu Emas..so jgn buang masa..:)))

Sabtu, Mac 20, 2010

Suatu Masa Dulu....dan Kini


(dah lebih 30 tahun duduk kat rumah ni)

(jalan yang pernah kulalui dar dulu hingga kini)

Suatu masa dulu
Di sinilah tempat aku bermain
Main masak-masak
Main kejar-kejar
Main nyorok-nyorok
Main apa yang boleh aku bermain

Suatu masa dulu
Di sinilah tempat aku menyorok
Menyorok dari emak lepas kena marah
Menyorok dari kena pukul
Menyorok dari segalanya

Suatu masa dulu
Di sinilah aku bersama-sama dengan arwah wan
Kutip durian dan rambutan dengan arwah wan
Tengok arwah wan berkebun
Kutip cili,sayur-sayur yang arwah wan tanam
Bagi makan ayam itik angsa yang arwah wan bela
dan ada satu toilet luar kepunyaan arwah wan yang kami kongsi bersama

Suatu masa dulu
Di sinilah aku dan sepupu-sepupuku
Tunjuk bakat
Tunjuk hero dan heroin
Tempat bergaduh(aku ingat lagi ada yg sanggup panjat pokok sebab bengang dgn kami)
Tempat kami menghabiskan masa bersama dengan pelbagai rancangan tersembunyi

Suatu masa dulu
Tempat inilah yang bagi aku
Amat indah
Amat mendamaikan dan tenang
Amat selamat

Kini.....
Banyak yang telah berubah
Rumah arwah wan dah tiada
Toilet,pokok durian, rambutan dan kebun
Semua dah tiada,semua dah berubah

Kini....
Yang tinggal hanya kenangan
Yang tinggal hanya memori indah
Yang tak mungkin dapat kulalui lagi
Yang hanya tersemat disanubari

Kini....
Sedar tak sedar hampir 3 dekad aku di sini
Dan akan masih terus di sini
Bersama dengan generasi madani
Warisan kehidupan ini
Yang tidak sama seperti dulu lagi

Suatu masa dulu dan sehingga kini
Aku masih berpijak dibumi yang sama
Tanah yang sama
Biar pun seribu perubahan
Di sini lah segalanya bermula
Sebuah kehidupan yang punya pelbagai cerita
Di mana lagi kalau bukan
Kampungku yang amat kusayangi
Tempat ku jatuh bangun
Menyaksikan suka duka sebuah kehidupan
Apapun terima kasih Ya Allah
Memberikan aku peluang umtuk merasai
Segala nikmat di Bumi ini...
My Kampung Cemperai...sentiasa di hati,,,(^_^)V

(petang tadi berkebun ngan my mum...tiba2 terimbas kenangan masa dolu2..indahnya saat itu walaupun dulu hidup susah...tapi memang best...sukarnya nak rasa saat2 seperti itu lagi..amat hargai dulu kini dan selamanya...)

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IMPIAN HAMBA