ChocolatiBell

ChocolatiBell
To my dearest frens...sila la ke blog Bell HomeMade Chocolate And Gifts...

Jangan Tinggal Solat!!!!!

Masa itu Emas..so jgn buang masa..:)))

Isnin, Jun 01, 2009

JAWI....

Tadi aku ke ofis depan tuk melunaskan tugas aku yang bagaikan ceti ni..emm pepagi lagi budak ni dah menunggu aku di ofis..terkejut aku tiba2 je mamat sekor ni tunggu aku dlm bilik...kureng asam betul..terus berubah mood aku...takde sivik tul..dah tau aku takde sesuka hati je dok dalam bilik aku ni...walaupun aku tk kisah orang keluar masuk bilik aku tapi aku cukup tak suka bila aku takde suka2 je nak duduk kat bilik aku...ape la mamat sekor ni..nak kata aku ok ngan die tak pula...tu la manusia ni bila kita tunjuk baik sikit mulalah nk lebih2..rimas aku...lagi sekali die buat macam tuh memang nak kena sound tak reti hormat my privacy...
Sementara pegawai membuka pintu bilik kebal kami aku duduk sesantainya membaca surat khabar..selak punya selak emm biasala tajuk-tajuk dalam akhbar ni...ada yang menarik ada yang tak menarik....selak-selak lagi helaian demi helaian..dan aku tertarik dengan bahagian yang menggunakan tulisan jawi...wahhh..dah lama aku tk baca dalam tulisan jawi ni...nak test power la masih lancar tak aku membaca jawi...emm dah tu tajuk yg aku suka lak ni pasal si chin peng pengkhianat bangsa dan negara...panjang juga artikel ni dan alhamdulillah aku masih lancar membaca jawi....aku tau ramai anak-anak muda yang tak berapa minat untuk membaca jawi apa tah lagi untuk belajar samada menulis atau membaca...walhal tulisan ni la tuk nenek kita gunakan untuk menulis surat ke apa ke...dan aku bangga dengan satu surat khabar ni yang masih membudayakan dan memartabatkan tulisan jawi dalam ruangan akhbar mereka..satu usaha yang patut mendapat pujian...dulu aku paling suka masa kat sekolah bila ada subjek IMLA' atau ejaan...seronok tul...biasa dapt markah penuh...tulisan jawi ni dah berdekad lama digunakan dari zaman2 kesultanan melayu melaka lagi...ingat tak batu bersurat kan tulis dalam tulisan jawi...buku-buku karya penulis dulu-dulu,kitab-kitab pengajian semua dalam jawi...kadang memalukan pula ada bangsa asing yang boleh membaca jawi tapi kita emmm pandang dan tengok je la...paling aku suka bila aku tahu tulis nama aku dalam tulisan jawi masa tu rasa bangga je...emm aku harap tulisan jawi ni tak akan dilupakan dan seharusnya anak2 kita di ajar dan pandai menulis dan membaca jawi....yang aku pelik ada juga yang tak reti baca jawi sebab dulu ada subjek yang menggunakan bahasa jawi tak silap aku buku teks pendidikan islam tapi tak tau la aku kalau sekarang semua dah buat dalam tulisan rumi...sebab aku ada pengalaman masa jadi cikgu sekejap ada anak murid aku tak reti baca jawi aku tanya macam mana boleh jawab exam mereka jawab ada dwi bahasa dan boleh buat dalam tulisan rumi..aku pun tak ingat sebab dulu aku memang jawab dalam bahasa jawi kalau subjek yang berkaitan dengan pendidikan islam ke ape ke..emmm kiranya mereka ada pilihan...rugikan sebab ini adalah satu kelebihan dan kemahiran yang ramai orang biarkan tanpa diasah minat untuk meneruskan dan akhirnya dipinggirkan..syukur aku dan adik beradik aku fasih dan lancar dalam menulis dan membaca jawi ni...aku tau ada kebanyakan ibu bapa yang memandang lekeh dan rendahnya tulisan jawi ni...emm yang sebenarnya mereka tu yang bodoh tak boleh diajar...kat televisyen aku tengok ada pulak anjuran pertandingan ejaan untuk bahasa inggeris ntah anjuran sape aku tak ingat..punyala bangga dan terlonjak2 mak bapa bila anak2 dapat menjawab soalan tuh...hadiah pun hebat-hebat juga tapi tak pernah pula ada pertandingan ejaan untuk JAWI ni kan...atau aku terlepas pandang...tak tau la pula aku..aku harap satu hari nanti ade la pertandingan seumpama ini..sebenarnya tak susah untuk kita mengekalkan sesuatu yang berharga asalkan ada usaha dan jalan...seperti kita berusaha bersungguh-sungguh dalam memelihara bahasa melayu kita sendiri...dan aku harap tulisan jawi ini tidak dipinggirkan dan masih ada usaha untuk mengekalkan dan memeliharanya serta dapat menarik minat ramai lagi generasi muda untuk belajar jawi ni...insyaAllah..

