ChocolatiBell

ChocolatiBell
To my dearest frens...sila la ke blog Bell HomeMade Chocolate And Gifts...

Jangan Tinggal Solat!!!!!

Masa itu Emas..so jgn buang masa..:)))

Ahad, Ogos 21, 2011

Dengkil-->KL Sentral-->Majid Jamek-->Jln TAR

Hari ni cuti Nuzul Al-Quran..17 Ogos 2011/17 Ramadhan 1432..Aku dan Ean ada misi utama hari ini..ean ni adalah member sekampung aku sejak dari zaman sekolah sampai le zaman dah beranak pinak ni..First sekali setelkan masalah kami di PTPTN..then kami nak pegi enjoy bershopping ke Jlan TAR...yeeehooo....dah lama tak berjola joli ke sana ni..ok let's enjoy...chill yeah...(^__^)V

sebelum berjola joli kami setelkan masalah kami di sini dulu..:)

pilih destinasi dulu..semestinya ke Masjed jamek..almost a few years tak naik menatang ni...a lot of moments here..just keep it..sweet memories..:)

keseronokan dan kegembiraan yg tdk dpt digambarkan.."sue aku dah tk ingat nk gi jln TAR camne..aku ikut ko je'..tkpe ean aku ingat rasanya..ko konfident dgn aku..hahahah...sbb over konfident la ni kami sesat...ngeee...

ok kami dah sampai ke jalan masjid india..ni masjid jamek..nostalgia ni..rupa-rupnya kami sesat..salah jalan untuk ke jalan TAR..blur sekejap..hahahha..lawak betul..baru 3 thn tak turun jalan TAR..kalau 10 thn ntah mana2kami pergi..huhuhu..

time to shop was beginning....harga memang berpatutan..kiranya lengkap la tudung untuk semua baju di hari raya nanti..tk gituu ean..tuk mak ada.tuk angah ada.tuk anak2 ada..kena lari cepat2 dari tempat ni kalau tak nak beli semua..huhuhu..nafsu2...nasib boleh kawal kennnn..:)

seronok dapat membeli belah..dah nak setel ni..ean sgt gembira setelah lama tk datang ke jln TAR...ahaks..;P

semakin tengahari semakin panas dan semakin ramai umat manusia membanjiri jalan TAR ni...very crowded...

pilih kain pelikat plak tuk ayahanda tersayang..ko mmg shopping sakan ean...hihihi

ketupat besar ni..sape nak??leh rebus tuk raya nanti..hehehehe...:)

singgah jap kat lot2 kedai kat masjid India ni..sempat la membeli keronsang..saja je tgk2..tp time ni memang kami rsa nak pengsan..dah senget tumit kaki rasanya..huhuhu

kepenatan...naik komuter aku dan ean pilih coach untuk wanita sahaja..ade le sebabnya...akan rasa selamat..tp mana coach pun memang penuh dan memang takkan ada tempat berdiri..aku memang tk larat le..ajak ean pi belakang sekali..baik punya port...aku dan ean dgn slumber duduk je kat lantai tuh..lantak pi la..hahhaha..last ada juga org lain yg ikut kami duk kat lantai..sempat lagi tidor..hahahha


apapun kami enjoy hari ni sebab misi berjaya....willly!!!!!alhamdulillah..:)
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Ogos 15, 2011

Cara Rasulullah SAW Menjalinkan Persahabatan




Kita sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan. Persahabatan Nabi Muhammad S.A.W dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam. Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib. Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan.

Persahabatan Rasulullah S.A.W dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik. Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar." (Hadis riwayat al-Baihaqi).

Rasulullah S.A.W juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan dalam buku susunan Syed Ahmad Semait, Sepuluh Yang Dijaminkan Masuk Syurga, katanya: "Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telahmententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu."

Allah S.W.T memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah S.A.W dalam mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali. Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat m encium baunya yang busuk." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah S.A.W juga telah menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya : Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman Sabda Baginda bermaksud: "Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

1) Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya

Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya." Sabda Baginda lagi : "Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

2) Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar

Ubaidah Ibn As-Samit berkata: "Rasulullah S.A.W mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah." (Hadis riwayat Muslim).

