ChocolatiBell

ChocolatiBell
To my dearest frens...sila la ke blog Bell HomeMade Chocolate And Gifts...

Jangan Tinggal Solat!!!!!

Masa itu Emas..so jgn buang masa..:)))

Jumaat, Disember 02, 2011

Doa Mendapat Jodoh Yang Baik



DOA!!!!doa dan terus berdoa...dalam apa juga perkara jika kita mahu sesuatu hendaklah minta kepada Allah..jgn sombong dengan Allah...selangkah kita dekat kepada Allah seribu langkan Allah dekat kepada kita...entri kali ni samada berkaitan dengan aku atau pun tidak...hehehhe....setiap manusia pasti mahukan jodoh yang baik,soleh beriman dan dapat memimpin kita ke jalan yang diredhai oleh Allah swt...Baik untuk agama kita dunia akhirat...tapi....sblm mohon jodoh yang baik maka dengan itu hendaklah menjadikan diri kita sendiri baik soleh dan beriman...sudah ditetapkan yg baik akan mendapat yang baik....insyaAllah Allah membantu seandainya niat yang baik...ya Allah makbulkan doa kami dan berkatilah dan redhailah kami dalam mencari redhaMU dan tunjukkanlah jalan yang engkau redhai....

Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,

Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, Sehingga dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu…

Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…

Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…

Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…

Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…

Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan

Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…amiin ya rabb...

Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui,

Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…


•❤•Aku tidak pernah memilihmu untukku, tapi Allah yg memilihmu untukku....♥

•❤•Aku tidak pernah mengharap mencintaimu, tapi ALLAH telah menundukkan hatiku untuk mencintaimu...♥

•❤•Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingimu, tapi Allah yg telah menunjukkan jalan hidupku untuk mendampingimu...♥
...
•❤•Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu...
Tapi ALLAH yg telah memberi rasa ini dan harus ku tanggung atasmu....♥

•❤•Itulah aku adanya....
Tidak pernah kurasa untuk mengatur hatiku sendiri....♥
Kerana sang Pemilikku yg telah mengaturku dan menentukan bagaimanaku dan apa yang kurasakn di saat ini....♥



Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Ahad, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H



sedar tak sedar dh tiba tahun baru maal hijrah 1433..dan kebiasaannya ramai yang tak berapa nak perasan kan bila masuknya tahun baru hijrah jika dibanding dengan tahun baru kalendar tahunan tuh kan.semua nk pakat sambut...mcm2 acara yang dibuatnya..meriah katanya..tp merosakkan..cuba la tanya kat anak2 muda zaman sekarang ni..kadang peristiwa hijrah pun tak tahu...bulan hijrah tak tahu..masa bila tahun baru hijrah pun tak pernah ambil tahu..Peristiwa penghijrahan nabi SAW dari Mekah ke Madinah...sedih dan pahit tapi itulah hakikatnya...
Di tahun baru ini kumengharapkan akan ada kebaikan dan sinar yang berlaku..penghijrahan telah dimulakan dan akan diteruskan..berjuang atas nama Allah..walaupun selepas ini akan ada ujian dan dugaan yang akan dihadapi tapi dengan keyakinan Allah akan membantu setiap hambaNya telah menjadi kekuatan dalam diri..
Berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan
Berhijrah daripada gelap kepada cahaya
Berhijrah daripada hitam kepada putih
Berhijrah daripada mazmumah kepada mahmudah
Berhijrah daripada negatif kepada positif
Berhijrah untuk mencari redhaNya di dunia dan di Akhirat..
Semoga Allah Membantu..insyaAllah..

"Selamat Menyambut tahun baru 1433H.Tutup kisah lama hari ini dengan doa akhir tahun sekarang.Dan selepas azan maghrib nanti mulakan doa tahun baru dengan nafas baru.Allah membantu"~To may who it concern for this..thank u for ur support..sharing is caring..~

AL-HIJRAH BY RAIHAN
يامن يجيب دعاء المضطر في الظلام
وياكاشف الضر والبلوى مع السقم
الهجرة رحلة هادينا
حمل الإسلام لنا دينا
فسلام الله على الهادي
والكون يردد آمين

Ketika Saidina Abu Bakar berhijrah
Keluar dari kota Makkah
Ditemani oleh Rasulullah
Moga Allah memberkatinya

Allah menjamin memeliharanya
Saidina Ali tebusan kepadanya
Tanpa disedari musuhnya
Selawat keatas baginda

Setibanya baginda di Madinah
Berundurlah kekufuran yang nyata
Kebenaran bersama mereka
Dengan Islam yang bercahaya




Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Sabtu, Oktober 29, 2011

Up Up On The Way To Broga Hill


hari ini 29 Oktober 2011 Sabtu my dreams come true...YIPPPIEEEE!!!!..Pendakian ke Broga Hill bersama2 dengan kengkawan dari BENDAHARI....mcm caya tak caya je ni...huhuhu..Seawal 4.30 pagi dah keluar dr rumah berkumpul di foyer terus bertolak ke Semenyih...Siap bersolat subuh terus kami berkumpul di tempat nk menuju ke Broga Hill..thennnn..pendakian pun bermula..sejauh 1.7km dan 400 dari aras laut...agak mencabar juga nak mendaki Broga Hill tu...penatttttt...semputttttt..tp bila dah sampai puncak satu kepuasan yg tk diungkapkan.....seronok..teruja...satu pencapaian tau dlm hidup..hehhehe..bangga tak..bangga tak???bangga la weiiii...hehehehhehe....

tingginye dan jauhya nak ke puncak....larat ke ni???

melepaskan lelah sebentar...semputtt...huhu

cantiknyaaa..subhanallah....hijau pemandangan....:)

Ulat gonggok ni memang besoorrr...huhuhu

Matahari lambat terbit time ni...malu2 nk terbit...heheheh

Menuju puncakkk....:)

I'm flying..hahahha..berangan kennnn..:P

korang always the best..:)

Bersama adik2 yang manis dan ceria...wawa,shahida dan izyan...:)

emm..tkde kesedaran sivik betol..tp yg bagusnya ada sekumpulan yang mengutip sampah2 ni tuk menjaga persekitaran Broga Hill..syabas buat mereka...:)


Akhirnya kami berjaya sampai ke puncak Broga Hill...yipppieee..(^__^)V

Selamat pergi dan balik...kenangan indah yg takkan dilupakan...semoga ada lagi trip2 yg menarik lagi lepas ni...seronok seronok dan seronok...yeeehuuuu...

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Oktober 24, 2011

BAS APA YANG KAMU TUNGGU???...


... CINTA ITU SEPERTI MENUNGGU BAS...

... Sebuah bas datang, dan kamu berkata, "Wah...terlalu sempit dan panas, tak selesa lah... aku tunggu bas berikutnya saja"
...
... Kemudian, bas berikutnya datang. Kamu melihatnya dan berkata, "Aduh basnya kurang selesa dan buruk... tak mahu lah"

... Bas berikutnya datang, 'cool' dan kamu berminat, tapi dia seakan-akan tidak melihatmu dan melewati kamu begitu saja.

... Bas keempat berhenti di depan kamu. Bas itu kosong, cukup bagus, tapi kamu kata "Huh!!! tak ada aircond... boleh kepanasan nih!!" dan kamu membiarkan bas itu berlalu pergi.

... Waktu terus berlalu, kamu mulai sedar bahwa kamu pasti terlambat pergi ke pejabat. Ketika bas kelima datang, dengan perasaan sudah tidak sabar, kamu terus melompat masuk ke dalamnya. Setelah beberapa lama, kamu akhirnya baru sedar bahawa kamu telah salah menaiki bas. Bas tersebut halatujunya bukan yang arah yang kamu hajatkan!!!

... Dan baru kamu sedar telah mensia-siakan waktumu sekian lama.

... Moral dari cerita ini, sering kali seseorang menunggu orang yang benar-benar 'ideal' untuk menjadi pasangan hidupnya. Padahal tidak ada orang yang 100% memenuhi keidealan kita. Dan kamu juga pun sekali-kali tidak akan pernah mampu jadi 100% sesuai keinginan dia.

... Tidak ada salahnya meletakkan syarat, ciri2 atau kriteria untuk 'calon', tapi tidak ada salahnya juga memberi kesempatan kepada yang berhenti di depan kita. Tentunya dengan jurusan yang sama seperti yang kita tuju. Apabila ternyata memang tidak cocok, tidak serasi apa boleh buat... tapi kamu masih boleh menjerit "berhenti" dan beredar keluar dengan sopan.

... Maka memberi kesempatan pada yang berhenti di depanmu, semuanya bergantung pada keputusanmu. Daripada kita harus jalan kaki sendiri menuju pejabat, dalam arti menjalani hidup ini tanpa kehadiran orang yang dikasihi.

... Cerita ini juga bererti, kalau kamu benar-benar menemukan bas yang kosong, kamu suka dan boleh kamu percayai, dan tentunya sejurusan dengan tujuanmu, kamu dapat berusaha sedaya-upayamu untuk menghentikan bas tersebut di depanmu. Untuk dia memberi kesempatan kamu masuk ke dalamnya. Kerana menemukan yang seperti itu adalah suatu barkah yang sangat berharga dan sangat berarti. Bagimu sendiri, dan bagi dia.