Khamis, Mei 28, 2009

Chin Peng dan Malaysia

Aku saja je nak feedback isu bodoh ni...entah sape la yang bagi cadangan ataupun yang merelakan si pengganas ni untuk kembali semula ke Malaysia...memang la takde jiwa pencinta negara@patriotik...tak tahu sejarah Malaysia ke atau tak pernah belajar sejarah...ingat lagi nenek aku cerita kejam tak kejam nya manusia yang sealiran dengan chin peng ni...betapa zalimnya si chinpeng lahanat dan PKM membunuh sesuka hati...ya Allah kejamnya...dan aku mmg benci sesape je yg sepuak dengan dia ni...Emm isu yang sensitif tapi lagi sensitif lagi hati dan jiwa insan-insan yang pernah menjadi mangsa si chin peng and the geng...lagi satu if dibenarkan kan musuh negara ni kembali seoalah-olah kita tak menghargai pengorbanan dan susah payah askar melayu kita menentang komunis seketika dulu...nyawa terkorban malah saudara mara,sahabat handai,anak dan isteri terkorban jadi manakah kepekaan kita yang sewenang-wenangnya membenarkan si chin peng ni kembali ke Malaysia baut semak mata dan sakit jiwa je...tak terifkir ke yang dia ni bawa banyak keburukan..ish panas tul hati aku ni..mujur la Menteri Pertahanan kita mempertahankan dan tidak bersetuju si chin peng ni masuk semula ke negara kita..walaupun dia dah tua tapi tak mustahil dia ni ada agendanya sape yang tahu...dan pagi tadi di radio aku dengar perdana menteri juga menyatakan tidak setuju dan sama sekali tidak menyokong si chin peng ni kembali ke malaysia..kalau kerajaan malaysia nak tunjuk baik sekalipun emm tak payah la bagi pengganas,pembunuh dan segala yang jahat masuk malaysia semula...ramai lagi yang boleh dibantu..biar la dia nk merempat kat mana pun...nak tunjuk keperimanusiaan pun pada yang layak bukan macam si CHIN PENG ni...musuh negara tetap sampai mati musuh negara....

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Rabu, Mei 27, 2009

Terlepas dan Melepas.....

Bengang aku ari ni...tadi nak pi keje aku melihat sesuatu yang menarik dan tertarik...alahai dah le terlambat ari ni time2 cam ni plak benda ni ade then cam tau2 je br dpt gaji...emm tapi aku pelik juga tak pernah plak ade bende ni...dari mana plak datang lori ni..sape punya ek...aku ni mmg minat bila npk benda2 dari ROTAN ni tapi idok le sampai mencari ke dalam hutan...tapi nape lak die jual pepagi buta kat kawasan pasar ni...nape le tk jual pepetang buta ke..alahai terlepas aku dan melepas aku...banyak pula tuh satu lori di bawanya...dari mana yekk..tak sempat pula aku nak menemuramah si penjual almaklumla dah terlambat bangat ni...ni kalau mak aku tengok ni mau diborong nya..mesti harga die ok dan berbaloi..sampai ke ofis ni aku terbayang2 lagi...sedey tul aku...hish frust aku..harap2 lain kali lori ni datang lagi...
emhh banyak benda yang aku terlepas secara sengaja ataupun tidak sengaja...dan kadang2sengaja aku melepaskan demi sebuah kebaikkan...dulu ada peluang pergi belajar ke oversea tapi aku lepaskan alasan taknak tinggalkan makabah...dulu ada peluang untuk kerja lama di kementerian kesihatan aku lepaskan tapi tanpa kerelaan disebabkan manusia2 disekeliling yang memeningkan otak dan jiwa aku...dulu ada peluang bertemu dengan insan2 yang baik aku lepaskan tanpa alasan...dulu ada peluang jadi anak bongsu melepas juga coz tiba2 je adik aku lahir..heheh...banyak la benda2 dan perkara aku lepaskan...dan kadang2 aku lepaskan demi sebuah pengorbanan dan ingin melihat insan2 disisi aku bahagia dan gembira...dan perkara yang paling besar aku lepaskan dalam hidup ialah....melepaskan diri aku dari sebuah kekusutan demi mencari ketenangan dan kebahagian..dan aku berharap aku akan temuinya satu hari nanti...cuma aku sentiasa berharap agar aku tidak terlepas dari perhatian dan kasih sayang Allah untuk aku....dan yang pasti semalam aku tak terlepas rancangan kegemaran aku..hehheh...don't miss it but i miss u:)....

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Mei 25, 2009

Pertemuan dan Perpisahan

"Pertemuan kita disuatu hari,menitikan ukhwah yang sejati,bersyukur kukehadrat Ilahi diatas jalinan yang suci.Namun kini perpisahan yang terjadi,dugaan yang menimpa diri,bersabarlah diatas suratan kutetap pergi jua....."

Setiap pertemuan ada perpisahan...begitulah lumrah dan kejadian serta putaran yang telah dijanjikan Allah swt untuk makhluknya didunia ini...Tapi jika kita menghargai sebuah pertemuan dan meredhai akan sebuah perpisahan maka tidak mustahil untuk kita bertemu lagi kerana Allah...Petang tadi ada mesyuarat dengan sahabat2...terasa akrab persahabatan terjalin seperti waktu sekolah2 dulu...tapi agenda utama mesti didahulukan....betapa aku melihat komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh sahabat2ku tanpa kompromi dan aku tahu mereka memikul amanah,tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan dengan sebaik mungkin....walaupun kebanyakannya sudah berkeluarga,duduk jauh dan kerja jauh tapi sahabat2ku sanggup meluangkan masa.,.dan bukan setakat masa sahaja tapi siap belanja lagi rojak mamak...itulah part yang paling best memenuhkan perut ku ini...terharu dan bangganya aku mempunyai sahabat...agenda utama selesai dan setiap tugas dan tanggungjawab mestilah dilaksanakan dengan sebaik mungkin...sebenarnya aku tak lah terfikir yang perjalanan alumni ini akan bergerak sejauh ini...tapi alhamdulillah...aku bersyukur kerana ramai sahabat2ku yang mahukan alumni kami menjadi pemangkin ataupun wadah untuk kami berhubung antara satu sama lain..doaku biarlah ikatan ukhuwahfillah ini akan kekal dunia dan akhirat...bukan mudah untuk memulakan semua ini tapi sekali ianya sudah bermula biarlah akhirnya menjadi sesuatu yang baik...
tapi tu la kan bila aku lihat sorang2 wajah sahabat2ku tadi terimbau semula kenangan di zaman persekolahan...bukan aku je rasanya...masing2 la teringat kenangan masa belum jadi mak2 n bapa2 orang ni....ade yang dulu pendiamn skema sekarang dah coollll...dulu yg dok suka tersenyummmmm je pun sekarang masihhhh suke tersenyum...dulu yang kalo kita lihat macam tak leh je masuk budak ni dgn aku tapi sekarang bolehhh jerr...dulu nakal now dah baik..ade yang dulu kecoh jadi pendiam plak skrg...tapi aku n the geng camtuh la juga...kecoh dimana2 tapi stilll control ayu beb...bak kata seorang sahabatku.."tengokla tu,4 org je peremapuan kat sini tapi macam 10 orang"..kalao takde kami tak berseri la nanti..heheh..tu lah namanya kehidupan...roda masa terus berputar..ade yang berubah ada yang camtu gak tapi apa yang penting 'KERJASAMA"...
Berat dah biji mataku ni..nak melabuhkan tirainya...apapun terima kasih kepada sahabat2ku yang hadir petang tadi...u all the best n i luv u all mu frensss...

"kita berpisah selalu menderita,kerana ujian dan juga takdirnya,bertemu berpisah kerana Allah,bertemu dan berpisah pasti ada kemanisannya"




Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Jumaat, Mei 22, 2009

Kesepian dan Kesunyian

Sepi....rasa sepi pula ofisku kini...dilewat rembang petang nan merah masing-masing punctual baliknya..almaklumlah esok cuti...kalau bleh sebelum waktu punchkad terpacak untuk punch out...emm aku jarangnya nak balik awal...seawal pun 5.45petang..entah berat untukku melangkah pulang..kulewati kesepian di ofis dengan kelaparan perut yang tak sempat diisi..adess laparnya....dan aluanan muzik yang ku layan tuk halwa telinga ku ini agar hilang sedikit kebosanan...dan..kesepian...sepi ke aku...ntah aku pun tak tahu...tapi apa yang aku tahu aku memang suka tengok citer SEPI...touching beb...macam kehidupan aku plak...ahaks....
Kesunyian...bila dah sepi tu of course le sunyi...emm ...kadang2 aku perlukan kesunyian dan kesepian itu untuk diriku sendiri...time untuk bertenang dimana aku tak mahu diganggu....dan bila dah sunyi sepi maka senanglah untuk ku melelapkan mata...ehhhe...tido la gamaknya..tapi kadang-kadang tak semestinya bila sepi kita sunyi dan bila sunyi kite sepi...ada masanya keliling kita ni hiruk pikuk dengan manusia2 tapi kita tetap akan rasa sunyi dan sepi...nape le gamaknya..masalah jiwa la tuh..aku pun kekadang ade gak berhadapan dengan masalah macam tuh...
Dan sebenarnya bila aku dalam keadaan begini aku suka ditemani...tak kira la dengan sape pun..kengkawan ke mak ke angah ke anak2 ku ke..sesape jelah...dgn ikan kat kolam bapa aku tuh boleh jadi peneman aku dikala sunyi dan sepi...baik tak baik ikan2tuh terpaksa mendengar omelan2 ku...dan yang pasti bila aku sepi sunyi ni aku akan terkenangkan dan teringatkan seseorang paling dekat dihatiku...dan aku doakan dia sentiasa dilindungi oleh Allah...dan Allah permudahkan urusannya...insyaAllah..
Aku pun nak balik juga ni teringat pesanan emak untuk belikan sesuatu..dan aku juga berharap aku akan sentiasa mengisi kekosongan emak abah supaya mereka tak sunyi dan sepi bila dah tua nanti....semoga Allah memberikan aku kesempatan itu...insyaAllah...

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Poco-Poco

Hari ni kalau tak aku la orang pertama yang keluar dari ofis ni time2 rehat ari jumaat ni...tapi disebabkan byk benda yang perlu aku siapakan jadi kutahan hati ku untuk pergi ke aktiviti yang paling aku sukai...POCO-POCO...hehehe....sejak dari awal januari kiranya aku ni la yg aktif berpoco-poco ni...seronok beb...dapat kuar peluh...lagi satu semuanya wanita2 anggun yang pergi so aku suka la nak pi selain menambahkan bilangan kenkgkawan aku disini....emm cuma apeyang membuatkan aku tertarik ialah bila aku membaca majalah Al-Islam ade la satu tajuk tu "Poco-poco Dijadikan Tarikan Untuk Ke Masjid"...??????....emmm lain macam pula aku rase....ni pendapat dari pendakwah bebas la ni....katanya masjid bukan sahaja tertumpu untuk aktiviti ibadat sahaja tetapi harus diberikan nafas baru seperti memperkenalkan senaman poco2 sebagai satu tarikan....bagaimanapun aktiviti ini harus dikawal dan tidak ade unsur pergaulan antara lelaki dan perempuan...tambahnya lagi senaman adalah baik untuk kesihatan selain dapat membentuk ukhuwah sesama umat Islam....emmmm....sesuai ke...itu mungkin pendapat peribadi si ustaz....tapi bagi aku la yg dah lama menceburkan diri dalam arena poco2 ni aku rasa tak sesuai je nak buat kat masjid....sebab ape emm lagu2 yang dimainkan pun macam tak sesuai je nak buat kat masjid..takkan nk buat lagu nasyid kot..pastuh muzik yang dimainkan kuat lak tuh.....maunya syaitan sekeliling ikut berpoco2 sekali....tak sesuai..tak sesuai....mmg la poco2 ni gerakannya sama slow dan tak le terkinja-kinja macam aerobik or yang seumpamanya...mungkin niat tuh baik tapi aku tak setuju la...kecuali anjuran oleh masjid berkenaan tetapi dibuat ditempat lain macam kat padang ke,taman ke janji jangan le buat kat masjid...nampak tok2 imam...pak2 siak mau terbeliak biji mata mereka...yela kadang2 dalam masjid tuh pun ade orang mengaji ke ape ke kan nanti mengganggu persekitaran yang aman damai dalam masjid tuh...lagi satu dari segi pakaian nanti..alahai kalau yang tak reti bahasa dan peraturan tu la yang amat payah.. emm tu bg aku la..so sebelum nk melaksanakan sesuatu yang mungkin kita rasa baik tapi kena lah juga memikirkan kesan dan akibat yang akan datang....emm aku rasa nak pegi juga la poco2 ni...seminggu sekali jer..k selamat berpoco2..majulah sukan untuk negara...ehheeh...senaman untuk sihat....


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Panas dan Fitnah

Panas dan fitnah dua benda yang berkait rapat antara satu sama lain...apa tidaknya bila fitnah ditaburi sudah semestinya hati kan panas membara....lagi2 bila fitnah yang ditaburi wah sungguh cepat tersebarnya...biasalah bila benda2 buruk ni memang cepat je tersebar dan semua orang berminat nak tahu..waima yang dulu jadi kera sumbang yang tak pernah menyumbang apa2 pun sibuk nak sumbang telinga dan melopongkan mulut untuk mendengar fitnah...aku tebaca luahan hati sahabat2 ku yang panas kerana fitnah2 yang ditaburi,,emmm memang takde otak mulut yang macam tempayan dam bibir yang bermuncungkan bak muncung khinzir...itulah perumpaan aku bagi manusia yang suka buat fitnah,bercakap bohong dan suka mengada2kan cerita yang tak benar...apa faedah agaknya yang mereka dapat ye atas perbuatan tersebut,,,nak kata puas hati,,,emmm..aku rasa bodoh sangat la jika berfikiran camtuh....sebab apa???sebab kebenaran pasti akan terbukti....dan akhirnya penabur2 fitnah ini yang dapat malu sendiri....susah nak cakap,payah nak buat bila mereka yang mengingati dosa2 fitnah dan sesungguhnya fitnah itu lebih teruk dari membunuh....tapi bila mulut senang nk bercakap dah mudah nak buat benda2 yang orang tak fikir dosa pahala ni so tanggunglah akibat dan kesan untuk dirimu sendiri..bagi sahabat2 ku yang diuji aku harap korang tabah menghadapi....aku juga mengingati diri ku sendiri supaya bersabar dengar karenah manusia yang suka membuat hatiku panas bila dengar suara dan cerita tentangnya yang bisa menjatuhkan maruahku dan pura2 serta buat2 bodoh seperti tidak ada apa yg berlaku...ala mengong wal mangkuk tingkat orang yang macam tuh...moga aku dan sahabat2 semua sabar dalam menempuh ujian yang kdg2 membuatkan kita panas didunia yg sememangnya panas bak api neraka ni kerana mungkin kita kan mendapat sesejuk kauthar syurga di akhirat kelak....insyaAllah....

IMPIAN HAMBA