ChocolatiBell

ChocolatiBell
To my dearest frens...sila la ke blog Bell HomeMade Chocolate And Gifts...

Jangan Tinggal Solat!!!!!

Masa itu Emas..so jgn buang masa..:)))

Sabtu, Januari 08, 2011

Engkau Tempatku Bersandar

Terkadang aku rapuh,
Menyerah atas asaku,
Terkadang aku takut mencuba,
Kerana tidak siap untuk kalah.

Dalam sudutku dunia begitu keras,
Dalam pandangku dunia begitu luas,
Fatamorgananya tanpa batas,
Memupus semangat,
menenggelamkan tanpa bekas.

Ku terdiam ditengah keramaian,
Ku berjalan di tengah kecepatan,
Ku berlari di tengah mesin-mesin kehidupan,
Tidak cukup saku untuk sebuah perubahan.

Benarkah demikian?
Ataukah sekadar angan-angan,
Menyerah sebelum berperang,
Mematikan asa sebelum berjuang.

Terlalu baik untukku,
Namun tidak untukMu
Terlalu Wah untukku,
Namun tidak untukMu.

FirmanMu referensi motivasiku,
Sabda NabiMu jalan bimbinganku,
Untuk terus maju dan melangkah,
Menuju ke arah redhaMu.

BagiMu semua kecil,
BagiMu semua mudah,
BagiMu semua boleh,
Hanya kepadaMu aku berusaha dan berdoa.

Meski tertatih,
Ku memantapkan diri,
Meski letih,
Ku tegakkan jiwa dan raga ini.

Kerana ku yakin,
Engkau Maha Melihat,
Engkau Maha Mendengar,
Engkau Maha Mengabulkan,
Tidak sekadar yang aku inginkan.

Alhamdulillah syukur ku ucapkan,
Bismillah daya upaya ku gerakkan,
Ya Aliimu Yaa Khobir Yaa Fattahu Ya Qodir,
Anta a'lamu bi sirri wal a'alamiin..


~Selangkah ku rapat padaMU seribu langkah kau dekat padaku...BATAS ASAKU~

- Artikel iluvislam.com

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Ahad, Januari 02, 2011

Kehadiran Keluarga Baru...Nur Damia Darwisya,,,,


~umur damia baru 3 hari dah pandai senyum..:)~

"Bayi ibarat kain putih...suci dan bersih tanpa noda"...dan untuk kesekian kalinya keluarga kami menerima famili baru pada 27 Disember 2010..Nur Damia Darwisya nama diberi..kelahiran yang dinanti..tak sabar-sabar untuk melihat dunia ini..jangkaan pada awal Januari 2011 tapi 4 hari sebelum tahun baru Damia dah lahir dengan berat 2.01kg alahai tomeyynya Damia..kecik sangat...dengan kehadiran the little princess ni maka bertambah la cucu tok Ipin dan Nek Yam..dan tahun ni hari raya budget duit raya juga bertambah unyuk maklang...heheheh...semoga Damia menjadi anak yang solehah dan cerdik pandai..bertambah2 meriahlah keluarga kami...Alhamdulillah....


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

UNTUKMU TEMAN

Hadir ku…
Bukan untuk menambah luka…
Hadir ku…
Bukan untuk mencuri hatimu…
Hadir ku…
Hanya sebagai teman… Teman mu..
Yang menemani mu di kala sunyi..
Teman mu….
Yang menemani mu di kala luka..
Teman mu…
Yang menemani mu dikala sedih..

Teman mu..
Yang sedia mendengar keluh resah mu..
Teman mu..
Yang sedia mendengar jeritmu..
Teman mu…
Yang sedia setia disisi mu…

Teman mu…
Yang tidak pernah lupa memohon maaf…
Teman mu…
Yang tidak pernah lupa mendoakan kebahagiaanmu..
Sesunguhnya hadir ku adalah sebagai temanmu….

Karya asli : Alhaddad

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Rabu, Disember 29, 2010

Piala AFF Suzuki...selepas 14 tahun


Tepat jam 8.00 malam memasing dah terpacak depan tv...port umah kat dapur..sebab tv depan dah dikonker sepeminat kartun..dan aku pasti di kedai2 mamak dan kedai makan yang lain saat dan ketika ini memang penuh semuanya kena bahang PIALA AFF SUZUKI 2010 perlawanan antara Malaysia VS Indonesia...Ahad lepas berlangsung di Stadium Bukit Jalil dan Malaysia menang 3-0 menentang Indonesia pusingangan akhir pertama...dan malam ini di Stadium Bung Karno..memang havoc penuh debaran...aku bukan lah peminat bola yang fanatik tapi disebabkan Malaysia semangat tu tetiba wujud...Perlawanan yang penuh kontroversi...Bermula kemenangan di Malaysia pasukan kita kena attack..kelakar pun ada....hina menghina..kutuk mengutuk..macam tak relevan pula...keluar dari topik sukan...apapun semangat pasukan Malaysia harus di puji...bangga la juga sedikit sebanyak...Tahniah Skuad Malaysia...walaupun malam ni malaysia 1 dan Indonesia 2 tapi kita still Champion....dan tahniah untuk semua pemain...habuan yang dapat memang berbaloi-baloi kan...nothing to say...Just want to say CONGRATULATUONS to Malaysia penantian selama 14 tahun berakhir..dan habuan untuk rakyat Malaysia...cuti 31 Disember 2010 jumaat.yahooo..tp blehkah aku bercuti saat ini..hadoiii...terima je la.....Harimau Malaya the Great...




Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Rabu, Disember 22, 2010

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM… HIJRAH

Boring2 diwaktu lunch kat opis kalau tkde wat apa aku memang suka singgah menyinggah ke website2 tuk mencari info...saja mencari maklumat2 tambahan..kat sini aku nk kongsi info tentang perilaku berdasarkan tarikh lahir tp bukan dalam masehi tp dalam hijrah..mungkin ada yang bertepatan dengan perilaku..siapa yang buat kajian tentang ni tak tahu la pulak...dan aku pasti ramai yang tak tahu tarikh lahir kita dalm bulan berapa untuk tahun hijrah yang biasa kita tahu dalam tahun masehi je kan..
so sesiapa nak tengok anda lahir bulan berapa dalam tahun hijrah sila klik dekat link ni...
http://www.islam.com/islamicdates.asp

MUHARRAM

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN

Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN

Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Selasa, Disember 21, 2010

Akan Ku Jumpa


This lyric so meaningful for Me..Sing by Azfar...Akan Ku Jumpa...

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

IMPIAN HAMBA