3) Membantu kawan ketika kesempitan

Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Begitulah antara saranan-saranan Rasulullah S.A.W kepada kita untuk memilih rakan yang benar-benar ikhlas dan baik untuk dijadikan teman. Sesungguhnya manusia sering lupa dan justeru itu punyai rakan yang baik serta sering mengingatkan kita kepada kebaikan dan mencegah kita daripada melakukan kemungkaran adalah merupaakan satu bonus untuk kita agar kita dapat menjadi insan yang benar-benar bertakwa.

- Artikel iluvislam.com

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Jumaat, Ogos 12, 2011

Ramadhan Terakhir The Series



Sempena bulan Ramadhan ni TV3 menyajikan slot Samarinda dengan drama bersiri Ramadhan Terakhir..Cerita yaang agak menarik dan penuh mesej...nk cerita pepanjang pun aku tk tahu apa lagi kesudahannya so saksikanlah drama ni setiap selasa-khamis pukul 10.30 mlm..apa yg aku suka sangat sebenarnya lagu OST dalam cerita ni..mmg best dan menusuk jiwa..cuma yng menjadi tanda tanya sapekah yg menyanyi..Nama group pun pelik..POMPA BENSIN..apakah maksudnya...tk kisah lah..lagu ni pun belum keluar the full version...layan jela...janji aku suka..heheheh..(^___^)


Lagu Jangan Panggil Namaku by POMPA BENSIN

Walau aku tidak bersamamuLirik
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana
Aku mengingati mu
Kerana Aku mencintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana.
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa menyintaim
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Rabu, Ogos 10, 2011

Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan


Sempena bulan ramadhan kariim ni aku nk share something yang aku rasa memamng berlaku dekat kebanyakan orang yang berpuasa..artikel ni ditulis oleh ustaz Zaharuddin Abd Rahman di blognya dan aku rasa aman bermanfaat sekali tuk dikongsikan bersama...so aku pun meng'copy dan paste kan kat blog aku..semoga kita dapat manfaat daripada artikel ini..insyaAllah...

Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan

Oleh Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid. (aku amat suka yang ini sebab tuh aku lebih suka berterawih dirumah)

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-



ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )



Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.



إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)



Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

17 Oktober 2006


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Jumaat, Ogos 05, 2011

Ramadhan datang lagi!!!!



Hari ke lima Ramadhan...Alhamdulillah...dan agak lama tk update blog..agak malas..huhuhu..Bila sebut je Ramadhan atau bulan puasa banyaklah amalan ibadah yang dilakukan demi merebut dan mendapatkan pahala dan keberkatan dibulan Ramadhan yang penuh berkat ini..cuma kadang2 yang amat menyedihkan tamat je bulan Ramadhan maka tamatlah segala Ibadah yg dilakukan dibulan puasa ini...Semoga berterusan dan berkekalan amalan yang dilakukan...seperti bertadarus,bersedekah,bangun malam,solat2 sunat dan banyak lagi la...(peringatan untuk diri dendiri juga..huhuhu)...

Walaupun dah hari ke 5 aku tk lagi menjejakkan kaki ke bazar2 ramadhan yang menjadi serbuan orang ramai bila balik keje..malas rasanya...dan ramai kawan2 aku beritahu harga2 makanan di bazar ramadhan byk yag dah naik..kuih 3 biji RM1..dulu 4 biji RM1..air pun ada yg sebungkus RM3..wow mahalnya...tapi aku tak setuju kalau air tebu naik harga..sebab air tebu tk perlu bancuh guna gula pun...(faveret air tebu)...tp tahun ni tk mcm tahun2 yang lepas..banyak yg dah berubah..apakah perubahan itu..emmm..biarlah rahsia..(hahhaha...gitewww)...apapun ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna agar dapat kulalui dengan penuh keberkatan dari Allah swt..insyaAllah..

Harapan Ramadhan

RAIHAN & MAN BAI

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

IMPIAN HAMBA