... Bas yang macam mana yang kamu tunggu lagi beb?

... “Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. JIKA MEREKA MISKIN ALLAH AKAN MENGKAYAKAN MEREKA DENGAN KURNIAANNYA. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) dan Maha Mengetahui.” (An Nuur 32)
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Ahad, Oktober 23, 2011

Hati Yang Luka....



disebabkan aku tk sempat nk mengusha2 novel baru kat kedai buku so aku belek2 kat almari buku aku novel2 yg pernah aku beli...finally jupe my feveret novel by NORHAYATI BERAHIM...kira dh 2 kali aku baca novel ni...HATI YANG LUKA....tk tido aku nk menghabiskan novel ni sbb aku dh lupa jalan ceritanya...huhuhuh...tp selalunya novel2 NORHAYATI BERAHIM jarang mengecewakan aku..plot cerita mmg menarik.novel ni pasal keegoaan seorang lelaki yg susah tuk mengaku sayang dan cinta pada seorang wanita yg sudah menjadi isterinya akibat dari perbezaan taraf..ade lagi manusia mcm tuh aku rasa..melambak..bila isteri die dh lari baru le nak meroyan...angau tk sudah...mestilah ending story kan...tuh yg best tuh..ngeeee(jgn terjadi mcm tuh kat aku,,.....hahahhaha)apapun i love this novel...(^__^)V
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Rabu, Oktober 19, 2011

Sahabat Selamanya



Alway be my side....ulik n eta(^__^)

Hari aku tetiba rasa touching pulak...buka fb my dearest n bestfrens forever post something words yang membuatkan aku touching...sebak..sangat2 sebak...Kata ni daripada sahabat baik aku dunia akhirat...Elly Maswarni...she is very nice person...always be with me...
"Dear my bell Sue Bellviva,hope terus tabah mengharungi liku2 kehidupan yg penuh dgn ujian. Pls be more strong for yr along & adik.apa saja jalan yg kau pilih aku dan Eita Sidek ttp sokong. Ingat ini semua adalah prjalanan yg telah ditetapkan oleh yg Maha Esa dan Dia juga amat Maha Penyayang... be smile not only yr face but yr heart tooo.... :-)"
habis je aku baca ayat ni....huhuhuu...i'm crying...sayangnya aku pada mereka...Elly Maswarni dan Rozita Sidek....sejak zaman kat KISDAR since semester pertama tahun 1998 sehingga habis belajar tahun 2001 dan sehinggalah ke saat ini kami masih bersama...Tanpa ade keraguan..tanpa ade perselisihan..Persahabatan yang kami jalin kerana Allah swt tetap utuh hingga kini..walaupun tidak selalu dapat berjumpa kerana tanggungjawab yang ada tapi aku tahu...di hati kami bertiga sentiasa bersama...Sejak dari dulu kami akan saling bantu membantu..tolong menolong..susah senang bersama..indahnya persahabatan bersama kalian berdua..Ku berdoa Semoga persahabatan ini akan kekal dunia akhirat..Thank You for both of you that always support me...this words for my beloved friends Elly and Eita.."Tq my dearest frens...aku tau korang akan selalu bersama dengan aku dulu kini dan selamanya...korang la sahabat aku dunia akhirat,,kekuatan tuk meneruskan kehidupan dan sokongan korang sentiasa aku perlukan..dan korang pun sama...tabah sabar dalam mengahadapi apa sahaja..aku tau sahabat aku Ellymaswarni Mohamed Jais dan Eita Sidek adalah wanita yang kuat...aku sayang korang berdua...i'm smile because both of you will smile for me also...muaaahhh..(^___^)"
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Khamis, Oktober 06, 2011

~KENALI WANITA Melalui unsur~


Entah betul entah le tidak..sekadar berkongsi maklumat..bila berfesbuking ni mcm2 maklumat le yg aku dapat..so aku tertarik dgn yg ini so kujadikan entri tuk petang di senja nan rembang ni...sbb mcm ade kena mengena je dgn aku..hahahah...korang anak keberapa??apa unsur yg tepat??cetengok cetengok..akunya..hikhikhik..aku yg ketiga..wahhhh API...(^__^)V
a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua,... keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas


WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubahSee more

Apapun..wanita hiasan dunia seindah wanita adalah wanita solehah...
..(^__^)


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

IMPIAN HAMBA