Abu Ayyub al-Anshari radhiallaahu 'anhu meriwayatkan, Nabi shallallaahu
'alaihi wa sallam bersabda, "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan
Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal,
maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun." (HR. Muslim).
Hari ni dah 10 syawal...semalam aku abah man dan uwan dah start berposa enam...seronok posa reramai ni..rasa cam ramadhan pula bila berbuka...uwan pun tk pernah posa enam dirumah den tp tahun ni uwan posa kat umah den....uwan pun dah tk berapa sihat..demam2 pun uwan nak posa..mak den koba kalo tk larat takyah le posa...tp bese la uwan den ni kuek semangat nk posa....emm..bukan selalu dapat buat posa enam ni di bulan syawal ni je la dapat buat so jangan terlepas...semoga Allah membekati amalan dan ibadahku..amiin..
Dan di antara manfa'at puasa enam hari di bulan Syawal adalah
amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada
Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan
mulia ini, selama ia masih hidup. Orang yang setelah Ramadhan berpuasa
bagaikan orang yang cepat-cepat kembali dari pelariannya, yakni orang
yang baru lari dari peperangan fi sabilillah lantas kembali lagi. Sebab
tidak sedikit manusia yang berbahagia dengan berlalunya Ramadhan, sebab
mereka merasa berat, jenuh dan lama berpuasa Ramadhan.
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt
Selasa, September 29, 2009
Isnin, September 21, 2009
SATU SYAWAL........
1 SYAWAL yang mulia penuh barakah,kegembiraan,kesedihan dan bermacam2 perasaan lagi...Syawal kali ini di rumah ku memang agak meriah...berkumpul bersama sanak saudara...bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara kami.anak2 bauah yang menanti untuk diberi duit raya...heheh..kali ni ade le rezeki anak2 buahku sebab aku bekerja..alhamdulillah..dan untuk kali ini aku merasa teramat dekat dengan kaum keluargaku..pertalian yang bertaut ukhuwah yang rapat antara kami aku rasa seperti disayangi...membuatkan aku lebih tabah dalam mengharungi segalanya.kata2 sokongan dan semangat dari keluarga menjadikan aku lebih tabah dan kuat ..mugkin dari satu segi aku kekurangan tapi aku tahu kasih sayang dari keluargaku tiada siapa yang dapat menggantikannya...dan apa yang lebih menggembirakan melihat wajah emak yang gembira kerana semua adik beradik dan anak-anak mak beraya dirumah mak abah tahun ni....anak2 buah mak bersama...aku tahu mak dan abah seronok dan gembira...dan kubur wan,mak ngah dan atuk diziarahi..dan lepas tu kami semua akan serbu kerumah mak llong...mak long memang seronok sangat le bila kami ni datang..memang begitu le setiap tahun....dan kadang2 dengan kemuliaan syawal ini sesuatu yang tidak disangka2 berlaku...pak ndak pie yg agak lama menyepi diri dan tanpa disangka2 muncul di satu syawal...alhamdulillah...itulah kegembiraan syawal....selain berkumpul dengan sanak saudara..ziarah menziarahai sanak saudara handai taulan....tapi kadanag hati sayu juga...tapi aku bersyukur matlamat untuk syawal kali ni tercapai...alhamdulillah....aku berdoa dana berharap semoga hubungan kekeluargaan yanag rapat mesra dan utuh ini kekal dunia akhirat..dan smeoga aku menemuisesuatau yang telah lama kucari..insyaAllah..amiin....
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt
Khamis, September 17, 2009
Persiapan.....Syawal...
Hari ni aku dah start cuti..agak lama aku amik cuti ni...28 baru masuk keje smula..kata orang aku raya sakan tahun ni..yela baru tahun ni nak raya sakan...hehe..lagi le tahun ni semuanya balik ke ruamah aku...ibara mereka ni balik kamapung le kan...huhu..meriah memang meriah..dah lama tak semeriah ini...lagi2 bila amsing dah berkahwin dan beranak pinak...bila balik kampung sini ade lak yang balik kampung mertua so susah le berkumpul but this year we are together...memang penuh le my house this year...tak sabar sebenarnya..nak berkumpul dengan my siblings,cousins,pakcik makcik.....cuma bila time2 berkumpul camni aku teringat pada arwah nenek aku dan mak ngah aku...:(....pasti akan ada rasa kekosongan dihati...alfatihah.....dan yang pasti duit raya tuk anak2 bauah aku dah tersedia..insyaAllah....so dengan cuti awal yang aku ambil ni aku nak setelkan beberapa kejeku...besenya tiap2 tahun my famili tk pernah miss dari wat kek mangkuk ni..ni resepi turun temurun dari mak aku...mak aku dah tk larat dah nak buat kuih2 ni so kami le anak2nya takeover...tapi bab menghias dan mencantikkan rumah bagi le kat mak aku..ni tengah sibuk menegcat luar rumah...apapun keadaannya hari raya tahun ni aku seperti biasa..cuma dengan keseronokan anak2 aku yang membuatkan aku berasa seronok le juga...akhirnya...sempena syawal yg bakal menjelma ni aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDLFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN...semoga bergembira dilebaran nanti..insyaAllah...
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt
Khamis, September 10, 2009
Simpati,Percaya,Marah atau apa ....
Semenjak kebelakangan ni aku selalu terserempak dengan bebudak yang kononnya mengaku anak yatim piatu datag dari kedah dan minta derma di kawasan stesyen minyak kt dengkil...sejak2 puasa aku rasa bebudak ni dh ade....emm..aku musykil sebenarnya..tol ke mereka ni anak yatim piatu...pertama kali aku tanya "betul ke adik ni yatim"..."betul kak" dengan nada meraih simpati....ditangannya ade pegang minyak balm n kalendar kot...atau apa ntah...bila tanya dtg dari mana...mai dr kedah..mak aih jauhnya korang minta derma..derma ikhlas tapi RM10...emmm..lg aku konfius ni...ari ni aku isi minyak lagi..jumpa lagi sorang tap dak lain lak..aku tanya ni derma tuk apa...dijawabnya derma tuk anak yatim..dari mana..dari kedah sah mereka ni dr tempat yang sama...aku tanya adik tak sekolah ke...sekolah kak....abis ari ni tak sekolah...umur saya dah 19 thn dh tk sekolah tu yang mai sini...pulak..tgk muka tak gaya pun...aku tanya nape jauh sangat sampai ke sini minta derma...nak tahu dia jawab apa...saya ditugaskan disini..mak aih...ni ape kess ni..sape lak yang tugaskan mereka ni..lagi satu kalau kita sumbang ayat2 akhir yanag keluar dari mulut mereka semuanya sama.."terima kasih,semoga Allah memberkati dan...blablabla(aku tak ingat..tapi mendoakan kebaikan..tu kire baguslah)...bila aku fikir2kan semula apa sebenarnya motif disebaliknya...sebab buka kat sini je ade tapi merata...semuanya aku rasa dalam lingkungan sekolah menengah..yang aku pelik kalau betul orang yang tugaskan mereka ni betul2 nak tolong anak2 yatim nape tal mereka yang usahakan sendiri..tapi tak pulak diberi pelajaran..kalau time cuti sekolah aku leh terima sikit la tapi ni time sekolah beb sah2 le bebudak ni tak belajar...tapi digunakan sepenuhnya dan diabdikan secukupnya oleh mereka yang mangambil kesempatan...aku simpati melihat adik2 yang macam peminta sedekah ni..tapi nak percaya aku susah sikit...betul atau satu penipuaan...aku jadi marah bila aku melihat dari pandangan aku yang mereka ni seperti digunakan dan diperbodohkan oleh manusia yang bijak tapi zalim...aku tak tahu la...tapi aku rasa tak sepatutnya semua ni berlaku...banyak lagi cara lain nak minta sumbangan...entahlah..bagi aku tak molej lagi2 anak2 gadis yang entah lah...terpaksa menebalkan muka..kdg2 tgk muka2 adik2 tuh bila orang menolak atau marah mereka kesian sangat....apapun aku rasa agak berbaloi la kalau satu hari duduk kat stesyen minya tuh...emmm..fikirlah sendiri...betul atau salah????
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt
Langgan:
Catatan (Atom)