ChocolatiBell

ChocolatiBell
To my dearest frens...sila la ke blog Bell HomeMade Chocolate And Gifts...

Jangan Tinggal Solat!!!!!

Masa itu Emas..so jgn buang masa..:)))

Selasa, November 20, 2012

Maal Hijrah 1434 (Anugerah yang tidak ternilai-born to be)


 Salam Maal Hijrah 1434...Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menempuh tahun baru ini..semoga iman dan taqwa dapat dipertingkatkan dan istiqomah dalam memperbaiki diri..in shaa Allah...
Maal hijrah tahun ni amat bermakna sekali...disebalik dugaan diterima tapi sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyayang..Diberinya juga hambaNya ini khabar berita yang gembira...Saat yang dinantikan untuk kami semua...Anugerah yang tidak ternilai...Born to be...Alhamdulillah...dan yg pasti si dia lah yang sangat2 gembira dan bersyukur...dan diriku juga lagi la...Alhamdulillah...tak tau nk kata apa...punyalah teruja 4 kali buat test..huhuhu..
Sesungguhnya dua insan ini yang membawa kebahagian dalam hidupku dan sesungguhnya dua insan ini juga lah yang memberi kekuatan untukku dalam meneruskan hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini..terima kasih Ya Allah dengan anugerah yang tidak ternilai ini...dan yang paling best...Zauji Habibi Qalbi make a poem for us..so lovely...:)

sayang
wahai ayah dan ibu... dengarkan rintihan anakmu.... huhuhu.. 
syg r we going hv our 1st children. oh r u pregnant now
oh am i the father
oh i love u syg
love the baby as i love u
u love me as u love to the baby

*ni kire kata2 excited la ni..huhuu...


Kusyukuri ni'mat yang Allah berikan..semoga kelahiran ini membawa kebahagian dan kebaikan untuk kami semua..in shaa Allah...Terima Kasih Ya Allah...:)))
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Sabtu, November 17, 2012

Kebanjiran....tragedi november...

Banjir oh banjir oh banjir kampung kita kena banjir ooooooo......huhuhuuu...tragedi november katanya.....malah setiap tahun pasti banjir dan setiap tahun la juga basuh rumahkan...tapi tahub ni 2012agak teruk banjir yg dialami..huhuhu...nak taknak kena hadapi dengan tenanh dan sabar...penat memang penat...cuma kali ni rasa penat yg teramat sangat...huhuhuhu....yg bestnya air naik masa kami tengah bersarapan...mana brg2 yg bleh diselamatkan kami selamatkan..mujur semua selamat.dan kami hanya memandang dengan penuh redha dan pasrah bila air masuk kerumah dengam tenangnya...huhuhu....jemputlah masuk ye...air naik sampai ke betis...bdk2 seronok main..macam dekat pantai katanya..alahai seronok la korang ye...apapun apa yang Allah beri sebagai ujian dan dugaan ada hikmah disebaliknya...in shaa Allah...




Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

50 Panduan Kebahagian Rumah Tangga Menurut Dr.Fadzilah Kamsah - Blog Ibu Hamil | Blog Ibu Hamil

50 Panduan Kebahagian Rumah Tangga Menurut Dr.Fadzilah Kamsah - Blog Ibu Hamil | Blog Ibu Hamil Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Ahad, Oktober 14, 2012

ALL ABOUT WIFE

 Dedicated for a husband...:)


When she is quiet, millions of things are running in her mind.
When she is not arguing, she is thinking deeply.
When she stares at you, she is wondering why she loves you so much inspite of being taken for granted.
When she calls you everyday, she wants to know how you are doing.
When she sms's you everyday, she wants you to reply at least once.
When she says I love you, she means it.
When she says I miss you, no one in this world can miss you more than her.
When she says I will stand by you, she will stand by you like a rock.
Wives are always special. She is said to be the 8th wonder. She is always a priceless treasure.
Never hurt her or take her wrong or for granted.
Share this with every woman to make her smile and with every man to make him realise a woman's worth!

