Selasa, Februari 22, 2011
Manusia dan Kehidupan
Hidup ibarat satu pentas
Pentas yang dilakonkan dengan pelbagai watak
Watak yang mempunyai bermacam-macam ragam
Ragam yang mewarnai kehidupan setiap manusia
Manusia ada baik jahatnya
Manusia ada cantik hodohnya
Manusia ada bijak bodohnya
Manusia ada miskin kayanya
Kehidupan dan Manusia
Manusia dan Kehidupan
Kehidupan untuk dua alam
Alam dunia dan alam akhirat
Kehidupan ada pahit manisnya
Kehidupan ada tangis tawanya
kehidupan ada duka gembiranya
kehidupan ada hitam putihnya
Manusia yang mencorakkan kehidupan
Manusia yang menjaga kehidupan
Manusia yang mentadbir kehidupan
Manusia yang merosakkan kehidupan
Manusia dan kehidupan
Saling berkaitan
Rosak manusia rosaklah kehidupan
Terpelihara Manusia maka terpeliharalah jua kehidupan....
BERIBADAHLAH KAMU SEAKAN-AKAN KAMU AKAN MATI BESOK, DAN BERKERJALAH KAMU SEAKAN-AKAN KAMU HIDUP UNTUK SELAMANYA.
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan