ChocolatiBell

ChocolatiBell
To my dearest frens...sila la ke blog Bell HomeMade Chocolate And Gifts...

Jangan Tinggal Solat!!!!!

Masa itu Emas..so jgn buang masa..:)))

Selasa, Oktober 27, 2009

Latest Novel



masa otak aku breakdown ritu aku gi alamanda cari novel tuk release kan otak aku ni...tu le keje aku bile tensen...aku akan carai bahan tuk membaca...last week mmg aku down sangat...sib baik this week aku ok ckit...actually aku nk cari novel lain tp dah soldout..aku tertarik dengan tajuk novel ni "LANTERA MUSTIKA"....cahaya mustika..novel ni mmg best...buka setakat jalan cerita yang menarik dan cerita percintaan dan hubungan sesama manusia shj..tapi byk ilmu yg leh kita dapat kat sini...aku enjoy la dgn novel ni...

RINDU.......

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

baru 2 hari mak abah tkde tapi rindunya aku....sunyi sepi dan tk bersemangat rasanya....tp kucuba juga...hanya doa kuiringi untuk mak abah....kata org bila dekat bau kentut dah jauh bau wangi tp tuk makabah aku bau wanginya...heheh..pepandai je temanku tuh bg pepatah,,...mana ntah dia dpt....emm..rasa tk best sejak lastweek..macam2 terjadi...lepas ni ape le lagi....kdg2 nk buat kerja pun malas..no spirit...tk macam dulu....ermmm mencari semula diriku yang dahulu...:(
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Khamis, Oktober 22, 2009

Panggilan Haji

"lambaian kaabah seakan memanggil umat Islam...perkumpulan ibarat dipadang mashyar kelak ibarat juga sebagai satu latihan dimana di kota suci ini tiada apa yang membezakan sesama insan..samada kaya atau miskin,cantik atau hodoh...semuanya sama disis Allah kecuali iman dan taqwa akan membezakannnya..sesugguhnya amat beruntung insan yang dapat menunaikan Rukun Islam yg kelima ini..alhamdulillah"

Mak dan abah juga adalah antara jutaan insan yang akan menjadi tetamu Allah dikota suci Mekah untuk tahun ni....Tarikh untuk berangkat pada 25/10/2009 pada jam 3 petang ahad in..disebalik kegembiraan menerima berita itu aku rasa sedih dan sayu...aku gembira kerana hajat emak dan abah untuk menunaikan haji di tanah suci kota mekah terlaksana....dan aku sedih untuk berpisah dengan mak dan abah walaupun hanya untuk sementara..lebih kurang 45 hari..tak pernah aku berpisah dengan mak abah selama ini..dulu masa belajar pun paling lama 2 minggu itu pun aku kerap bertanya khabar...dan sudah semestinya aku akan berasa sedikit kehilangan..selama ini aku akan berkongsi segalanya dengan mak...leteran mak kemarahan mak pada aku yg dh besar panjang ni pun aku masih aku merasakan aku memerlukan perhatian dari mak dan abah..sememangnya aku kadang2 rasa tk mampu menghadapi ini semua..tapi aku tau semua ini adalah satu tuntutan dan kewajipan sebagai umat yg beragama Islam....cuma aku rasa tiada mak abah disisi satu kekosongan pula..itu satu bab....anak2 aku yg rapat dengan mak abah..emmmm..camne la nanti masa hantar mak ni...esok kami nk buat sedikit kenduri..perkumpulan adikberadik saudara semua.....Ya Allah...Berilah kekuatan dan ketabahan..dan semoga ibubapa selamat pergi dan balik dan semoga urusan mereka dipermudahkan dan lindungilah kedua ibubapaku...amiin ya Allah...
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Oktober 19, 2009

Berakhirnya Syawal...

Hari ni 30 Syawal bermakna ari ni adalah hari terakhir umat islam menyambut eidulfitri...so tamatlah segala rumah terbuka dan sewaktu dengannya..yang paling tk berapa nak best time ramadhan berat turun bila masuk je syawal huhu..berat badan naik berganda2 plak(termasuk aku le tuh...ngeh2).....dan dalam syawal ni macam2 perkara yang berlaku..yang dijangkakan yang tidak dijangkakan..yang penuh spekulasi yang indah yang sedih yang suka dan bermacam2 lagi la...aku bermacam2 keadaan yang aku tempuhi...jumpa sahabat2 lama...sedara mara yg dah lama tak jupe yang dah bese jupe...ermm cuma aku rasa raya tahun ni happening sikit la....yang tak happening ade juga..ade yang dah berubah selepas raya ni...hairan juga aku ek...misscommunications..susah untuk dihubungi dan aku pun tak tau nape...so tuk mereleasekan ketegangan aku biarkan je la..sometime kita sendiri tak dapat mengagak kenapa ianya berlaku dan patutkah ianya berlaku sebab kadang2 tak tahu apa kesalahan kita..so what to do menanti dan terus menanti..jgn aku dianiaya sudah..hehe.apapun seronok dpt jupe member2 aku....bila la lagi dpt berjumpa...dan masih adakah syawal dan ramadhan untuk tahun hadapan...dipanjangkan umur oleh Allah bertemu kita lagi...bersyukur dengan ni'mat yang Allah beri sementara hidup didunia ini...bersyukur diberikan waktu untuk merasai kegembiraan dan keindahan bersama insan disekeliling..dan bersyukur diatas segala2nya....dan selepas ni bulan zulkaedah dan zulhijjah.menanti abah dan emak tuk menunaikan haji tahun ni..sedih lak tahun ni raya haji makabah tak bersama....ermmm..kesedihan...dh jadi teman dla hidup..kdg2 perlu untuk kita merasa sedih....ermmm...apapun aku mendoakan semua insan2 disekeliling aku aman dan bahagia hidup mereka..insyaAllah...


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Oktober 12, 2009

MAJLIS HARI RAYA EIDULFITRI

Alhamdulilllah..majlis open house dirumahku semalam berjalan dengar lancar...seronok sangat dapat berkumpul dan berjumpa dengan kengkawan lama....ade kawan dari sekolah rendah..dari sekolah SMA ALKHAIRIAH...dr klik CGMTS...dan yg penting dari my reunion club..walaupun tak semua yang hadir tapi tetap meriah...pada mulanya aku nk buat jamuan untuk kelab alumni ku...ermmm..tapi macam ramai jer yg tak dapat hadir so nak memeriahkan suasana aku jemput juga kawan yang lain termasuk la member2 opis aku..lagipun ramai pula yg bertanya bila la aku nk buat open house so aku buat sekali....tk la buat banyak kali keje...apa yg penting aku dapat berjumpa dengan member2 yg memang dah lama tak jupa dan kehadiran seorang teman yang amat beerti dalam hidup aku....terima kasih kerana sudi dtg....teruja sgt die dtg dan dialah antara yang terawal yang datang....ermmm...lewat malam baru habis....memang le penat....tapi penat2 pun susahnya nk lelapkan mata..adoyai...ape lak yang aku fikirkan ni....terima kasih dengan pak cik makcik sepupu sepapat yang datang untuk membantu masa majlis ni....semoga selepas ini ade sesuatu yang lebih baik akan hadir...insyaAllah...


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

IMPIAN HAMBA