(http://www.PureMatrimony.com/)

"DAN ANTARA TANDA-TANDA (YANG MEMBUKTIKAN KEKUASAAN DAN RAHMATNYA) BAHAWA DIA MENCIPTAKAN UNTUK KAMU ISTERI-ISTERI DARIPADA JENIS KAMU SENDIRI,SUPAYA KAMU HIDUP BAHAGIA DENGANNYA DAN DIJADIKANNYA ANTARA KAMU (SUAMI ISTERI) PERASAAN KASIH SAYANG DAN KASIHAN BELAS.SESUNGGUHNYA YANG DEMIKIAN ITU MENGANDUNGI KETERANGAN-KETERANGAN(YANG MENIMBULKAN KESEDARAN)BAGI ORANG YANG BERFIKIR"---(RUUM AYAT 21)

Wanita itu hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah...

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Ahad, September 16, 2012

Bell"s Palsy

BELL"S PALSY!!!...apebende tuh...seumur hidup tk pernah dengar apakah tu???Mendengar penerangan dari doktor apakah BELL"S PALSY membuatkan aku mengadap intenernet dan mencari segala maklumat mengenainya...apakah yang membuatkan aku sibuk2 nak cari mende alah ni...disebabkan inilah byk mende yang aku tangguhkan...Apapun dugaan dan cabaran ni kuhadapi dengan tenang walaupun kerisauan gundahgulana bersarang dihati..apakan tidaknya anak lelaki kesayangan aku secara tiba2 kena penyakit BELL"S PALSY ni..udah lahnama depantu mcm nama panggilan aku...Then tanpa putus berdoa kepada Allah disamping usaha segala bagai..ALAHAMDULILLAH anakku semakin pulih...then skrg barulah ku ada masa untuk membloggingkan diri ku...an disebabkan itu aku mahu berkongsi maklumat dan pengalaman..

Lebih kuarang cenggini le muka anak aku masa kena BP ni...

Macam mana plak anak aku dapat penyakit ni??Bak kata doktor..penyakit ni byk sebab bleh dapat..kadang2 secara tiba2 je..dan sebenarnya amat jarang untuk budak2 dapat penyakit ni...agak surprise juga lah kan anak aku leh dapat penyakit ni..huhuhu..(seriau sebenarnya)...tp untuk kes anak aku ni segalanya bermula dengan virus CHICKEN POX yang tk fully covered...cicken pox yg ada dalam telinga tu aktif then mengganggu saraf kesebelas yang mengakibatkan kawasan muka sebelah kiri paralys or lumpuh...yg kelakornya aku sdar anak aku mulut dok senget2 dalam 2-3 hari..aku siap marah2 lagi ingat dia buat memek muka atau ejek2 org...adoyaiii..nasib baik bertindak cepat dengan bawa ke pakar kanak...bagi makan antiviral dan diajar urutan dan fisioterapi dirumah..Alhamdulillah anak aku semakin hari semakin sihat and full covered..terima kasih atas doa semua..emak abah..adik beradik,sahabat handai...dan dengan ini aku mengambil cuti sepruh gaji selama 2 minggu yg diluluskan untk memberi sepenuh perhatian untuk anakku...dalam masa2 minggu ni mcm2 yg berlaku..tapi biarlah rahsia...:)))...nextweek dah keje semula..ditempat yg baru dengan boss baru rakan sekerja baru..tapi tkpa,,,aku kega dan lebih tenang hati untuk pergi bila ank akudh sihat..alhamdulillah...then aku nk share serba sedikit info Bell's Palsy ni...



Bells palsy bukan strok

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
hidayatulakmal@hmetro.com.my

Menurut Perunding Neurologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Julia Shahnaz Merican, sesiapa saja boleh mengalami Bells palsy.

“Bells palsy adalah kerosakan pada saraf muka. Kira-kira 70 peratus daripada kerosakan itu membabitkan saraf otot kranial ketujuh, yang merangkumi deria rasa (lidah) dan otot dan saraf muka.

