ChocolatiBell

ChocolatiBell
To my dearest frens...sila la ke blog Bell HomeMade Chocolate And Gifts...

Jangan Tinggal Solat!!!!!

Masa itu Emas..so jgn buang masa..:)))

Khamis, Oktober 22, 2009

Panggilan Haji

"lambaian kaabah seakan memanggil umat Islam...perkumpulan ibarat dipadang mashyar kelak ibarat juga sebagai satu latihan dimana di kota suci ini tiada apa yang membezakan sesama insan..samada kaya atau miskin,cantik atau hodoh...semuanya sama disis Allah kecuali iman dan taqwa akan membezakannnya..sesugguhnya amat beruntung insan yang dapat menunaikan Rukun Islam yg kelima ini..alhamdulillah"

Mak dan abah juga adalah antara jutaan insan yang akan menjadi tetamu Allah dikota suci Mekah untuk tahun ni....Tarikh untuk berangkat pada 25/10/2009 pada jam 3 petang ahad in..disebalik kegembiraan menerima berita itu aku rasa sedih dan sayu...aku gembira kerana hajat emak dan abah untuk menunaikan haji di tanah suci kota mekah terlaksana....dan aku sedih untuk berpisah dengan mak dan abah walaupun hanya untuk sementara..lebih kurang 45 hari..tak pernah aku berpisah dengan mak abah selama ini..dulu masa belajar pun paling lama 2 minggu itu pun aku kerap bertanya khabar...dan sudah semestinya aku akan berasa sedikit kehilangan..selama ini aku akan berkongsi segalanya dengan mak...leteran mak kemarahan mak pada aku yg dh besar panjang ni pun aku masih aku merasakan aku memerlukan perhatian dari mak dan abah..sememangnya aku kadang2 rasa tk mampu menghadapi ini semua..tapi aku tau semua ini adalah satu tuntutan dan kewajipan sebagai umat yg beragama Islam....cuma aku rasa tiada mak abah disisi satu kekosongan pula..itu satu bab....anak2 aku yg rapat dengan mak abah..emmmm..camne la nanti masa hantar mak ni...esok kami nk buat sedikit kenduri..perkumpulan adikberadik saudara semua.....Ya Allah...Berilah kekuatan dan ketabahan..dan semoga ibubapa selamat pergi dan balik dan semoga urusan mereka dipermudahkan dan lindungilah kedua ibubapaku...amiin ya Allah...
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IMPIAN HAMBA