“Bells palsy boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira jantina dan tidak memberi ‘isyarat’ awal. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba, selalunya ketika bangun tidur.

“Individu yang didiagnoskan Bells palsy biasanya akan menampakkan senyuman, hidung serta mulut yang senget pada sebahagian wajahnya. Bukan itu saja, aktiviti harian mereka turut terjejas seperti sukar memberus gigi, minum, tidak dapat mengerutkan dahi dan lain-lain,” katanya, baru-baru ini.

Menurut Julia lagi, ramai yang salah anggap mengenai Bells palsy yang dikatakan strok. Ini kerana perubahan atau kecacatan pada wajah sehingga menjadikannya senget sebelah sering dilihat sebagai serangan penyakit berkenaan.

“Seseorang yang diserang strok selalunya akan lumpuh sebelah badan sama ada kiri atau kanan tetapi Bells palsy hanya membabitkan saraf pada bahagian muka saja, sama ada kiri ataupun kanan.

“Oleh kerana pesakit akan mengalami kerosakan atau kecacatan di sekitar wajah, ramai menganggap diserang strok pada hal jika dilihat, tubuh pesakit Bells palsy tidak lumpuh sebagaimana pesakit strok,” katanya.


Apakah punca Bells palsy?

Punca sebenar Bells palsy belum diketahui sehingga sekarang. Bagaimanapun, hasil kajian sekumpulan penyelidik dan pakar perubatan Jepun mendapati penyakit ini berpunca daripada virus herpes simplex.

Berdasarkan teori mereka, virus itu yang juga punca penyakit kayap dan cengkering (chicken pox), hidup di dalam saraf ganglion sama ada di sebelah kiri atau kanan telinga seseorang.


Simptom atau gejala Bells palsy:


  • Muka menjadi senget.
  • Mata dan kening mereka kelihatan terjatuh atau condong ke bawah.
  • Tiada air mata pada bahagian wajah yang diserang Bells palsy.
  • Garisan pada pipi akan jatuh.
  • Sukar mengawal pengeluaran air liur.
  • Kesan telinga berdesing atau berdengung yang dikenali sebagai tinnitus.
  • Bahagian depan lidah terasa kebas.
  • Sukar meniup dan menghembus.
  • Sakit telinga atau ada inflamasi (keradangan) di dalam telinga.


    Apakah pemeriksaan yang perlu dilakukan?

    1. Mata

    Doktor akan memeriksa mata pesakit. Pesakit diminta memejamkan mata dan doktor akan membuka mata itu. Jika mata pesakit senang dibuka dan bebola mata mereka ternaik, ia menunjukkan mereka mengalami Bell’s palsy.


    2. Lidah

    Doktor akan meminta pesakit menentukan makanan yang diambil itu masin, masam ataupun manis. Deria rasa pesakit terjejas akibat penyakit itu.


    3. Mulut

    Apabila disuruh bersiul, mereka tidak mampu melakukannya.


    Apakah rawatan Bells palsy?

    Bells palsy boleh dibahagikan kepada lima peringkat, iaitu daripada kritikal atau teruk hingga paling ringan.

    Jika pesakit mengalami Bells palsy kritikal, mereka perlu diberikan rawatan segera sejurus tiba di hospital. Jika kerosakan itu dibiarkan hingga melebihi lima hari, ia sukar dipulihkan sepenuhnya.

    Pesakit Bells palsy yang teruk akan mengalami kesukaran untuk menutup mata dan doktor akan memberikan ubat titis air mata tiruan untuk memastikan mata pesakit sentiasa lembap dan membekalkan bahan penutup mata untuk memastikan mata pesakit, ketika tidur, tidak dimasuki serangga yang boleh menyebabkan infeksi.

    Berdasarkan kajian, kira-kira 90 peratus pesakit pulih sepenuhnya selepas menerima rawatan ubat-ubatan seperti steroid dan anti virus yang dikenali sebagai Acyclovir dalam tempoh satu hingga empat minggu.

    Namun begitu, kira-kira 70 peratus pesakit Bells palsy boleh pulih sepenuhnya tanpa sebarang rawatan khusus. Pesakit Bell’s palsy juga akan dinasihatkan supaya menjalani rawatan fisioterapi di hospital.

    Menerusi rawatan fisioterapi, muka pesakit akan dirangsang dengan bahan yang menggunakan kuasa elektrik. Selain itu, ahli fisioterapi akan meminta pesakit melakukan senaman wajah setiap hari sebagai salah satu usaha merangsang saraf muka mereka.

    Bagaimanapun, kira-kira 15 peratus pesakit akan kekal dengan keadaan wajah yang senget biarpun sudah dirawat.

    Lazimnya, mereka ini lewat mendapatkan rawatan dan mengalami Bells palsy yang serius.

    Oleh kerana kerosakan itu membabitkan muka, pesakit selalunya tidak puas hati dengan perubahan pada wajah mereka dan tidak kurang juga yang mahu melakukan rawatan pembedahan kosmetik.


    Mungkinkah Bells palsy dialami lebih daripada sekali?

    Pesakit boleh mengalami penyakit itu lebih daripada sekali tetapi ia amat jarang berlaku dan tidak sampai satu peratus.


    Adakah Bells palsy memberi kesan terhadap otak dan tubuh badan?

    Tidak, kerana ia cuma kerosakan saraf muka.


    Apakah rawatan untuk Bells palsy?
  • Biasanya pesakit akan dibekalkan ubat steroid untuk tempoh satu hingga dua minggu.
  • Perlindungan mata
  • Pembedahan



  •  P/S>>>ibu bapa kena alert dengan setiap perubahan anak2...jgn sampai terlambat..alhamdulillah..semoga ALLAH sentiasa membantu...

    Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

    Jumaat, Julai 27, 2012

    Raikan Cinta Jiwa Perjuangan..Nas dan Jeeba ALFARABIBAND

     Lambat ku update post ni akibat kekangan masa beberapa minggu ni..tapi walaupun dh lambat nk tulis gak entri ni..hehehe...sebab kira ni hari bersejarah untuk ALFARABIBAND famili dimana penyatuan 2 hati kerana Allah yang meneruskan perjuangan dan matlamat yg sama dalam AlfarabiBand....
    Pada 24 Jun 2012 telah berlangsung majlis Meraikan Cinta Jiwa Perjuangan di antara Nasaei (vokalis alFarabi Band) dan Najeeba (juga famili group a
    Di samping meraikan majlis mereka yang kemuncaknya adalah Show percuma secara live daripada AlFarabiABand sendiri pada jam 3.13ptg dan yg paling menarik sekali pengantin lelaki(Nasaei) lepas je upacara bersanding dan sesi2 bergambar terus turun ke pentas untuk persembahan..Persembahan yang amat bertenaga dari AlFarababiBand ynag tidak pernah mengecewakan para peminat yang hadir yang datang dari jauh dan dekat....dan aku sangat2 puas hati dgn live show kali ni..AWESOME....ada dalam 12 lagu dipersembahkan...dan lagu terbaru yg belum pernah di dengarkan dimana2 lagi dan paa hari itu pertama didengarkan untuk para peminat...lagu Pondok Kecil yang telah diunsurkan rock kan..sape dulu2 layan nada murni bese lah mendengar kesyahduan lagu ni..then Stop and Pray yang akan jadi lagu tema waktu solat di tv ALHIJRAH akan datang...nantikannnnn......mmg layan..dan  menyentuh jiwa ku...
    apapun pada hari tersebut ibarat satu reunion dan perjumpaan dgn sahabat2 yg lain..sgt2 seronok...silaturrahim yang terjalin...ukhuwahfillah insyaAllah berkekalan dunia akhirat...
    Jeeba and Nas..mmg sweet..semiga kekal duni akhirat dan teruskan perjuangan..Inilah Jalan Kita
                                               Inilah Kami....Serinkandi...Iman Islam dan Ihsan






    Kak ros yg sgt2 aktif,,kak ros pun first time berjumpa tk sempat nak beramah mesra...



    This is so happening..firstime berjumpa dengan pojan and nurly suami isteri..meme sempoi kalan..:)





    Bersama yg dirai jeeba n nas...mawaddah wa rahmah ye adik2 ku...:)






    Me and Kak Rina...serikandi AlFarabiBand tetap dengan senjatanya,,,admired dgn kak rina ni...suami isteri berjuang bersama...



    Akhirnya berjupa juga dengan tiqa dan dak bambam ni..tp dh tk bambam and akan dapat adik..saat kutulis entri ni tiqa selamat sudah melahirkan baby girl...tahniah tika dan sam...ops lupa pal..sam ni pianist untuk AlfarabiBand..:)))



    Kami bersama yang dirai cintanya hari itu...kak ami me afzan and jeeba..:)))



    This my lovely siste from german..fasih berbahasa Indonesia...Kak Aminah..she is so beautiful dan sangat baik hati..wah  rindu sama kak ami...ingin peluk...


    KAK RINA YG COOL DENGAN SENJATANYA
    BRO AYIEE DAN NAS BERAKSI





    PERSEMBAHAN YG BERTENAGA DRPD ALFARABIBAND
    Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

    Jumaat, Jun 29, 2012

    Sebelah Jiwaku (Semangat Dalam Meneruskan Hidup Ini)

    Sekonyong2 dalam perjalanan untuk pergi kerja halwa telingaku dihidangkan dengan lagu2 dr HOTFM..tetiba aku dengar lagu ni..actually dh selalu aku dgr lagu ni tapi pagi ni aku menghayati pulak liriknya..mcm kena je dengan jalan cerita ku..cewahhhh..budget feling2 novel plak aku pepagi Jumaat ni..bagi aku lagu ni ok..bagi semangat tuk meneruskan hidup ini walaupun kecewa dan dikhianati..apapun layan..tapi jgn sampai terleka..hehhehe...^___^

    ketika kau ucap kata selamat tinggal
    ku sangka diriku kan hancur
    nestapa menyiksa
    membuat aku sedar
    hanya ku yang bisa
    mengubah arah hidup

    lihatlah ..lihatlah
    aku buktikan kepadamu
    walaupun ku jatuh
    tapi tak tersungkur
    biakanr biarkan
    ku berdiri sendiri
    kerana ku yakin
    masih lagi mampu
    bernyawa
    dengan sebelah jiwaku

    ku tahu kau mahu melihat aku sugul
    tapi takkan ku menzahirkannya
    mesikpun hatiku
    berderai bagai kaca
    ku kutip serpihannya
    dan cantumkan semula

    lihatlah ..lihatlah
    aku buktikan kepadamu
    walaupun ku jatuh
    tapi tak tersungkur
    biarkan biarkan
    ku berdiri sendiri
    kerana ku yakin
    masih lagi mampu
    bernyawa
    dengan sebelah jiwaku

    takkan ku biarkan
    mata mengeringkan
    air mata jiwa
    kini ku berani
    lebih berdikari
     
    Apapun aku bersyukur Kekuatan itu aku perolehi dariNya kerana aku tahu apa yang berlaku ada hikmah dan rahsia disebaliknya..dan aku yakin Allah itu tidak memberi ujian kepada hambaNya jika hambaNya tidak mampu untuk menghadapinya..terima kasih ya Allah..:))))
    Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

    Isnin, Jun 18, 2012

    Zikir Kasih...

    I like this one sgt2 suka...mudah dibawa kemana2..skrg ni dh mudah...this is i call it..zikir kasih...gift dr somebody yg cukup special...tp dia panggil cincin lingakaran kasih..(eh ye ke..lupa plak aku)...ni kira digital zikir la..sblm dapat ni pernah tgk2 kat facebook org lain dok upload kennn..dlm hati tertanya2 juga mana lak nk dapat mende alah ni ...then rezeki la sangat bila dpt this special gift...comel,kecil,cute dan mudah nk bawa kemana2..i'm just love it...

     ni bukan tuk dibuat perhiasan je ye...tapi gunakanlan dan manfaat kan le benda yg kecik molek ni..dan yg pasti i will takecare dgn sebaik2nya nye sbb ianya amat2 teristimewa buat diriku...thank you to who give it to me..very appreciate it...:))))

    Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

    Khamis, Mei 31, 2012

    LOOK GREAT AT YOUR AGE!

    Hari ni teringin plak nk kongsi petua awet muda katanya..bese kita baca dan dengar petua2 tradisional ataupun amalan supplement or so what ever..tapi diriku teringin dan tertarik pula nak share petua awet muda dr member ku di facebook yang ku kira jarang2 kita nk tahu kan...semoga kita dapat amalkan dan bersama2 mendapat manfaat darinya...insyaAllah...:))))

    Amalan zikir untuk awet muda dan cantik berseri

    Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.

    Cara 1:
    Dilakukan selepas solat Isyak
    · ambil air segelas
    · baca al-Fatihah sekali
    · Ayatul Qursi sekali
    · Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
    · Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumahtangga.
     

    Surah al-Waqiah ayat 35 -38

    Cara 2:
    Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
    Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
    Baca ” Ya Nur ” 1x
    Baca ” Ya Hadi ” 1 x
    Baca ” Ya Allah ” 3x
    Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

    Cara 3:
    Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
    Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
    Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut. 
    Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

     SELAMAT MENCUBA..(^___^)

     Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

    Selasa, Mei 29, 2012

    What To Expect When You're Expecting

    Mmg byk sgt aku nk expect bile tgk tajuk movie ni...tgk thriller je membuatkan aku tk sabar nk tgk movie ni...to me this movie interesting,fun and enjoy..dan kelakar...ade part yg mmg realiti kehidupan as a pregnancy woman...hahahha..tk bleh tahan...
    Melihat semua wanita2 mengandung dalam movie ni make me remember something...that it will happen again..huhuhuhuhu
    Daddy cool...sang ayah menjaga anak2...memang cool beb....selamba je..have a rules...no judging..dan sgt2 menjaga hubungan persahabatan..:)))

    Apapun aku memang enjoy tgk movie ni..and make me think something..shoul I????

    Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

    Isnin, Mei 28, 2012

    Gift box untuk Pertunangan


    Special order from my cousin for his friend's engangement for saturday...then bersengkang mata le menyiapkannya...mencari idea dan ilham..siap cari feel dan mood so start pukul 12 tghmlm till 4.30 pagi baru siap.Alhamdulillah my kezen berpuashati..dan inilah hasilnya...




    Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

    Selasa, Mei 22, 2012

    Chocolate DoorGift,Stick Chocolate & Hantaran Chocolate

    Lambat plak update entri ni bukan sbb apa pun..terlupa then tertinggal....patut rasa mcm tk lengkap je koleksi coklat ku ini...huhuu...this for my cousin wedding...200 boxes for the doorgift then 80 stick chocolate ..then masa bertandang ke ruma lelaki ke kampung peringgit Melaka juga disusuli dengan chocolate..udah rasanya hidup dengan chocolate pulak..but i like2 chocolate..:))))

    200 boxes for the door gift..
    this one untuk hantaran...:)
    Stick chocolate for kids..:)

    Bertandang ke rumah pengantin lelaki..tk sempat ambik gambar dalam kereta pun jadi..hehehehe...





    Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

    Bermingguan Dengan Coklat




    Pepagi lagi dh mencelikkan biji mata sebab nk siapkan order dari customer...then pukul 11 pagi nk pegi kelas pulak..tetiba plak teringin nak belaja cara2 buat kek..yang pastinya kek yang aku suka la kennn...lepas ni memang kena buat..dah ada permintaan..huhu..ok dh siapkan order for the customer...semoga berpuas hati ye...:))))

    alphabet n numbering choclate..my ofismate order for her kids..:)



    i like the love box..:)))

    Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

    IMPIAN HAMBA